Thursday 28 August 2014

Bingka Telur dan Sambutan "The Blue Raya"


Sebelum Aidilfitri melabuhkan tirai untuk sesi 2014, aku dan rakan rakan sempat jugak mengadakan jamuan untuk meraikan kaum keluarga dan sahabat handai sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah kerana memberikan kami kesihatan dan kesempatan untuk menjalani Ibadah puasa dan mengecapi nikmat menyambut Syawal untuk yang kesekian kalinya.


Seronok tak terhingga bila dapat berkumpul, bercerita dan bergurau senda memandangkan kami jarang dapat kesempatan yang macam ni.  Segala penat lelah pun tak terasa.  Untuk yang sudi meluangkan masa dan memeriahkan majlis, aku ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih.  Juga pada yang membantu harap harap jangan serik ye?!


Alhamdulillah, tahun ni semuanya kami buat sendiri. Dari juadah utama, sehinggalah ke pencuci mulut dan kuih raya.  Dalam riuh rendah majlis, ada juga yang bertanyakan resipi kuih Bingka Telur, Seri Muka dan Puding Kenyal yang aku buat.  Memandangkan ada juga mengambil gambar sekeping dua, dapatlah jugak aku selitkan untuk buat entry dan resipi kat sini.  Selain untuk pembaca blog, boleh juga untuk rujukan sendiri di kemudian hari.

Bingka telur ni ala-ala kuih bakar.  Ada tekstur yang lembut dan rasa seakan akan ‘vanilla custard’ dan campuran rasa daun pandan yang lemak manis.  Pada majlis tu, kuih ni yang habis dulu.  Tapi buatpun tak lah banyak, dalam 100 biji.  

Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
6 biji telur
230 gm gula pasir
10 gm garam
900 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu minyak makan
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu makan pewarna kuning

Cara-cara:
kisar semua bahan di atas dan tapiskan adunan
lengser loyang 10’ x 10’ dengan minyak atau mentega
tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar di dalam oven 180 darjah celcius selama satu jam
biarkan sejuk barulah dipotong



Senangkan cara buat dia?

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera



Saturday 16 August 2014

Cashew Nut Cookies

Memandangkan kita masih di bulan Syawal ni kan, I'm blogging yet another Cookies Recipe. Bertahun tahun bila raya jer, aku tak dapat menzahirkan bakat membuat kuih-kuih lain sementelah sibuk dengan kuih Nig Nog yang satu tu jer (Bukan complaint, cuma nak ceritakan aje).

Tapi, raya tahun ni aku bertekad nak buat biskut lain dan masukkan dalam blog sebagai back up plan. Manala tau buku resipi peribadi aku tu hilang ke, kena banjir ke (mintak sisihkan!), terbakar ker (lagila mintak jauhkan!) kan?

Walaupun dalam badan aku masih banyak mendapan juadah raya, tetap aku gagahkan diri untuk buat dan abadikan dalam blog ni.  Lagipun order cookies masih berlarutan (Alhamdulillah! Rezeki). Dengan toksin rendang, minyak sapi, kambing, daging, ayam, santan lemang dan ketupat segala yang masih bersisa dalam badan ku yang gebu bak bantal kekabu ni aku berusaha jugak menyelongkar segala peralatan dan bahan bahan untuk membuat biskut ni.

Baiklah, aku rasa korang kenal rupa bentuk gajus yang macam buah pinggang ni kan? Macam tak selera pulak bila fikir yang nak buat biskut dari buah pinggang. Hahaha. Tak macam buah buahan lain yang kebanyakkan nya biji di dalam, tapi gajus ni bijinya kat luar. Tergantung kat bawah buah jambunya.  And to this day, I believe ada generasi baru yang tak pernah pun melihat gajus ni.  From where I grew up, gajus ni dulu dulu banyak tumbuh melata di kawasan persisiran pantai.  Pucuknya sangat sedap di jadikan ulam, cicah budu ataupun sambal belacan.  Rangup dan ada rasa masam dan kelat. Serasanya, seluruh family aku semuanya suka ulam pucuk gajus ni.  Ianya boleh di kategorikan sebagai buah buahan tropika kot?  Yela, tumbuh dengan mudah kat Malaysia kan? Kiranya buah buahan tropika la .. tapi asalnya dari Brazil.  Jadi kalau ingat Brazil ingatlah Gajus … siapa siapa yang minat team bola Brazil tu, kita boleh anggap peminat Gajus! Hahaha .. nampaknya aku dah mula mengarut.  Lama aku tahan diri dari merepek.  Nak tulis blog yang kelihatan ‘skema’ tapi Nampak gayanya tak boleh la .. aku rasa lagi 5 atau 6 ‘entry’ akan datang, kemerapuan aku akan teserlah jugak!

