Friday, 4 August 2017

Sambal Nasi Ayam Penyet

Bila terlebih rajin, mulala asyik sibuk nak menyelongkar dapur.  Pastu sibuk interview anak beranak nak makan apa sebab aku nak masak.  Kalau tak der suggestion mula la meroyan sampai kusut masai rambut yang tak sampai setengah inci ni. Bila time malas pulak, kena kecam sampai tujuh keturunan pun, tetap buat muka cute kucing puss in boots sambil kerdip kerdip mata mintak simpati.  Kadang-kadang tu buat buat pekak sedunia bila dorang request mintak masakkan apa apa.  Lesson of the day, belajar control the people around you and when you don’t need them, belajar being selfish! Haha.

Nasi Ayam Penyet ni pernah jadi menu lunch delivery masa kat JB.  The common problem bila buat menu ni ialah sambal tak pernah cukup. Semua orang mesti request sambal lebih.  Kalau zip lock bag yang 4’ x 3’ tu sampai tak boleh tutup.  Itu pun tak cukup lagi.  Most of the time buat this menu, mesti akan ada side-order tuk sambal sahaja.  Jadi, RM 30 – 40 tu untuk extra sambal.  Qedahnya, permintaan sambal lebih banyak dari nasi.  Orang JB ni kaki lada, jadi tak heran kalau ramai yang mulutnya lancang atau celupar.  Sebab tak takut kena cili. Hahaha.  Kadang kadang ada jugak yang sound. ‘janganla kedekut sangat sambal tu!’.  Cuba fikir, kalau sambal yang banyaknya sama dengan 3 ½ mangkuk sup nasi ayam tu tak cukup, banyak mana aku nak taruk?  Jangan sampai aku mandikan korang ngan sambal kang!  (eh eh! Relaks Ross … ni buat tuk cekik kedarah family, bukan tuk jual.  Jadi jangan stress stress ok?). Untuk geng geng yang pernah order dan pernah keluarkan kata kata yang mengguris hati tu jangan terasa yer?  Gurau gurau jer.  Aku pun tak amik hati, saja mengusik.  Seronok bila tengok orang enjoy apa yang aku masak.  Bangga pun ada jugak, kadang-kadang sampai rasa macam riak pulak.
Jadi, sempena bulan raya yang dah berlalu hampir seminggu ni dan aku pun tidaklah sibuk sangat.  Aku just nak share resepi Sambal Ayam Penyet ni.  Tapi nasinya tak derlah aku nak share resepinya.  Kalau setakat nak masak nasi putih pun nak tengok resepi, memang confirm Mak ngan Bapak Mertua hantuk kepala korang kat dinding!,

Apa yang perlu:

Sambal (resepi ni untuk lebih 20 orang makan – so korang boleh cut in half the resepi or buat makan for the rest of the week)

20 biji lada merah
10 biji cili padi

20 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 sudu besar belacan serbuk (boleh goreng belacan sendiri kemudian di tumbuk)
2 sudu besar ikan bilis halus (goreng hingga garing dan rangup kemudian tumbuk bersama serbuk belacan)
4 biji tomato saiz besar (potong baji)
Gula merah secukup rasa
Garam secukup rasa
6 biji limau purut (3 di ambil jusnya dan 3 lagi di belah 4 dan di hiris nipis)

Cara-cara menyediakan sambal :-

Potong kasar bawang, bawang putih, lada, cili padi dan goreng di atas kuali sehingga bahan bahan layu.
Masukkan tomato dan kacau sehingga semua bahan bahan empuk.

Di dalam mangkuk atau lesung batu, lenyekkan semua bahan sehingga agak hancur. (kalau malas tak hingatt, bolehlah blendkan, tapi jangan sampai jadi puri. Biar kasar kasar sikit, ataupun boleh gunakan food processor.
Kembalikan bahan yang telah di lenyek ke dalam kuali dan masukkan gula merah, garam dan ikan bilis tumbuk lalu digoreng semula sehingga naik aromanya.
Perahkan jus limau purut dan gaul rata.  
Tutup api, masukkan hirisan limau purut kemudian gaulkan dan sedia untuk di hidang

Nasi Putih (like I said, I can show you the way to hell kalau korang nak suruh share resepinya).  Anyway, kalau korang nak pergi the extra miles, korang boleh masak nasi dengan rempah tumis, gunakan butter dan air rebusan ayam.  But heck, aku kurang berminat dengan too many flavour profile in one serving.  Bagi aku one of the portion should be plain so that you can indulge the pure flavour of the other portion.  Maksud aku tak clash la kan?

Ulam-ulam (terpulang korang nak makan ulam apa – no rules no restriction).  Kali ni aku guna kacang panjang, kobis ungu, timun, salad dan tomato ceri

Tauhu 
Tempe

(korang boleh opt untuk just goreng, atau gaulkan dengan garam kunyit.  Macam aku pulak, aku gaulkan dengan jintan pedas, serbuk kunyit and garam pastu goreng)

Bahan-bahan untuk rebusan Ayam

1 ekor ayam di potong 4 atau 8 (guna ayam muda lebih sedap)

3 batang serai
Halia sebesar ibu jari
Kunyit hidup sebesar ibu jari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan pedas/jintan puntih
1 sudu besar lada sulah
4 liter air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan ayam :-

Campur kesemua rempah di dalam air dan panaskan sehingga menggelegak.
Masukkan ayam yang telah di bersihkan dan rebus sekitar 18 – 20 minit

Angkat dan toskan
Setelah ayam agak kering, panaskan minyak di dalam kuali. (pastikan minyak extra panas barulah masukkan ayam.  Proses ini sekadar untuk menggaringkan kulit  danmemberikawan warna kepada ayam.  Angkat dan penyet atau lenyek atau ketuk ayam sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan untuk sup;


You can choose to use your own method.  Suka sup yang macam mana.  The simpler the better.  As for my soup –

1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji bawang besar (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
3 hiris halia
2 batang serai (titik)
2 liter air rebusan ayam
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 sudu minyak

Cara-caranya :-

Panaskan minyak
Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih serta bawang besar, bawang putih dan halia dan kacau sehingga layu.

Tambah air rebusan ayam, serai dan panaskan sehingga mendidih
Perasakan dengan lada sulah dan garam

Note :  kalau korang nak ayam yang ada kriuk kriuk garing tu, bolehlah rebus ayam dahulu, kemudian blend kan rempah rempah yang lain, gaulkan dengan telur dan sedikit tepung beras. 



-->

3 comments:

  1. ok, telan2 ailio dibuatnya salin resepi sambal

    ReplyDelete
  2. Goreng tu goreng minyak ke goreng tanpa minyak sis

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...