Hari ni nak bercerita hal serius
sikit (tiba – tiba rasa macam
important person pulak!).
Sebenarnya aku terbaca satu entry lama aku masa duduk kat KL. Rasa tak puas hati bila ada Hamba Allah
ni komen pasal tepung yang aku guna.
(Mamat tu nak tunjuk pandai tak bertempat!) Katanya aku sepatutnya guna
tepung gandum cap blue key atau cap sauh, baru kuih aku akan taste right. Then dia kata aku guna tepung
lama. Aku rasa family dia ni ada
kilang gandum kot, tu sebab dia rasa dia bijak sangat hal tepung menepung
ni. Kalau ikut hati nak aje aku
tepung tawarkan muka dia tu. Biar
dia tau tepung yang aku guna tu tepung penamparr! Walhal aku ni memang guna tepung cap sauh. Dah memang family aku satu keturunan
guna, jadi aku pun guna jugakla.
Lagipun tepung ni senang sikit dapat kat mana-mana kedai. Kalau jenama macam-macam tak semua
kedai ada.
Then hari tu, bila ke kedai menjual peralatan kek dan roti, pekerja kedai tu tak paham bila aku cakap aku nak tepung hi-protein. Katanya tak der di jual. Bila aku tanya tepung roti ada? Dia cakap ada! Nak ajer aku uli mamat tu macam aku uli roti kat rumah. Dugaaaan dugaaaan!
Then hari tu, bila ke kedai menjual peralatan kek dan roti, pekerja kedai tu tak paham bila aku cakap aku nak tepung hi-protein. Katanya tak der di jual. Bila aku tanya tepung roti ada? Dia cakap ada! Nak ajer aku uli mamat tu macam aku uli roti kat rumah. Dugaaaan dugaaaan!
Jadi hari ni, aku nak share info pasal jenis-jenis tepung gandum. Entry ni
untuk mereka yang baru nak bertatih dan menjinakkan diri dalam bidang pembuatan
roti, kek, pastry dan biskut (sama macam aku jugak). Untuk mereka yang dah power macam Ayu dari CurlybabeSatisfaction .. abaikan la yer.
Korang boleh tengok blog dia. Aku sebenarnya jeles jugak dengan dia
ni. Sebabnya, bila masuk blog dia
.. air liur asyik bertakung jerk di bibir. Kecur…
Tepung ada bermacam macam jenis. Bila cakap pasal tepung, terus terpapar
dalam skrin visual otak kita tepung gandum. This is the most commonly used tepung in history. Kalau dari segi faktanya tepung ni
sangat luas pengertiannya, dan banyak macam jenisnya. Asalkan dia macam serbuk atau dedebu cinta Misha Omar tu,
kita bolehlah namakan dia tepung.
Debu atau serbuk yang halus ni boleh di hasilkan dari berbagai bagai
sumber; bijirin seperti gandum (tepung gandum), jagung (tepung jagung) dan
beras (Tepung beras). Ianya boleh
jugak di hasilkan dari sumber kekacang macam kacang hijau, kacang merah, kacang
kuda dan sebagainya. Dan lastly
dari sumber sumber akar (maksud aku yang tumbuh di dalam tanah), macam kentang
(tepung kentang), ubi (tepung ubi) dan keledek (tepung keledek). Ini sebahagian aje ye, kalau nak
listkan semua kematu jari aku nak menaip walaupun kelajuan aku menaip sama
dengan kelajuan kereta Tengku Djan kat litar F1.
Hari ni aku nak bercerita pasal tepung gandum
jer dulu. Takut korang muntah-muntah pulak dengar aku bagi syarahan kat sini. Bagi mereka yang minat dalam
seni pembuatan kek dan biskut, ada tiga jenis kategori tepung dari gandum yang
paling penting dan patut korang tau sebagai asas iaitu Tepung Serbaguna, Tepung
Roti dan Tepung Naik Sendiri
Sebenarnya perkara yang membezakan tepung
ni cuma kandungan protein dan gluten serta cara pemprosesan gandum tu jer.
Tepung roti adalah tepung yang paling
tinggi kandungan protein dan glutennya.
Sebab tu selain dari tepung roti orang panggil tepung ni Tepung
Hi-Protein. Ianya di proses dari
pada bijirin gandum yang keras.