Masa aku kecik kecik dulu, aku suka makan jambu gajus ni.  Duduk atas pokok macam  kawan baik tarzan lepas tu ngap buah dia.  Masam dan kelat, tapi sedap dan lemak.  Buah dia kalau dah di petik tu, kena makan jam tu jugak .. kalau simpan lebih sehari alamatnya korang rasa mcm tapai le. Jaga jaga dengan getahnya, ada orang kalau allery, boleh buatkan tepi bibir tu berkudis.  Tapi aku immune!  Maklumlah, lama benar berkawan ngan Tarzan kan? Ayat ni masa kecik kecik memang selalu akak aku guna.  Kawan baik Tarzan (monyet)!

Baiklah pembaca sekelian, sebelum aku jadi professor dan terangkan macamana pulak cara cara nak menanam pokok jambu gajus, lebih baiklah aku mulakan bercerita macamana nak buat biskut gajus ni kan? Kalau tidak sampai pagi besok pun korang takkan habis baca entry aku.

Biskut ni bagi aku sangat sedap.  Kenapa sedap? Pertama sebab umur aku dah pun melepasi 4 series! Yer, bila 4 series tu maksudnya tua.  Orang orang tua kan suka benda benda yang ada unsur kekacang?, kemudian biskut ni pulak rapuh dan rangup, tak berapa manis dan boleh jugak mengembalikan nostalgia zaman muda.  Dulu dulu mak kita akan buat biskut ni dan kita pulak akan sibuk tolong tolong sapukan telur dan susun biji gajus atas kuih kan? Satu susun satu masuk mulut!

Jomm kita tengok cara penyediaan biskut gajus ni

Bahan-bahan:
220gm mentega
140gm gula kastor
2 penutup esen vanilla (kalau ada pure extract lagi bagus)
1 biji telur
100 gm gajus kisar (panggang gajus ni lebih kurang 15 minit guna 180 degree celcius)
360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
30gm tepung jagung
1 biji telur (asingkan kuning dan putih untuk di sapu di atas biskut)
belahan biji gajus untuk hiasan



Cara-cara:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang (kalau dulu dulu mak mak kita pukul untuk hancurkan gula je, lepas tu terus masuk bahan lain.  Tapi aku dah modified sukatan dia, korang boleh pukul sampai butter kembang pun x der hal)
Masukkan esen vanilla
Masukkan telur dan pukul sampai sebati
Masukkan gajus kisar
Masukkan tepung gandum yang di ayak bersama baking powder dan tepung jagung
Uli sampai jadi doh
Canaikan dan teraplah  mengikut acuan yang korang suka. (Aku guna bentuk bulan sabit sebab memang dari kecik kecik dulu ini lah bentuknya)
Susun di atas dulang pembakar
Sapukan putih telur di atas biskut dan susun belahan gajus untuk hiasan
Sapukan kuning telur di atas gajus yang telah di atur
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit sampai kuning keemasan



Keluarkan dari oven, tunggu sejuk dan bolehlah ‘ngap’!


Tips dan nota:
Fungsi putih telur adalah untuk melekatkan gajus pada biskut bila di bakar

Fungsi kuning telur pula adalah untuk menjadikan bahagian atas biskut kuning keemasan


Fungsi aku? Laraskan tangan dan jari-jemari, capai biskut dalam loyang lalu bengkokan tangan dan sua ke dalam mulut ... hmmmmm enakkkk!!



Monday 11 August 2014

Mixed Herb Grilled Chicken (Ayam Panggang Herba Campur)


That night kami gelak sakan bila Abang Man buat remark “Kita ni species apa agaknya ek? Ayam sekor 5 orang makan sampai habis?”.  Yeah, to think of it, aku pun duk berfikir, kami ni species apa.    Melantak punya melantak, memang tak sedar ayam tinggal tulang jer.  Asalnya kes malas masak, nak cari benda paling senang buat, last last panggang ayam jer .. itupun licin! Phewww … tak tau tahap kelaparan kita orang mencecah berapa skala richter.

Hari ni nak kongsi resepi ayam panggang yang hanya tinggal tulang ni dengan my blog readers.  

It’s good, really.. light and tasty, yet very juicy!

Mixed Herb Grilled Chicken (Ayam Panggang Herba Campuran) – macam tak kena nama Melayu dia kan?


