Mungkin ada yang pernah baca tentang bagaimana aku ni di panggil ‘Hantu Selasih’ dek kerana ke’gila’an aku terhadap herba ni. Sampaikan kalau aku masak, tak kiralah masakan apa pun… budak budak ni akan tanya. Contohnya aku masak ayam kicap… dorang akan tanya “Ayam Kicap Masak Selasih ker?”. Sampaikan kalau aku goreng ikan pun dorang akan tanya “Ikan Goreng Selasih ke?”. Sampai macam tu sekali! So, korang dapat bayangkanla ekkk macamana. At times rasa funny, at times rasa intimidated with the remarks and cheeky grin dia orang.
Bila aku mula mula berhenti kerja kat salah
satu Resort Chain kat JB ni, kerja aku tak der lain. Hari hari aku merayau ke pasar sana sini, tesco, giant, cold
storage, smart, econsave, Jusco dan Carrefour! Ex-colleague pun siap tanya aku
ni jadi mystery shopper ker apa sebab everytime dia orang call, aku mesti kat
tempat tempat ni semua. Of all the
places, kalau aku ke Jusco dan Cold Storage aku akan pergi ke fresh herb
section dan my eyes will always get the attention from these herbs. Dek kerana desakan yang memanggil
manggil tu, last last aku beli jugak and tanam kat rumah. Senang! Sebab evertime I need to use it jer, it is just a few steps
away.
Selasih ni asalnya dari India, so kita boleh kategorikan herba ni adalah herba yang berasal dari Asia lah kan? Tapi orang Italy ker Perancis ke banyak jugak guna influence selasih ni dalam masakan dia orang. Kalau di Asia Tenggara pulak sebahagian besar Negara Negara kat sini guna selasih dalam masakan dia orang especially Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia.
Lemon Basil | Sweet Basil |
Kat sini aku nak share jugak gambar pokok selasih yang aku tanam (dengan rasa bangganya!) Hahaha. Aku ada dua jenis kat rumah ni .. Satu Lemon Basil dan satu lagi Sweet Basil. Pastu aku nak sertakan sekali resepi Udang Masak Lemak Daun Selasih!
(Haaa dah dengar tu Kak Lynn berbunyi .. Apa?? Selasihhh Lagiiiii!)
(Haaa dah dengar tu Kak Lynn berbunyi .. Apa?? Selasihhh Lagiiiii!)
Selasih ni mudah tumbuhnya (bagi aku la .. mungkin sebab aku minat so dia pun minat kat aku) Kalau akak aku tanam, memang mudah hidup, tapi tak derla merimbun macam aku punya.
Dalam masa 2 minggu jer dah penuh sepasu!
Dalam masa 2 minggu jer dah penuh sepasu!
Bahan-Bahan:
1 1/2 kg Udang (bersihkan – aku just gunting
kepala and sesungut jer)
2 liter santan dari sebijik kelapa
2 biji bawang besar – tumbuk kasar
4 biji bawang putih – tumbuk kasar
1 inci kunyit – tumbuk kasar
10 biji cili padi pedas – tumbuk kasar
2 liter santan dari sebijik kelapa
2 biji bawang besar – tumbuk kasar
4 biji bawang putih – tumbuk kasar
1 inci kunyit – tumbuk kasar
10 biji cili padi pedas – tumbuk kasar
1 keping Asam Keping
3 batang serai (di titik)
Secukup garam
Secukup aji (kalau suka)
Sedikit gula (sikit jer, bukan nak buat pengat yer tuan tuan dan puan puan
sekelian. Hehehe)
Secekak daun selasih
Cara-cara:
Satukan semua bahan dalam periuk kecuali
udang, daun selasih dan bahan perasa
Kacau sentiasa di atas api sederhana (jangan sampai santan berkepala)
Kacau sentiasa di atas api sederhana (jangan sampai santan berkepala)
Bila santan dah menggelegak, perasakan dengan garam, gula dan aji
Taruk udang (sekejap je, kalau tak udang jadi kenyal – tak best!, apa pun
terpulang)
Sebelum angkat, taburkan daun selasih, kacau dan tutupkan api.
** Daun Selasih LaLa La La La**
2 thumbs up bro!
ReplyDeleteYe kakak tahu resepi udang lemak letak daun selasih memang sedap!
ReplyDeleteKakak pun suka ni:)
wa.. tak pernah pulak masak lemak udang mask daun selasih..mesti lebih aroma dan sedap ni...tq rosdi for sharing
ReplyDeleteAssalamualaikum...npak brselera skli gulai udang tuu...saya xpernah msak lagi rsanya menu lauk msuk daun selasihni ...kat sni bnyk sngat daun selasih jenis ni..ditanam sbgai landskap kat masjid...hspital dan kwsan rmah....selasih thai jenis lain plak kan...daunnya sedikit lebar...ada jual kat asian store...klu eghlish basil sya biasa jgk duk gna dlm pasta dan piza...bli kat psaraya...
ReplyDelete