Monday, 24 March 2014

Perompak dalam bidang Kulinari….. Hear Me Out!

Let me start with this!  Ilmu itu perlu di kongsi! Lebih banyak kamu memberi lebih banyak manfaat yang kamu akan dapat.

Baiklah, ada sebab aku cakap mcm ni.  Masa aku di KL dulu, bila aku tengok majalah – majalah yang memaparkan resipi dan juga ilustrasi yang menarik aku sangat teruja untuk memiliki dan membelinya.  Walaupun keluarga aku rata-ratanya pernah menjadikan masakan sebagai pendapatan utama mereka dan menurunkan ilmu itu kepada aku…. Ini tidak menolak keinginan aku untuk memiliki majalah resipi yang banyak di jual di kedai-kedai buku.  Aku membeli majalah tersebut semata mata untuk di jadikan koleksi dan inspirasi ketika otak buntu untuk memikirkan juadah apa yang bakal aku hidangkan untuk tetamu yang bakal bertandang.

Namun, keindahan yang di ciptakan itu sekadar mengaburi mata mereka yang mungkin belum di isi dengan ilmu dalam bidang kulinari.  Cantik pada gambar, namun pengisiannya atau bagaimana mau menghasilkan juadah seindah gambar tidak pernah di paparkan dengan telus. Lompang sana sini…  Pada suatu ketika, aku pernah melanggani majalah  RASA dan SAJI yang mendahului  pasaran tempatan.  Kali pertama menghadap ke dua dua majalah terbabit, aku temui banyak kesilapan dari segi ejaan dan juga banyak info yang tidak di sertakan.  Kadang-kadang gambar yang di paparkan, bahan-bahannya tidak terdapat dalam bahan yang digunakan untuk memasak.  Juga bahasa yang digunakan tidak konsisten dan mengelirukan pembaca.  Pada asalnya, aku menganggap itu hanya kesilapan teknik dan lompang itu sekadar perkara yang terlepas pandang oleh pihak Editor! - ‘satu jawatan yang memikul tanggungjawab yang berat’! Tapi setelah memiliki beberapa edisi dan kesilapan yang sama tetap berulang, kredibiliti majalah dan juga semua krew penerbitan aku pertikaikan.  Merompak pembeli di siang hari!

Bayangkan! Mereka yang tidak mampu ke kelas masakan (walaupun bagi sesetengah daripada kita harganya tidaklah berapa mahal) ataupun mereka yang mempunyai rutin kerja yang padat dan tidak mempunyai masa yang terluang untuk mengikuti kelas. Memandangkan jadual kelas tidak dapat di selaraskan dengan waktu rehat mereka, ataupun mereka yang jauh di pedalaman yang tidak mampu untuk mengembara berpuluh kilometer demi menimba ilmu, atau yang baru sahaja mahu cuba-cuba mengasah bakat dalam bidang kulinari ataupun pastri.  Tidak kiralah, mereka tergolong dalam kategori manapun tapi tujuan tetap sama, dan juga pencapaian matlamat awal tersebut bertumpu pada satu dan yang paling murah dan mudah di dapati, iaitu Majalah Resepi! Namun jika maklumat yang disertakan tidak lengkap, tidak wajarkah kalau aku mengatakan itu semua adalah satu sindiket penipuan? Merompak wang pembeli tanpa mereka sedari? Atau menindas mereka yang masih kurang pengetahuan?

Pernah juga beberapa sahabat handai mengeluh dan menyangkakan diri mereka tidak ada bakat dalam bidang masakan gara-gara resipi yang dicuba dari majalah resipi tidak menjadi.  Bukan sekali malahan beberapa kali… bila berbincang dan dikaji, ada beberapa langkah yang di ajarkan tidak sempurna, juga beberapa bahan yang sepatutnya di masukkan tapi tidak disertakan.  Kadang-kadang, apa yang disertakan di bahagian bahan-bahan, tidak dinyatakan bila harus dimasukkan kedalam masakan. 

Kali terakhir aku melanggan majalah resepi kalau tak silap aku adalah pada tahun 2008.  Semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap sidang produksi mereka.  Namun ketika menemani seorang sahabat akrab yang di kenali sejak dari bangku sekolah mengambil keputusan untuk pertukaran tempat kerja sebagai Penjawat Awam di Putra Jaya minggu lalu, aku memecah tradisi apabila membeli beberapa majalah resepi yang tidak pernah aku lihat sebelum ini.  Kali pertama!! Setelah 5 atau 6 tahun ‘memboikot’ industri ini.  Dengan teknologi yang canggih dan juga minda serta celik akal yang dimiliki oleh manusia zaman sekarang, aku beranggapan, mungkin trend telah berubah.  Mungkin mereka bersifat lebih bijak, mungkin mereka paparkan sesuatu yang lebih baik atau mungkin mereka sudah melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya mereka sempurnakan sejak lama dahulu.  Memaparkan atau menjadi pendidik yang lebih ikhlas dan tulus.  Tapi hampa! Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali.  Ianya tidak pernah berubah .. yang bekerja semata-mata mahu makan gaji.  Tidak pernah mau memikirkan kesan dan tanggungjawab besar yang mereka galas.  Nampaknya orang orang yang sesat di laluan kulinari yang luas dan terang akan terus bertebaran di tipu oleh perompak-perompak moden di waktu siang bolong!

