Thursday 13 February 2014

Shepard's Pie (Pai Gembala Kambing)


     Hmmmm ada lagi ke gembala kambing zaman sekarang ni? Maybe ada, tapi org just bela gitu gitu jer kot.  Then orang kita pun tak panggil gembala kambing melainkan tuan kambing atau pembela kambing. (smirk).  Apapun, asal Shepard’s Pie ni bukanlah dari Malaysia, walaupun zaman dulu banyak gembala kambing kat Malaysia ni.  Jangan salah faham juga, bahawa Shepard’s Pie ni pun tak der kena mengena dengan gembala kambing (err kalau ada pun sikit sikit jer!)

     Aku kira dia orang namakan makanan ni Shepard’s Pie sebab dulu dulu, golongan yang berpendapatan rendah (kalau dulu kira orang kampung kat overseas la kan?) menganggap makanan ni sebagai makanan yang  mampu masak atau mampu buat.  Kalau zaman-zaman ahli sihir masih beterbangan naik penyapu ajaib dia orang, Shepard’s Pie ni dia orang hasilkan dari lebihan daging atau kambing bakar atau daging apa apa lah dengan di litupi oleh kentang lenyek di atasnya.

     Teringin jugak nak menengok rupa bentuk Shepard’s Pie yang pertama di hasilkan tapi malangnya aku yakin zaman kentang mula mula ditanam dan dijadikan makanan ruji oleh penduduk di oversea ni, apa itu kamera pun tidaklah diketahui, lagila pulak zaman handphone canggih ni kan?  Shepard’s Pie ni juga dikenali dengan nama ‘Cottage Pie’

     Ok, cakap banyak banyak pun tak guna, lama lama kang Pie entah kemana, gembala kambing pun tak tau kemana. Tuan Tuan dan Puan Puan sekelian, saya persembahkan Pai Gembala Kambing!!!!  (Sambil sambil terdengar alunan Seruling anak gembala dendangan Jeffreydin sayup sayup dari bawah pokok Jambu Bol)
           
Bahan-bahan
Untuk Inti :
  •      1kg daging cincang
  •      2 biji bawang besar (Potong Dadu)
  •      4 ulas bawang putih (cincang)
  •      1 cawan ‘mix vege’
  •      1 kiub daging
  •      4 sudu makan sos Worcesterchire
  •      4 sudu makan sos Tomato (aku taruk tomato puree sebab ada lebih masak fusili hari tu
  •      1 sudu makan tepung (tak taruk pun tak per)

Untuk Kentang Lenyek :
  •          6-8 biji kentang russet (sederhana besar – di kupas dan belah empat)
  •       susu
  •          beberapa sudu mentega
  •          Sedikit rosemary (kalau tak ada boleh guna salt n pepa jer)
  •         Garam dan lada sulah
  •      2 biji kuning telur
                                                  Cara-cara
1. Didihkan air bersama garam

2. Rebus kentang sehingga empuk tapi jangan terlampau penyek

3. Di atas kuali yang lain panas kan 3 sudu mentega dan goring bawang sehingga layu

4. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau

5. Campurkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak

6. Campurkan garam, lada sulah dan sos tomato - kacau

7. Kemudian campurkan sos worcesterchire - kacau

8. Campurkan kiub daging (kalau korang ada air rebusan daging lagi bagus untuk memastikan yang daging ni akan ‘moist’ atau lembap)

9. Masukkan campuran daging ni ke dalam casserole dish

10. Sementara itu, jika kentang sudah empuk, toskan air dan lenyek ketika masih panas

11.  Campurkan dua sudu mentega

12.  Campurkan susu dan rosemary dan gaulkan

13. Tuangkan di atas daging dan ratakan sehingga menutupi keseluruhan campuran daging tersebut.

14. Cakar dengan garfu atau jika korang nak effect yang lebih menarik, tekan dengan sudu dan angkat.  Biarkan stalaktit terbentuk dan bila di bakar bahagian puncak yang terbentuk akan kelihatan garing dan cantik

15. Bakar pada suhu 200 degree Celcius untuk 15min sehingga atasnya kuning keperangan

16. Lepastu bolehla cekik sebelah kambing anda sekiranya anda seorang gembala…


** Happy trying! **







2 comments:

  1. nampak sedap. Dah lama nak try masih blm sampai 'seru'...

    ReplyDelete
  2. Suka suka suka
    Pasti menjadi hidangan keluarga

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...