Thursday, 29 January 2015

Talam Lapis Diplomat


Agak lama jugak duk jenguk jenguk blog Sis Ayu dari Curlybabe's Satisfaction kita yang di Singapura.  Tapi belum ada update lagi … lama dah tak menjamu mata kat sana.  Maybe busy, maybe ada urusan yang lebih penting.  Apapun harap harap cepat la update yer..

However, di desak dek kerinduan nak kenyangkan mata kat blog dia tapi tak dapat … aku pun decidela nak buat one of the kuih yang dia penah feature dalam blog dia which is Talam Lapis Diplomat.  Kalau korang nak tengok versi Ayu ni, bolehlah klik: Curlybabe's Satisfaction

Minggu sudah aku ada buat Chocolate Cake yang di tempah oleh Cik Lela yang bekerja di Hyundai Malaysia, untuk majlis makan makan kat pejabat dia.  Dah terlanjur buat tu kan, terus buat dua bijik sekali gus.  Lupalah pulak yang penghuni rumah kami ni tak der sorang pun yang suka Chocolate.  So agak lama jugaklah baru nak jalan.  Last-last teringat apa yang Ayu buat on her blog and decided to give it a test-drive! Haaa .. macam kereta la pulak!

Tekstur kuih ni agak pudding-like.  Sedap kalau di makan bila dah di dinginkan. Lagipun aku tambah perisa sikit.  Memandangkan bawahnya coklat, aku meng’kopi’kan lapisan tengahnya.  Sebab teringat sorang kawan baik; Cik Sarimah Saliman yang bekerja sebagai Pengurus kat The Putri Pacific tu, kalau makan kek coklat mesti nak dibasuh dengan Coffee katanya!  Tapi bila dia bercakap, slang dia tetap ala ala Johor lama! So di mana Mat Sallehnya?! Hahaha.  Memang sah aku akan kena maki dalam facebook jap lagi.

Lately otak agak buntu, sebab tu boleh tahan lama jugak tak berentri.  Tak tau nak tulis apa.  Kalau nak selepuk taruk resepi jer .. macam bukan myself la (Wow! Feeling-feeling celebrity sesekali)

Lapisan pertama:
350 gm Choclate Butter Cake
3 biji telur
100 gm prune (cincang) – tak enhance rasa pun, tapi sebab saya ada dalam fridge saya taruk jer
150 ml susu cair
300 ml air

Cara-cara:
Satukan semua bahan dan biar kek serap cecair
Masukkan dalam loyang 10’ x 10’
Kukus 15 minit
Lorek lorekkan dengan garfu

Lapisan kedua:
70 gm tepung gandum
90 gm gula kastor
½ sudu teh garam
3 biji telur
1 sachet coffee with brown sugar (Jenama Nescafe)
100 ml santan
300 ml air

Cara-cara:
Satukan semua bahan dalam blender dan blend
Tuang kedalam periuk dan kacau sehingga naik wap
Tuang ke atas lapisan pertama dan kukus 15 minit
Cakar dengan garfu

Lapisan ke tiga:
50 gm tepung kastad
120 gm caster sugar
secubit garam
2 biji telur
1 sudu the esen vanilla
100 ml santan
300 ml air

Cara-cara:
Satukan semua bahan di dalam blender
Blend dan kacau di dalam periuk sehingga naik wap
Tuangkan di atas lapisan ke dua
Kukus selama 20 minit
Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru di potong

Kalau nak lagi sedap, simpan dalam fridge sampai sejuk baru potong dan makan





















Tuesday, 27 January 2015

Baked Parmesan Garlic Chicken Wings


One of the things for our get-together is always Chicken Wings! We have this on numerous occasion – simply because it is easy to prepare and loved by most friends.  That’s why I labelled such entries as My Chicken Wing Series.  Yes, prepared a lot of this.  I mean the Chicken Wings.  Tried and tested more than 20 recipes over some period of time.  Too bad that during half of my trial and error heydays, the Camera phone was not in the market yet and a Digital Camera is damn expensive.  Otherwise I could have hundreds of entries by now!  (Yeah, I wish! Macam lah aku ni rajin sangat.  Nak siapkan satu entry pun makan minggu. Hehehe)