Bahan-bahan:

  1. 1 ekor ayam (anggaran berat dalam 2kg)
  2. Segenggam Mixed Herb
  3. 1 biji lemon
  4. Segenggam lada hitam (tumbuk kasar)
  5. 4 sudu mentega
  6. Lobak merah (carrot)
  7. Kentang (kalau boleh pakai kentang russet)
  8. Capsicum (lada benggala)
  9. 8 biji bawang putih (cincang)
  10. Garam secukup rasa
  11. Aluminium Foil (kertas aluminium)
  12. Tali untuk mengikat kaki ayam (aku ikat pakai foil jer)

Cara-cara:

  1. Basuh dan bersihkan ayam (toskan, kalau nak cepat, lapkan dengan paper towel)
  2. Gaulkan bawang putih, mixed herb, sedikit garam dan sesudu mentega lalu sumbat dan sapu rata dalam perut ayam
  3. Belah dua lemon dan satu bahagian masukkan dalam perut ayam
  4. Ikat kedua dua kaki ayam dengan kemas agar bahan-bahan di dalamnya tidak terkeluar ketika memanggang nanti
  5. Perahkan lagi sebahagian lemon dan curahkan ke atas ayam
  6. Ambil sedikit garam, sapukan di atas telapak tangan lalu sapukan di serata bahagian badan ayam
  7. Di atas dulang pembakar, alaskan kertas aluminium, sapukan sedikit butter dan susun lobak merah, kentang dan juga lada benggala.
  8. Taburkan sedikit lada hitam
  9. Letakkan ayam yang sudah di ikat di atas  susunan lobak, kentang dan lada benggala
  10. Taburkan lada hitam (sebelum tabur lada hitam kalau nak taruk minyak zaitun pun boleh) ke serata bahagian badan ayam
  11. Akhir sekali sudukan lebihan butter
  12. Tutup loyang pembakar (nak guna apapun boleh .. paling senang pakai aluminium foil)
  13. Panggang  pada suhu 180 darjah celcius selama 1 1/2 jam
  14. Sebelum angkat buka aluminium foil dan bakar menggunakan api atas lebih kurang 15 minit atau sehingga kulit ayam garing, kemudian balik ayam dan ulangi proses yang sama.

Tips dan nota:
Untuk memastikan agar ayam sudah masak, cucuk bahagian peha ayam dengan pisau dan lihat jus yang keluar – kalau warnanya jernih, maknanya ayam sudah masak.  Kalau masih kelabu .. kena panggang lagi.

Sebelum hidangkan, lebih baik tutup dahulu ayam dengan aluminium foil selama ½ jam supaya segala aroma dan jus meresap semula ke dalam ayam untuk mengelakkan ayam yang di hidangkan kering dan kurang enak.

Boleh di hidangkan bersama butter rice atau makan saja dengan sauce samada black pepper atau mushroom

Selamat mencuba
tapi tolonglah, jangan makan 5 orang jer .. nanti mak mertua tak suka!





Wednesday 6 August 2014

Melting Memories


Hmmm disebabkan Aidilfitri masih belum berakhir, aku rasa sesuai kalau aku uploadkan entry resepi biskut raya. Ini juga merupakan dedikasi khas untuk penyokong penyokong MyKuihStory yang memborong biskut raya Nig Nog and Chocolate Fingers tahun ni.  Ingatkan market KL besar, rupa rupanya kat JB pun aku dah tak terbuat.  Nasib baik tutup order awal, kalau tak, aku beraya depan oven agaknya. 

Well, aku namakan biskut ni Melting Memories sebab ada significantnya.  Go through my entry and I hope you will understand what I mean.

Masa aku kecik-kecik dulu, biskut raya akan dihasilkan hampir disetiap rumah.  Kalau dibelipun hanya sebalang dua, yang lain biasanya dibuat sendiri oleh tuan rumah.

Lagi beberapa hari nak raya, rumah-rumah kat kampung dah wangi dengan aroma vanilla dan mentega daripada oven-oven yang di gunakan untuk membakar kuih muih dan biskut raya ni.  The best part is bila biskut raya ni fresh keluar dari oven, akan confirm ada tangan-tangan gatal yang mencapai dan menghadiahkan mulut mereka dengan biskut raya yang baru masak.  Kadang kadang tu, satu adunan kuih akan habis pada malam yang sama!

Kalau diberi peluang, I would like to re-live the moment again.

Jadi, to honour those beautiful and sweet memories, aku hadiahkan this entry untuk pembaca MyKuihStory.  Resipi ni juga aku hasilkan menggunakan ‘basic dough’ yang mak mak atau kakak kakak kita gunakan untuk menghasilkan biskut raya lebih kurang dua dekad yang lalu. So rasanya juga agak ‘retro’, don't hope for something fancy ok?

So peeps… Indulge!


Bahan-bahan
100 gm butter

120 gm icing sugar
1 biji kuning telur
1 sudu makan susu cair
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu teh baking powder
200 gm tepung gandum (ayakkan bersama baking powder)
1/3 cawan susu cair

Cornflake (ramas)


Cara-cara

1.    Pukul butter sampai kembang
2.    Masukkan icing sugar dan gaul rata


3.    Masukkan kuning telur dan gaul


4.    Masukkan esen vanilla


5.    Masukkan susu cair


6.    Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata



7.    Bentukkan adunan menjadi bebola kecil


8.    Celupkan adunan yang telah dibentukkan menjadi bebola ke dalam susu cair


9.    Salutkan bebola dengan cornflakes yang telah di ramas dan aturkan di atas loyang pembakar
     
10. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 18 minit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...