Tuesday 4 March 2014

Mixed Berry Layered Steam Cake

            Apa?? Kek Lapis Kukus lagi?  Aku pun tak tau kenapa semenjak dua menjak ni tangan asyik gatal nak melapis kek, walhal bukan rajin pun.  Bukannya aku lapis nipis nipis, tapi tebalnya boleh buat tilam hah! Hehe. Puncanya, masa beli makanan proses kat ‘Giant Supermarket’ aku ternampak beri campur ni.  Packetnya mengujakan.  Tapi bila bukak jer, mengecewakan, dah la mahal.  Segala beri pulak masam mcm minum cuka.  Aku taula itu semua barang import, tapi ‘Jabatan Pembelian’ Giant pun kenala jugak cari barang yang sekurang kurangnya tidak mengundang rungutan pelanggan kan?  Bila main asal-boleh jer, jawabnya simpan sendiri la stok tu, buat perhiasan sampai tamat tempoh.

            Bila aku thaw jer beri tu … dia punya lembik, mengalahkan dadih yang jual kat Bazaar Ramadhan, bila angkat jer, relai satu satu bijik Mulberi tu. Bila dah tahap macam ni, jangan ceritala .. pedih hati aku ni tak payah nak kira.. nak jer aku ramas ramas beri tu lepaskan geram sambil aku bayangkan aku sumbat mulut staff yang ordertu .. nak tengok dan kira berapa kedut kerut kat dahi dia menelan betapa masamnya beri tu.  Tapi yela.. tu semua imaginasi orang tengah marah campur stress kan? Last last aku buat jugak walaupun dalam hati nyanyi nyanyi lagu 3 suara ‘Beribu Sesalan’ tu.  Kalau aku tau beli prune lagi bagus…

            Dalam ketidak puasan hati yang tengah panas membara tu, aku capai la jugak segala peralatan untuk buat kek lapis tu …

Bahan-bahan
1.    8 biji telur (Size B)
2.    250 gm gula kastor
3.    2 sudu teh ovalette
4.    250 gm tepung kek
5.    2 sudu teh esen vanilla
6.    100 ml susu (sejat boleh, segar pun  

       bolehlah)
7.    150 gm butter – cair dan sejukkan
8.    200 gm buah beri campur
9.    Pewarna ikut suka hati nak yang mana


Cara-cara
1.   Pukul bahan 1 – 5 dengan kelajuan tinggi
      sehingga adunan kembang dan ringan
2.   Masukkan bahan 6 & 7 dan pukul sekejap 
      lalu bahagikan adunan kepada 3 bahagian
3.    Biarkan satu bahagian warna asal dan dua lagi 
      campurkan pewarna yang korang suka
4.   Griskan Loyang kek 7” atau 8”, alaskan dengan 
      kertas kaca atau plastik
5.    Tuangkan separuh daripada salah satu adunan 
      kek dan taburkan beri campur di atasnya lalu 
      kukus sehingga masak (10 – 15 minit)
6.   Selepas itu tuangkan separuh lagi adunan 
      berlainan warna dan taburkan beri campur 
      di atasnya dan kukus hingga masak (ulangi 
      proses ini sehingga semua adunan selesai)
7.   Untuk lapisan yang ke 5, habis kan ke semua 
      beri campur – dan akhir sekali tuangkan lapisan 
      ke 6 untuk  menutupi keseluruhan beri tersebut.
8.   Kukus hingga masak… biarkan sejuk barulah keluarkan dari Loyang kek, potong dan hidangkan.


** TaaDaaaa **


p/s : dalam kesakitan hati dan berimaginasi nak meramas beri nak kasi staff Giant cekik tu... 
last last aku memang ramas jugak .. kalau korang perasan  dalam gambar pertama 
tu ada satu mug air, tu ler air ramasan lebihan beriyang aku masak bersama teh lipton .. 
Sedap gak!  Sambil makan kek tu habis la jugak se'jug' air teh beri!



3 comments:

  1. cantik warna pink tu? guna warna apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya campur warna pink ngan biru (sikit) .. sebab nak kasi kaler dia intense..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...