Hmmmm
ada lagi ke gembala kambing zaman sekarang ni? Maybe ada, tapi org just bela
gitu gitu jer kot. Then orang kita
pun tak panggil gembala kambing melainkan tuan kambing atau pembela kambing.
(smirk). Apapun, asal Shepard’s
Pie ni bukanlah dari Malaysia, walaupun zaman dulu banyak gembala kambing kat
Malaysia ni. Jangan salah faham
juga, bahawa Shepard’s Pie ni pun tak der kena mengena dengan gembala kambing
(err kalau ada pun sikit sikit jer!)
Aku
kira dia orang namakan makanan ni Shepard’s Pie sebab dulu dulu, golongan yang
berpendapatan rendah (kalau dulu kira orang kampung kat overseas la kan?)
menganggap makanan ni sebagai makanan yang mampu masak atau mampu buat. Kalau zaman-zaman ahli sihir masih beterbangan naik penyapu
ajaib dia orang, Shepard’s Pie ni dia orang hasilkan dari lebihan daging atau
kambing bakar atau daging apa apa lah dengan di litupi oleh kentang lenyek di
atasnya.
Teringin
jugak nak menengok rupa bentuk Shepard’s Pie yang pertama di hasilkan tapi
malangnya aku yakin zaman kentang mula mula ditanam dan dijadikan makanan ruji
oleh penduduk di oversea ni, apa itu kamera pun tidaklah diketahui, lagila
pulak zaman handphone canggih ni kan?
Shepard’s Pie ni juga dikenali dengan nama ‘Cottage Pie’
Ok,
cakap banyak banyak pun tak guna, lama lama kang Pie entah kemana, gembala
kambing pun tak tau kemana. Tuan Tuan dan Puan Puan sekelian, saya persembahkan
Pai Gembala Kambing!!!! (Sambil
sambil terdengar alunan Seruling anak gembala dendangan Jeffreydin sayup sayup
dari bawah pokok Jambu Bol)
Bahan-bahan
Untuk Inti :
- 1kg daging cincang
- 2 biji bawang besar (Potong Dadu)
- 4 ulas bawang putih (cincang)
- 1 cawan ‘mix vege’
- 1 kiub daging
- 4 sudu makan sos Worcesterchire
- 4 sudu makan sos Tomato (aku taruk tomato puree sebab ada lebih masak fusili hari tu
- 1 sudu makan tepung (tak taruk pun tak per)
Untuk Kentang Lenyek :
- 6-8 biji kentang russet (sederhana besar – di kupas dan belah empat)
- susu
- beberapa sudu mentega
- Sedikit rosemary (kalau tak ada boleh guna salt n pepa jer)
- Garam dan lada sulah
- 2 biji kuning telur
Cara-cara
2. Rebus kentang sehingga empuk
tapi jangan terlampau penyek
3. Di atas kuali yang lain panas
kan 3 sudu mentega dan goring bawang sehingga layu
4. Masukkan bawang putih dan tumis
sehingga naik bau
5. Campurkan daging cincang dan
kacau sehingga daging masak
6. Campurkan garam, lada sulah dan sos tomato - kacau
8. Campurkan kiub daging (kalau
korang ada air rebusan daging lagi bagus untuk memastikan yang daging ni akan
‘moist’ atau lembap)
9. Masukkan campuran daging ni ke
dalam casserole dish
10. Sementara itu, jika kentang sudah empuk, toskan air dan lenyek
ketika masih panas
11. Campurkan dua sudu mentega
12. Campurkan susu dan rosemary dan gaulkan
13. Tuangkan di atas daging dan ratakan sehingga menutupi keseluruhan campuran daging tersebut.
14. Cakar dengan garfu atau jika korang nak effect yang lebih menarik, tekan dengan sudu dan angkat. Biarkan stalaktit terbentuk dan bila di bakar bahagian puncak yang terbentuk akan kelihatan garing dan cantik
15. Bakar pada suhu 200 degree Celcius untuk 15min sehingga atasnya kuning keperangan
16. Lepastu bolehla cekik sebelah kambing anda sekiranya anda seorang gembala…
13. Tuangkan di atas daging dan ratakan sehingga menutupi keseluruhan campuran daging tersebut.
14. Cakar dengan garfu atau jika korang nak effect yang lebih menarik, tekan dengan sudu dan angkat. Biarkan stalaktit terbentuk dan bila di bakar bahagian puncak yang terbentuk akan kelihatan garing dan cantik
15. Bakar pada suhu 200 degree Celcius untuk 15min sehingga atasnya kuning keperangan
16. Lepastu bolehla cekik sebelah kambing anda sekiranya anda seorang gembala…
** Happy trying! **
nampak sedap. Dah lama nak try masih blm sampai 'seru'...
ReplyDeleteSuka suka suka
ReplyDeletePasti menjadi hidangan keluarga