Let me start with this! Ilmu itu perlu di kongsi! Lebih banyak
kamu memberi lebih banyak manfaat yang kamu akan dapat.
Baiklah, ada sebab aku cakap mcm ni. Masa aku di KL dulu, bila aku tengok
majalah – majalah yang memaparkan resipi dan juga ilustrasi yang menarik aku
sangat teruja untuk memiliki dan membelinya. Walaupun keluarga aku rata-ratanya pernah menjadikan masakan
sebagai pendapatan utama mereka dan menurunkan ilmu itu kepada aku…. Ini tidak
menolak keinginan aku untuk memiliki majalah resipi yang banyak di jual di
kedai-kedai buku. Aku membeli
majalah tersebut semata mata untuk di jadikan koleksi dan inspirasi ketika otak
buntu untuk memikirkan juadah apa yang bakal aku hidangkan untuk tetamu yang bakal
bertandang.
Namun, keindahan yang di ciptakan itu sekadar
mengaburi mata mereka yang mungkin belum di isi dengan ilmu dalam bidang
kulinari. Cantik pada gambar,
namun pengisiannya atau bagaimana mau menghasilkan juadah seindah gambar tidak
pernah di paparkan dengan telus. Lompang sana sini… Pada suatu ketika, aku pernah melanggani majalah RASA dan SAJI yang mendahului pasaran tempatan. Kali pertama menghadap ke dua dua
majalah terbabit, aku temui banyak kesilapan dari segi ejaan dan juga banyak info
yang tidak di sertakan.
Kadang-kadang gambar yang di paparkan, bahan-bahannya tidak terdapat
dalam bahan yang digunakan untuk memasak.
Juga bahasa yang digunakan tidak konsisten dan mengelirukan
pembaca. Pada asalnya, aku
menganggap itu hanya kesilapan teknik dan lompang itu sekadar perkara yang
terlepas pandang oleh pihak Editor! - ‘satu jawatan yang memikul tanggungjawab
yang berat’! Tapi setelah memiliki beberapa edisi dan kesilapan yang sama tetap
berulang, kredibiliti majalah dan juga semua krew penerbitan aku
pertikaikan. Merompak pembeli di
siang hari!
Bayangkan! Mereka yang tidak mampu ke kelas
masakan (walaupun bagi sesetengah daripada kita harganya tidaklah berapa
mahal) ataupun mereka yang
mempunyai rutin kerja yang padat dan tidak mempunyai masa yang terluang untuk
mengikuti kelas. Memandangkan jadual kelas tidak dapat di selaraskan dengan
waktu rehat mereka, ataupun mereka yang jauh di pedalaman yang tidak mampu
untuk mengembara berpuluh kilometer demi menimba ilmu, atau yang baru sahaja mahu
cuba-cuba mengasah bakat dalam bidang kulinari ataupun pastri. Tidak kiralah, mereka tergolong dalam
kategori manapun tapi tujuan tetap sama, dan juga pencapaian matlamat awal
tersebut bertumpu pada satu dan yang paling murah dan mudah di dapati, iaitu Majalah
Resepi! Namun jika maklumat yang disertakan tidak lengkap, tidak wajarkah kalau
aku mengatakan itu semua adalah satu sindiket penipuan? Merompak wang pembeli
tanpa mereka sedari? Atau menindas mereka yang masih kurang pengetahuan?
Pernah juga beberapa sahabat handai
mengeluh dan menyangkakan diri mereka tidak ada bakat dalam bidang masakan
gara-gara resipi yang dicuba dari majalah resipi tidak menjadi. Bukan sekali malahan beberapa kali…
bila berbincang dan dikaji, ada beberapa langkah yang di ajarkan tidak
sempurna, juga beberapa bahan yang sepatutnya di masukkan tapi tidak
disertakan. Kadang-kadang, apa
yang disertakan di bahagian bahan-bahan, tidak dinyatakan bila harus dimasukkan
kedalam masakan.
Kali terakhir aku melanggan majalah resepi
kalau tak silap aku adalah pada tahun 2008. Semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap sidang
produksi mereka. Namun ketika
menemani seorang sahabat akrab yang di kenali sejak dari bangku sekolah
mengambil keputusan untuk pertukaran tempat kerja sebagai Penjawat Awam di
Putra Jaya minggu lalu, aku memecah tradisi apabila membeli beberapa majalah resepi
yang tidak pernah aku lihat sebelum ini.
