Apa??
Kek Lapis Kukus lagi? Aku pun tak
tau kenapa semenjak dua menjak ni tangan asyik gatal nak melapis kek, walhal
bukan rajin pun. Bukannya aku
lapis nipis nipis, tapi tebalnya boleh buat tilam hah! Hehe. Puncanya, masa
beli makanan proses kat ‘Giant Supermarket’ aku ternampak beri campur ni. Packetnya mengujakan. Tapi bila bukak jer, mengecewakan, dah
la mahal. Segala beri pulak masam
mcm minum cuka. Aku taula itu
semua barang import, tapi ‘Jabatan Pembelian’ Giant pun kenala jugak cari
barang yang sekurang kurangnya tidak mengundang rungutan pelanggan kan? Bila main asal-boleh jer, jawabnya
simpan sendiri la stok tu, buat perhiasan sampai tamat tempoh.
Bila
aku thaw jer beri tu … dia punya lembik, mengalahkan dadih yang jual kat Bazaar
Ramadhan, bila angkat jer, relai satu satu bijik Mulberi tu. Bila dah tahap
macam ni, jangan ceritala .. pedih hati aku ni tak payah nak kira.. nak jer aku
ramas ramas beri tu lepaskan geram sambil aku bayangkan aku sumbat mulut staff
yang ordertu .. nak tengok dan kira berapa kedut kerut kat dahi dia menelan betapa
masamnya beri tu. Tapi yela.. tu
semua imaginasi orang tengah marah campur stress kan? Last last aku buat jugak walaupun
dalam hati nyanyi nyanyi lagu 3 suara ‘Beribu Sesalan’ tu. Kalau aku tau beli prune lagi bagus…
Dalam
ketidak puasan hati yang tengah panas membara tu, aku capai la jugak segala
peralatan untuk buat kek lapis tu …
1. 8 biji telur (Size B)
2. 250 gm gula kastor
3. 2 sudu teh ovalette
4. 250 gm tepung kek
5. 2 sudu teh esen vanilla
6. 100 ml susu (sejat boleh, segar pun
bolehlah)
7. 150 gm butter – cair dan sejukkan
8. 200 gm buah beri campur
9. Pewarna ikut suka hati nak yang mana
Cara-cara
2. 250 gm gula kastor
3. 2 sudu teh ovalette
4. 250 gm tepung kek
5. 2 sudu teh esen vanilla
6. 100 ml susu (sejat boleh, segar pun
bolehlah)
7. 150 gm butter – cair dan sejukkan
8. 200 gm buah beri campur
9. Pewarna ikut suka hati nak yang mana
Cara-cara
1. Pukul bahan 1 – 5 dengan kelajuan
tinggi
sehingga adunan kembang dan ringan
2. Masukkan bahan 6 & 7 dan pukul sekejap
lalu bahagikan adunan kepada 3 bahagian
3. Biarkan satu bahagian warna asal dan dua lagi
campurkan pewarna yang korang suka
4. Griskan Loyang kek 7” atau 8”, alaskan dengan
kertas kaca atau plastik
5. Tuangkan separuh daripada salah satu adunan
kek dan taburkan beri campur di atasnya lalu
kukus sehingga masak (10 – 15 minit)
6. Selepas itu tuangkan separuh lagi adunan
berlainan warna dan taburkan beri campur
di atasnya dan kukus hingga masak (ulangi
proses ini sehingga semua adunan selesai)
7. Untuk lapisan yang ke 5, habis kan ke semua
beri campur – dan akhir sekali tuangkan lapisan
ke 6 untuk menutupi keseluruhan beri tersebut.
8. Kukus hingga masak… biarkan sejuk barulah keluarkan dari Loyang kek, potong dan hidangkan.

** TaaDaaaa **
p/s : dalam kesakitan hati dan berimaginasi nak meramas beri nak kasi staff Giant cekik tu...
last last aku memang ramas jugak .. kalau korang perasan dalam gambar pertama
tu ada satu mug air, tu ler air ramasan lebihan beriyang aku masak bersama teh lipton ..
Sedap gak! Sambil makan kek tu habis la jugak se'jug' air teh beri!
cantik warna pink tu? guna warna apa?
ReplyDeleteSebenarnya saya campur warna pink ngan biru (sikit) .. sebab nak kasi kaler dia intense..
Deletebookmark untuk try..looks tempting
ReplyDelete