Kerana itulah, a few weeks ago .. the external hardisk yang aku simpan thousands and thousands of my photo collection for a decade went berserk,  leaving me only with less than 20 photos.  Amek kau! Suka sangat tangguh kerja.  Sudahnya dapat blank page jer.  Hard lesson learnt! Nasib baik gambar kenangan family and stuff aku simpan kat different domain.  Kalau tak maybe 13 hari aku meraung!  At times aku tengok kecik besar, kecik besar jer aku external hardisk tu.  Kalau ikut hati nak jer aku buat resepi hardisk goreng! Abadikan dalam blog.  Sentappp!!




Bahan-bahan:
1 kg Chicken Wings (Separate Winggette dan Drummetnya)
1 sudu teh Oregano kering
1 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh  serbuk jintan putih
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak (kalau nak macam orang putih sikit 2 sudu makan mentega yang di cairkan)
2 sudu makan daun selasih (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
¼ cawan keju parmesan yang di parut (beli yang dah siap parut pun boleh)

Cara-cara:
Panaskan oven 200 darjah celcius
Dalam mangkuk kecil satukan oregano, rosemary, jintan dan garam
Aturkan Kepak Ayam atas baking sheet dan taburkan rempah di atasnya
Bakar Kepak Ayam selama 25 minit
Agak-agak ayam dah nak masak tu, campurkan bahan bahan lain di dalam mangkuk besar
Bila kepak ayam dah masak, masukan ke dalam campuran  parmesan cheese dan ‘toss’ (lambung-lambung atau macam tampi tu hah) supaya ayam bersalut dengan keju tu


** Siap untuk di hidang **


Friday, 16 January 2015

Sunkist Orange Buttercake


Mendatang dari daerah perkampungan terpencil dan dari keluarga yang berpendapatan rendah (suatu ketika dulu), Oren Sunkist ni boleh dikategorikan dalam rangkaian makanan yang mewah.  Sekurang kurangnya mewah la bagi aku. Kalau tak mewah bagi korang semua that means korang kaya la kan?

Kalau pergi pasar malam, arwah ayah aku selalu offer Oren ni, tapi aku will always settled for limau yang kulit hijau tu.  Not that aku tak suka Oren Sunkist ni, tapi… kalau aku beli limau hijau tu, lagi berkilo aku boleh dapat.  Kecik-kecik lagi aku dah pandai mengamalkan konsep ‘value for money’ kan?  Haha!

In the 80’s, kalau korang bertandang ke rumah saudara mara, Oren dan Epal menjadi salah satu daripada buah tangan yang akan di hadiahkan ketika berkunjung.  Majlis keraian macam majlis harijadi, kahwin, makan-makan and what not mesti ada buah ni sebagai pencuci mulut.  Nostalgic kan?

Now, over the years, macam macam dah orang pelbagaikan cara hidangan buah oren ni.  Selain dari minuman, ada yang campur dalam yoghurt, jadikan serbet, buat pudding dan tak terkecuali jugak dari buat salad dan kek.  Haaaaa… berbicara pasal kek, hari ni aku nak share resepi kek Oren yang aku buat semalam.  Zaman mak mak kita dulu, kek ni pakai kisar dengan blender jer.  Rasanya tetap sedap sampai crumbs atas pinggan pun kita kutip jugak (Bukanlah nak menunjukkan yang aku ni daif atau kebulur sangat hokeyyyy? Just nak explain how this cake is yummy that you can’t even let single crumbs slip right out of your fingers)

Now, jom kita venture on how to do this Sunkist Orange cake sebelum kepala aku berpusing korang baling dengan Oren ni:



Untuk Loaf Pan 8’x3’x3 (double the amount kalau nak buat dalam bekas besar)
150 gm butter/mentega
120 gm gula kastor
3 biji telur
50 gm susu
1 biji Oren Sunkist (kisar dengan kulit kulit sekali! Jgn bimbang, Oren Sunkist tak pahit kulitnya)
200 gm tepung naik sendiri

Cara-cara:
Pukul mentega dengan gula kastor sampai kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati
Masukkan oreng yang telah dikisar
Masukkan telur selang seli dengan susu
Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 40 minit atau sampai masak!

