Kali pertama!! Setelah 5 atau 6 tahun ‘memboikot’ industri ini. Dengan teknologi yang canggih dan juga
minda serta celik akal yang dimiliki oleh manusia zaman sekarang, aku
beranggapan, mungkin trend telah berubah.
Mungkin mereka bersifat lebih bijak, mungkin mereka paparkan sesuatu
yang lebih baik atau mungkin mereka sudah melunaskan tanggungjawab yang
sepatutnya mereka sempurnakan sejak lama dahulu. Memaparkan atau menjadi pendidik yang lebih ikhlas dan
tulus. Tapi hampa! Ternyata
sangkaan aku meleset sama sekali.
Ianya tidak pernah berubah .. yang bekerja semata-mata mahu makan
gaji. Tidak pernah mau memikirkan kesan
dan tanggungjawab besar yang mereka galas. Nampaknya orang orang yang sesat di laluan kulinari yang
luas dan terang akan terus bertebaran di tipu oleh perompak-perompak moden di
waktu siang bolong!
Dibawah ini, aku sertakan beberapa petikan
dari majalah Aroma yang aku beli, tapi dicetak sambil lewa oleh Majalah
tersebut. Samada penulis nak cepat
sebab sakit perut atau mungkin Editor terdelete ketika menyemak cetakan
tersebut tidaklah dapat dipastikan.
Tapi yang pasti Editor-Editor ini akan memberi sepatah dua kata sebagai
pembukaan dengan disertakan gambar mereka yang anggun ataupun kacak
disolek oleh Juru Solek
bertauliah. Itu sajalah yang
mereka tahu dan pentingkan. Apapun, cubalah berlaku adil kepada pembeli. Mungkin harga senaskhah majalah
tersebut tidak mahal, tetapi itu tidak memberi pihak majalah satu laluan untuk
menyamun wang pembeli sewenang-wenangnya.
Aku sedang meneliti majalah Sedap (yang di beli bersama majalah Aroma)
dengan harapan ia boleh mengembalikan kepercayaan aku pada pihak penerbitan
majalah kulinari yang semakin hari semakin bertambah.
Lihatlah Resipi Sambal Kelapa Lenggong yang di paparkan di dalam Majalah Aroma ini, Di ruang bahan-bahan, mana kelapanya? Kemudian di bahagian Cara Penyediaan juga di mana kelapanya? Oh, lupa pula saya .. di gambar rupanya! Logik ker?
Untuk Kek Mousse Dragon Fruit ni ... untuk buat sweet crust ni ada dinyatakan bahan-bahannya, tapi bila cara penyediaan tiba tiba ada biskut yang di ramas sedangkan tidak dinyatakan pada bahan-bahan. Bagi kita yang dah tau, mungkin ini tidak memberi masalah yang besar.. tapi bagi yang baru mula bertatih? Tak ke pembohong tu namanya?
Untuk chiffon kek ni, ntah berapa kali masuk oven, lepas tu dah keluarkan dengan pisau dan hias kek, lepas tu keluarkan dari oven dan terbalikkan kek (redundant process) ... dah hias lepas tu terbalikkan kek? Kerja gila... aku pun tak faham. Proof reading apa yang dia orang buat or somehow nentah apa yang editor check sampai kesilapan yang simple macm ni boleh berlaku, walhal .. tiga kesilapan ini aku jumpa tak sampai setengah muka surat dari keseluruhan majalah aku belek. Bosan dengan kerja sambil lewa ni, aku campak jer majalah ni kat bahagian recycle paper kat dapur. Boleh buat alas bontot periuk yang hitam tu.... layakla!
Mungkin apa yang aku bebelkan di sini tidak
akan memberi impak kepada seluruh produksi penerbitan, juga tidak akan
menurunkan statistik jualan majalah mereka, tapi sebagai salah seorang
pengguna, aku rasa aku juga punya tanggungjawab yang perlu aku lakukan. Bukan niat menjadi pembela, tetapi aku
harus memberitahu kepada mereka bahawa hak mereka sebagai pembeli tidak boleh
di pandang ringan. Itu
tanggungjawab pihak penerbitan.