Thursday 29 January 2015

Talam Lapis Diplomat


Agak lama jugak duk jenguk jenguk blog Sis Ayu dari Curlybabe's Satisfaction kita yang di Singapura.  Tapi belum ada update lagi … lama dah tak menjamu mata kat sana.  Maybe busy, maybe ada urusan yang lebih penting.  Apapun harap harap cepat la update yer..

However, di desak dek kerinduan nak kenyangkan mata kat blog dia tapi tak dapat … aku pun decidela nak buat one of the kuih yang dia penah feature dalam blog dia which is Talam Lapis Diplomat.  Kalau korang nak tengok versi Ayu ni, bolehlah klik: Curlybabe's Satisfaction

Minggu sudah aku ada buat Chocolate Cake yang di tempah oleh Cik Lela yang bekerja di Hyundai Malaysia, untuk majlis makan makan kat pejabat dia.  Dah terlanjur buat tu kan, terus buat dua bijik sekali gus.  Lupalah pulak yang penghuni rumah kami ni tak der sorang pun yang suka Chocolate.  So agak lama jugaklah baru nak jalan.  Last-last teringat apa yang Ayu buat on her blog and decided to give it a test-drive! Haaa .. macam kereta la pulak!

Tekstur kuih ni agak pudding-like.  Sedap kalau di makan bila dah di dinginkan. Lagipun aku tambah perisa sikit.  Memandangkan bawahnya coklat, aku meng’kopi’kan lapisan tengahnya.  Sebab teringat sorang kawan baik; Cik Sarimah Saliman yang bekerja sebagai Pengurus kat The Putri Pacific tu, kalau makan kek coklat mesti nak dibasuh dengan Coffee katanya!  Tapi bila dia bercakap, slang dia tetap ala ala Johor lama! So di mana Mat Sallehnya?! Hahaha.  Memang sah aku akan kena maki dalam facebook jap lagi.

Lately otak agak buntu, sebab tu boleh tahan lama jugak tak berentri.  Tak tau nak tulis apa.  Kalau nak selepuk taruk resepi jer .. macam bukan myself la (Wow! Feeling-feeling celebrity sesekali)

Lapisan pertama:
350 gm Choclate Butter Cake
3 biji telur
100 gm prune (cincang) – tak enhance rasa pun, tapi sebab saya ada dalam fridge saya taruk jer
150 ml susu cair
300 ml air

Cara-cara:
Satukan semua bahan dan biar kek serap cecair
Masukkan dalam loyang 10’ x 10’
Kukus 15 minit
Lorek lorekkan dengan garfu

Lapisan kedua:
70 gm tepung gandum
90 gm gula kastor
½ sudu teh garam
3 biji telur
1 sachet coffee with brown sugar (Jenama Nescafe)
100 ml santan
300 ml air

Cara-cara:
Satukan semua bahan dalam blender dan blend
Tuang kedalam periuk dan kacau sehingga naik wap
Tuang ke atas lapisan pertama dan kukus 15 minit
Cakar dengan garfu

Lapisan ke tiga:
50 gm tepung kastad
120 gm caster sugar
secubit garam
2 biji telur
1 sudu the esen vanilla
100 ml santan
300 ml air

Cara-cara:
Satukan semua bahan di dalam blender
Blend dan kacau di dalam periuk sehingga naik wap
Tuangkan di atas lapisan ke dua
Kukus selama 20 minit
Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru di potong

Kalau nak lagi sedap, simpan dalam fridge sampai sejuk baru potong dan makan





















5 comments:

  1. looks yummy! nak kena tunggu jadi diplomat baru boleh makan ;)

    ReplyDelete
  2. 3 lapis dengan rasa yg berbeza. Nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...cntik sempurna kejadian kuih talam en.rosdi...rjin snguh...saya pun xprnah rsa lgi...memang dh lama jgk kak ayu xupdate blognya...saya pun prnah npak kat blog kak ayu dlu...

    ReplyDelete
  4. uihh..namanya pun seindah rupanya...diplomat tu..

    ReplyDelete
  5. Assalam Rosdi,
    waduh sudah lama tak berkunjung kemari..
    tengok tu dah setahun baru kita datang bertandang..so sorry..
    terimakasih kerana sudi mencuba…harap kena dgn selera…

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...