Signifikan kandungan protein dan gluten di dalam tepung ni adalah
penghasilan doh yang elastik dan anjal.
Gluten ni kiranya macam gula getah la … tapi gula getah bukan gluten
tau! Tayar basikal pun bukan. Jadi jangan pandai pandai cakap dalam
tayar basikal atau chewing gum tu ada gluten Hahaha. Biasanya tepung yang ada kandungan gluten yang tinggi boleh
bertindakbalas terhadap yis dengan baik sebab ianya mampu membina dan
mengikat struktur doh bila karbon dioksida dibebaskan ketika proses
penapaian berlaku. Ya Allah,
macamana ek nak kasi penerangan dalam
layman terms? Kang kalau teknikal sangat mampus adik-adik kita yang baca
ni akan rasa diorang kena jadi saintis baru boleh faham.
Tepung Serbaguna adalah tepung yang paling
banyak dan kerap di gunakan. Ianya
diproses dari campuran bijirin gandum yang keras dan lembut., sebab tu dia
panggil serbaguna. Ianya sangat
serbaguna sampaikan boleh digunakan untuk buat semua jenis doh .. roti, biskut,
kek dan juga pastry. Nak buat main
main baling tepung masa harijadi pun boleh. Sebenarnya tepung serbaguna ni sesuai untuk orang yang malas
nak renyah ataupun nak simpan macam macam jenis tepung kat rumah. One type can fit all. Gittewlahhh …
Tepung naik sendiri (tepung ni best .. kalau korang beli
tepung ni banyak banyak dan tak larat nak angkut dan rumah korang pulak
bertangga, suruh jer tepung tepung ni naik sendiri) Bluekkk! Tepung naik sendiri ni sebenarnya lebih
kurang tepung serbaguna jer, cuma ianya dah di tambahkan dengan ejen penaik dan
juga garam. Jadi tak payah nak sukat sukat baking powder
banyak mana nak taruk sebab masa dalam peringkat pemprosesan tepung ni,
semuanya dah di tambah agar bercampur rata.
Ok, setakat ni itu jer untuk tiga tepung asas ni. Kalau ada yang nak tau jenis tepung yang lain .. kalau aku tau nak cerita aku cerita kat sini, otherwise aku buat buat tak nampak jer. Hehe.
Ok, setakat ni itu jer untuk tiga tepung asas ni. Kalau ada yang nak tau jenis tepung yang lain .. kalau aku tau nak cerita aku cerita kat sini, otherwise aku buat buat tak nampak jer. Hehe.
Apapun ada berpuluh puluh lagi jenis tepung
sebenarnya. Termasuklah dari
gandum atau bahan lain. Tapi untuk
pengetahuan asas ni saya ceritakanlah yang ni dulu yer. Otak macam dah tepu sikit,
almaklumlah lama dah tak pegi sekolah.
Saya sudahi dengan sebuah lagu untuk
pembaca blog sekelian:
Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar (tak pasti dia orang guna tepung gandum atau apa)
Hai beras kunyit di tabur di siram si air mawarr! ..
Di tepungi lah tawar (tak pasti dia orang guna tepung gandum atau apa)
Hai beras kunyit di tabur di siram si air mawarr! ..
(Sambil feeling feeling nyanyi karaoke kat
Majlis Pengantin)
Salam Rosdi,
ReplyDeleteSenyum simpul I baca entry u kali ni haha... Kak Ayu tu memang rajin dah terror.. Kalau berjiran I akan suruh dia buat kuih or kek or whatnots selalu. So I hanya tadah pinggan aje haha..
P/S : Jangan marah ar Kak Ayu :)
Assalam Rosdi,
ReplyDeletewaduh! ada mention nama kita ya..tercekik air putih sekejap tadi..heheh
alahai manalah kita terror..masih belajar juga ni..seriously..
good shared info ....memang bagus untuk yang baru nak kenal tepung..:)
ps Honey..tak marah...tengah senyummm aje ni...
marilah pindah dekat sebelah rumah akak..hehehe...
hehe..tergelak baca cerita nak tepung tawar mamat tu...dia nak tunjuk pandai tp sayang salah tempat..
ReplyDeletemmg x semua org akan tau jnis tpung..lg2 org yg jrg kedapur..
ReplyDelete