Dah, lepas buat kerja kemas dapur! Jangan nak menyerak je kerjanya!

Monday, 12 January 2015

Udang Masak Lemak Daun Selasih



Mungkin ada yang pernah baca tentang bagaimana aku ni di panggil ‘Hantu Selasih’ dek kerana ke’gila’an aku terhadap herba ni.  Sampaikan kalau aku masak, tak kiralah masakan apa pun… budak budak ni akan tanya. Contohnya aku masak ayam kicap… dorang akan tanya “Ayam Kicap Masak Selasih ker?”.  Sampaikan kalau aku goreng ikan pun dorang akan tanya “Ikan Goreng Selasih ke?”.  Sampai macam tu sekali!  So, korang dapat bayangkanla ekkk macamana.  At times rasa funny, at times rasa intimidated with the remarks and cheeky grin dia orang.

Bila aku mula mula berhenti kerja kat salah satu Resort Chain kat JB ni, kerja aku tak der lain.  Hari hari aku merayau ke pasar sana sini, tesco, giant, cold storage, smart, econsave, Jusco dan Carrefour! Ex-colleague pun siap tanya aku ni jadi mystery shopper ker apa sebab everytime dia orang call, aku mesti kat tempat tempat ni semua.  Of all the places, kalau aku ke Jusco dan Cold Storage aku akan pergi ke fresh herb section dan my eyes will always get the attention from these herbs.  Dek kerana desakan yang memanggil manggil tu, last last aku beli jugak and tanam kat rumah.  Senang!  Sebab evertime I need to use it jer, it is just a few steps away.

Selasih ni asalnya dari India, so kita boleh kategorikan herba ni adalah herba yang berasal dari Asia lah kan?  Tapi orang Italy ker Perancis ke banyak jugak guna influence selasih ni dalam masakan dia orang.  Kalau di Asia Tenggara pulak sebahagian besar Negara Negara kat sini guna selasih dalam masakan dia orang especially Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia.



                            Lemon Basil


                        Sweet Basil

Kat sini aku nak share jugak gambar pokok selasih yang aku tanam (dengan rasa bangganya!) Hahaha.  Aku ada dua jenis kat rumah ni ..  Satu Lemon Basil dan satu lagi Sweet Basil.  Pastu aku nak sertakan sekali resepi Udang Masak Lemak Daun Selasih!
(Haaa dah dengar tu Kak Lynn berbunyi ..  Apa??  Selasihhh Lagiiiii!)

Selasih ni mudah tumbuhnya (bagi aku la .. mungkin sebab aku minat so dia pun minat kat aku)  Kalau akak aku tanam, memang mudah hidup, tapi tak derla merimbun macam aku punya.  
Dalam masa 2 minggu jer dah penuh sepasu! 

Bahan-Bahan:
1 1/2 kg Udang (bersihkan – aku just gunting kepala and sesungut jer)
2 liter santan dari sebijik kelapa
2 biji bawang besar – tumbuk kasar
4 biji bawang putih – tumbuk kasar
1 inci kunyit – tumbuk kasar
10 biji cili padi pedas – tumbuk kasar
1 keping Asam Keping
3 batang serai (di titik)
Secukup garam
Secukup aji (kalau suka)
Sedikit gula (sikit jer, bukan nak buat pengat yer tuan tuan dan puan puan sekelian. Hehehe)
Secekak daun selasih

Cara-cara:
Satukan semua bahan dalam periuk kecuali udang, daun selasih dan bahan perasa
Kacau sentiasa di atas api sederhana (jangan sampai santan berkepala)

Bila santan dah menggelegak, perasakan dengan garam, gula dan aji

Taruk udang (sekejap je, kalau tak udang jadi kenyal – tak best!, apa pun terpulang)

Sebelum angkat, taburkan daun selasih, kacau dan tutupkan api.