Dibawah ini, aku sertakan beberapa petikan dari majalah Aroma yang aku beli, tapi dicetak sambil lewa oleh Majalah tersebut.  Samada penulis nak cepat sebab sakit perut atau mungkin Editor terdelete ketika menyemak cetakan tersebut tidaklah dapat dipastikan.  Tapi yang pasti Editor-Editor ini akan memberi sepatah dua kata sebagai pembukaan dengan disertakan gambar mereka yang anggun ataupun kacak disolek  oleh Juru Solek bertauliah.  Itu sajalah yang mereka tahu dan pentingkan. Apapun, cubalah berlaku adil kepada pembeli.  Mungkin harga senaskhah majalah tersebut tidak mahal, tetapi itu tidak memberi pihak majalah satu laluan untuk menyamun wang pembeli sewenang-wenangnya.  Aku sedang meneliti majalah Sedap (yang di beli bersama majalah Aroma) dengan harapan ia boleh mengembalikan kepercayaan aku pada pihak penerbitan majalah kulinari yang semakin hari semakin bertambah.


Lihatlah Resipi Sambal Kelapa Lenggong yang di paparkan  di dalam Majalah Aroma ini, Di ruang bahan-bahan, mana kelapanya? Kemudian di bahagian Cara Penyediaan juga di mana kelapanya? Oh, lupa pula saya .. di gambar rupanya! Logik ker?



Untuk Kek Mousse Dragon Fruit ni ... untuk buat sweet crust ni ada dinyatakan bahan-bahannya, tapi bila cara penyediaan tiba tiba ada biskut yang di ramas sedangkan tidak dinyatakan pada bahan-bahan.  Bagi kita yang dah tau, mungkin ini tidak memberi masalah yang besar.. tapi bagi yang baru mula bertatih? Tak ke pembohong tu namanya?



Untuk chiffon kek ni, ntah berapa kali masuk oven, lepas tu dah keluarkan dengan pisau dan hias kek, lepas tu keluarkan dari oven dan terbalikkan kek (redundant process) ... dah hias lepas tu terbalikkan kek? Kerja gila... aku pun tak faham.  Proof reading apa yang dia orang buat or somehow nentah apa yang editor check sampai kesilapan yang simple macm ni boleh berlaku, walhal .. tiga kesilapan ini aku jumpa tak sampai setengah muka surat dari keseluruhan majalah aku belek.  Bosan dengan kerja sambil lewa ni, aku campak jer majalah ni kat bahagian recycle paper kat dapur.  Boleh buat alas bontot periuk yang hitam tu.... layakla!

Mungkin apa yang aku bebelkan di sini tidak akan memberi impak kepada seluruh produksi penerbitan, juga tidak akan menurunkan statistik jualan majalah mereka, tapi sebagai salah seorang pengguna, aku rasa aku juga punya tanggungjawab yang perlu aku lakukan.  Bukan niat menjadi pembela, tetapi aku harus memberitahu kepada mereka bahawa hak mereka sebagai pembeli tidak boleh di pandang ringan.  Itu tanggungjawab pihak penerbitan.

Cukuplah! Penat pulak membebel ni.  Tahniah dan sekalung penghargaan pada Chef Wan sebab rakan-rakan yang aku hadiahkan buku masakan beliau memberitahu resipi yang mereka cuba dari buku "Simply Sedap Chef Wan" menjadi dan enak! 










3 comments:

  1. 100 % agreed. Dulu selalu beli majalah masakan dan bila cuba selalu tak menjadi then lama lama dah malas nak mencuba.Kadang kala beli just nak tengok food presentation.

    ReplyDelete
  2. Tahniah bro! satu perkongsian yang sangat2 bagus. Harap2 pihak penerbitan ada yang membacanya dan 'membaikpulih' majalah mereka terutama SAJI dan RASA yang merupan peneraju utama untuk majalah masakan ini. Masalah ni dah lama berlaku sejak belum ada lagi blog2 masakan mcm skrg. Majalah2 ni lah yang jadi rujukan k ita kalau nak cuba resepi2 baru. Dah bertahun juga k ita tak membeli majalah2 ni. Refer blog masakan lagi senang. Kalau ada yg tak faham boleh terus tanya tuan blogger.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...