Daripada
mana agaknya datang istilah Finger Food ni? Aku pun tak tau… adapun finger food ni bukanlah makanan
untuk jejari, melainkan kalau mengikut definasinya adalah makanan yang di hidangkan atau digayakan agar ia
mudah di nikmati dengan menggunakan jari … tak perlu sudu, garfu, chopstik
ataupun kaki. Get the idea?
Mungkin
di Malaysia kita boleh katakan pisang goreng, keropok goreng, jemput jemput dan
sewaktu dengannya sebagai finger food.
Logik tak? Lantaklah… aku rasa boleh kot.. lainlah kalau korang ada idea
yang lebih baik untuk klasifikasikan hidangan yang aku cakapkan tadi… kalau tak
korang iyakan aja lah yer?!
There
are two reasons why aku buat this finger food.. Idea asal nya ToH beli daging cincang and
Roti Peranchis dalam misi nak membuat Roti John… tapi harammmmm!!! Dia tak jadi sebab tukar plan last minit,
hujung hujung terperesok dalam fridge.
Aku punya habit pulak tak suka biarkan barang simpan terlalu lama dalam
ruang sejuk beku, takut nanti rasa air batu yang lebih. Roti perancis tu pun kalau simpan lama lama boleh dijadikan kayu rounders ataupun kayu kriket. So terpaksalah create recipe baru in my
head using these two things.
Tengah
syok melayan facebook ngan adik beradik aku, idea pun mari (alamak terslang
mamakla pulak). Teringat yang ToH
hadiahkan aku Food Processor alongside with a new two door fridge for my
Birthday… Kat atas kepala dah keluar mentol lampu tiba tiba .. hehe … aku pun
patah-patahkan Roti Perancis tu dan campakkan dalam food processor untuk buat
breadcrumbs (so tak payah susah-susah aku nak beli!). Then ‘thaw’ daging cincang, cekak pinggang and think whether
aku nak buat this with a dash of Asian taste or Western.
potong potong)
2. 400 gm daging cincang
3. 1 biji bawang Holland (amik yang besar sikit
2. 400 gm daging cincang
3. 1 biji bawang Holland (amik yang besar sikit
dan cincang)
4. sedikit minyak zaitun
5. segenggam mixed spice
6. 4 sudu worcesteshire sauce
7. sedikit garam
8. 3 sudu tomato puree (tomato sauce pun boleh)
9. 1 biji telur (pukul sedikit)
10. 2 genggam serbuk roti (bread crumbs)
Masukkan tomato puree, telur yang telah dipukul dan serbuk roti lalu uli sebati sehingga boleh di bentukkan menjadi sosej sosej kecil
Canaikan ‘puff pastry’ nipis nipis, letakkan sosej di atasnya dan gulung dengan sapukan telur yang dipukul di hujung gulungan supaya ia tidak terbuka
Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga masak. Bergantung pada ketebalan sosej dan puff pastry yang korang canai
5. segenggam mixed spice
6. 4 sudu worcesteshire sauce
7. sedikit garam
8. 3 sudu tomato puree (tomato sauce pun boleh)
9. 1 biji telur (pukul sedikit)
10. 2 genggam serbuk roti (bread crumbs)
Cara-cara
Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang sehingga naik bau dan layu.
Masukkan mixed spice, garam dan worcesteshire sauce dan gaul sehingga sebati dan goreng sehingga daging masak lalu angkat dan sejukkan (sebelum angkat rasa dulu daging samada sesuai dengan citarasa anda … kalau ada apa apa yang kurang boleh segera adjust)
Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang sehingga naik bau dan layu.
Masukkan mixed spice, garam dan worcesteshire sauce dan gaul sehingga sebati dan goreng sehingga daging masak lalu angkat dan sejukkan (sebelum angkat rasa dulu daging samada sesuai dengan citarasa anda … kalau ada apa apa yang kurang boleh segera adjust)
Masukkan tomato puree, telur yang telah dipukul dan serbuk roti lalu uli sebati sehingga boleh di bentukkan menjadi sosej sosej kecil
Canaikan ‘puff pastry’ nipis nipis, letakkan sosej di atasnya dan gulung dengan sapukan telur yang dipukul di hujung gulungan supaya ia tidak terbuka
Ulangi proses sehingga habis
Setelah selesai, sapukan sedikit telur di atasnya dan taburkan bijan (aku tak buat sebab bijan kat rumah dah tinggal sesudu jer, so berpuas hati jela dengan sapu telur jer kat atas
Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga masak. Bergantung pada ketebalan sosej dan puff pastry yang korang canai
Lepastu apa lagi!!! Gunakan JEJARI anda untuk menikmati makanan ini
** Selamat mencuba **
- Bila mencanai pastry, jangan lupa taburkan sedikit tepung agar tidak melekat
- Kalau ada mesin pembuat pasta, gelek jer ngan mesin tu lagi senang dan konsisten
- Kalau korang nak ubah mengikut selera Asia, boleh gantikan mixed spice dengan jintan dan ketumbar serta serbuk paprika
- Kalau bercadang untuk jadikan ini sebagai hidangan untuk tetamu istimewa, setelah siap menggulung, potongkan hujungnya agar sosej daging tersebut selari dengan pastry agak Nampak lebih menarik (aku tak buat sebab nak cekik sendiri, jadi tiada pembaziran di sini
- Daun ketumbar juga boleh di masukkan dalam adunan daging untuk rasa yang lebih masyukkk!!
No comments:
Post a Comment