** Daun Selasih LaLa La La La**

Wednesday, 7 January 2015

Top Crust Creamy Chicken & Mushroom Pie


Yeeeehaaaaa!! Orang putih lagiiii!!  Lately aku rasa macam mata aku nak bertukar colour jadik biru la.  Bangun pagi western, tengahari western, malampun western. ToH had a stressing work week, and the only thing that I can do is to make makan time as a stress-free time. So, jalan mudah … jadilah Mat Salleh British celup buat sementara.


One of the best Chicken Pie yang aku pernah rasa is made by my former Superior when I was still working as the Administrator for Havana Club & Card Services in the year 2000  (Wow, 14 years ago… didn’t realise the passing of time).  Nadia Lee Abdullah is a convert Chinese lady who made the best Chicken Pie, Sambal Belacan and Kari Ayam kering that I have ever tasted. She's one of my Chinese friends yang masak makanan melayu and makan makanan melayu lebih dari melayu sendiri! Ha kau, banyak pulak aku ulang ulang perkataan melayu tu. Saja nak remind diri sendiri.

Just for info, some of us mungkin tak tahu panggilan panggilan pie ni.  It can either be sweet or savoury.  Up to your choice.

Filled Pie adalah pie yang di buat dengan pastrynya yang di bentangkan di bawah dan keliling baking dish, manakala intinya di biarkan di atas dan terbuka.  Kalau kat British ni (Teringat makan pie masa berlakon citer James Bond dulu – halusinasi) Filled Pie ni di panggil Single Pie Crust.

A Cobbler Pie pulak adalah pie yang dibuat dimana intinya di isikan dalam baking tray dan di atasnya barulah di tutup dengan pastry.  Macam yang aku buat ni! Haaa… kalau kat Britian jugak, pie ni dikenali dengan nama Top Crust Pie.

Lastlly, Pie yang di tutup keseluruhan dengan pastry dimana intinya di letakkan di tengah tengah.  Yang ini paling biasa kita tengok di kedai kedai kek.  Kalau Pie jenis ni, kat Britain orang panggil  Two-Crust Pie.  Mesti korang yang baca ni tertanya-tanya kenapa pulak aku ni sibuk sangat menyebut Negara Britain kan? Hahaha… sebenarnya, setau aku lah (harap harap ni bukan ajaran sesatla) Pie ni berasal dari sana la.

Apapun, jangan sangka yang pie ni mesti kena ada pastry yang jadi pengiring atau kulit luarannya ya? Kena tau jugak yang pie moden sekarang ada yang langsung tak der letak apa apa pun kecuali filling.  On top of that, korang juga kena tau yang pie ni tak semestinya harus menggunakan pastry sebagai kulitnya.  Ingat tak entry sheperd pie aku tuh? Haaa feeling-feeling macam ramai sangat orang yang baca blog aku ni, padahal hit pun tak seberapa. Uwaaaa…  Crustnya korang boleh guna macam macam… kentang ker, biskut lempung or biskut lemak manis ker, serbuk roti ker.. atau apa apa jelah.

Sekarang, mari kita mulakan memasak!

Bahan-bahan:
10 keping ready made puff pastry (small size)
10 biji remekin untuk membakar (boleh guna aluminium casing juga)
2 sudu makan butter
1 biji bawang besar cincang (kalau ada Holland lagi bagus) – guna yang besar sikit
¼ cawan tepung gandum
2 cawan susu
1 sudu makan stok ayam
2 batang lobak merah saiz sederhana (potong dadu)
500 gm isi ayam (boleh guna bahagian peha atau dada)
Beberapa keping cendawan – Aku guna French Brown Mushroom
1 sudu teh thyme kering
1 sudu teh Aji-Shio atau lada sulah (nak gantikan ngan black pepper pun boleh)
1 biji telur yang telah di pukul sedikit
Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius

Cara-cara:
Di dalam kuali (kalau ada skillet lagi bagus) cairkan butter.  
Tumiskan bawang sampai layu atau warnanya bertukar jadi jernih
Taburkan tepung gandum dan kacau sebati (kalau nak senang pakai balloon whisk)
Masukkan cendawan dan kacau
Masukkan stok ayam dan susu dan kacau
Masukkan carrot dan ayam
Masukkan thyme kering dan biarkan sos merenih dan kacau sehingga pekat
Gunakan cookie cutter bulat (yang ngam ngam ngan mulut remekins korang (aku ni berangan nak grand sikit so aku potong pastry memanjang dan jalin macam tikar then baru potong bulat
Sudukan filling ke dalam remekins shingga ¾ penuh dan tutupkan dengan pastry yg dah potong bulat tadi
Sapukan egg wash dan bakar lebih kurang 25 minit atau sampai crustnya kuning keemasan




Ingat! Berkokok dulu sebelum makan!






Monday, 5 January 2015

Homemade Long John Silver's Chicken with Honey Mustard Dipping Sauce


Hmmmm bila baca tajuk entry ni jer, mesti  ramai yang akan terbayangkan watak antagonis fictional dalam drama bersiri Treasure Island.  Mungkin generasi baru tak tau kot, tapi those yang dah hidup tahun 80-an, sangat kenal akan watak opportunist mamat ni yang kesana kemari dengan sebelah kaki kayu dan burung kakak tua atas bahu dia.  Yer, zaman kecik kecik dulu aku selalu berangan jadi hero under Long John Silver (tapi aku tak ingat la apa ke nama hero tuh) dan abang aku Lan jadi Long John Silver.  Tapi aku dah tak ingat binatang apa yang jadi mangsa jadi Captain Flint.  Budak budak zaman sekarang mungkin hanya kenal Captain Jack Sparrow yang kalau nak dibandingkan dengan Long John Silver ni, kelicikannya tak sampai separuh pun. Oklah, that’s that.

Hari ni, bukan nak bercerita sangat pasal Treasure Island, atau pun bukan nak memasak burung kakak tua yang bermulut jahat tu.  Hari ni nak share resipi one of the famous fast food outlet based or originally from the United States yang menyediakan hidangan berasaskan makanan laut.  Nama outlet pun I think di ambil dari cerita Long John Silver ni yang sebenarnya di adaptasi dari novel hasil karya Robert Louis Stevenson. 

Hari ni aku nak belot pada Long John Silver.  Haha I wished that aku boleh memasak this thing in the ambience of a pirate ship or the likes. Tapi malangnya kat tengah tengah Bandar ni mana nak cari ekk? Tak pelah, rumah aku yang berselerak ni pun boleh di kira pirate ship jugakla… baru lepas bertempur dengan pirate pirate bedebah yang ada kat rumah ni, namely Kak Lynn, ToH, Remy & Cae.

Jom!

Aku guna 15 keping fillet yang aku hiris dari dada ayam.  (Slice it thinly)
(Kalau nak guna fillet ikan dory pon boleh jugak)

Untuk batter:
1 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
½ sudu teh soda bicarbonate
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
1 cawan air

Cara-cara:
Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk
Campurkan air dan kacau sehingga tak berbintil bintil
Celupkan fillet ayam dan goreng terendam
Kalau korang nak perasakan dengan lada sulah atau lada hitam or cayenne pepper pun boleh.  Tapi aku suka this thing plain aje.

Untuk dipping sauce (pencicah):
1 ½ cawan mayonnaise
¼ cawan Dijon mustard
½ cawan madu

Cara-cara:
Campur dan gaul sebati semua bahan ni dan sedia untuk di hidang


Mudahkan?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...