Monday, 8 December 2014

Kepak Ayam Bakar Gula Perang


Korang suka makan pizza hut punya Chicken Wings tak? Perhaps your little angel? Tapi mahal kan? Jangan risau saya ada penyelesaiannya!  (Perghhh rasa macam buat voice over untuk iklan detergent pulak).  

Bukan setakat tu aje, kalau buat sendiri, you could always adjust to your liking.  Hmmm .. yang paling seronok, resipi ni sangat simple! So simple that you could almost do this sambil meniarap.  Hahaha.



Sebenarnya, bila basuh and re-arrange fridge, aku ternampak SriRacha Hot Chilli Sauce yang aku gunakan untuk buat poh piah basah hari tu.  Agak lama juga dalam simpanan.  Sebelum ToH ‘perli menusuk’, lebih baik buat sesuatu.  Takut nanti aku yang naik hantu.  (Tiba tiba teringat semalam buat jus raspberry ngan blackberry yang masam teramat.  Tapi telan jugak, sebab sendiri yang nak sangat beli masa ke Bukit Indah last week).


This recipe is called for a few simple ingredients and is perfect for a family gathering.  Korang boleh bakar guna oven atau kalau ada satay griller tu pun boleh jugak guna.  Perfect for barbecuing for a picnic! To make it more irresistible, kita tak payah perap, coat and ready to grill.  Bahan gaul pulak, some portion of it, kita guna untuk pencicah atau sos.  2 in 1!


Apa yang korang perlukan adalah:

250gm sos tomato (maggi will be a perfect choice)
80 gm gula perang
1 sudu makan cuka
1 sudu makan SriRacha Chilli Hot Sauce
1 sudu makan kicap
½ sudu serbuk jintan putih
2 kg kepak ayam (potong bahagian drummet and wingette, buang hujung yg tajam tu.  Kang tercekik pulak anak anak kita)

Apa yang korang perlu lakukan?

Campur semua bahan kecuali kepak ayam.  Gaul dan kacau sehingga gula hancur.  Asingkan 1/3 untuk dipping sauce.  Yang selebihnya gaulkan dengan ayam
Panaskan oven pada 200 darjah celcius.  Boleh panggang diatas baking sheet atau aluminium foil untuk 30 minit (balikkan selepas 15 minit).  Tapi, kalau korang nak garing or rangup2 sikit, korang boleh bakar atas cooling rack atau redai tu hah.  Kalau nak buat BBQ, bakar jer atas pembakar sate , balik balikan sehingga masak.  Lepas tu boleh curahkan sos atas ayam, atau just taruk dalam mangkuk and cicah. 

**Cuba dulu yer? Then you can say… Pizza Hut punya Chicken Wing is so going down…**

6 comments:

  1. Wah boleh buat untuk makan sambil tengok Harimau Malaya beraksi. hehehehehe.....

    ReplyDelete
  2. wahhh...ni mengalahkan pizza hut punya ni...berbaloi,kan..

    ReplyDelete
  3. Assalam Rosdi, wow!..looks interesting..simple aje bahan2nya ..insyaallah nak cubalah nanti..
    kalau tak ada cili sriracha tu boleh gantikan dengan sos apa ya?..
    boleh gantikan dengan sos thai ke or maggi chili sos yang pedas ke?
    tapi memang ya tau..kalau order kat pizza hut.. berapa ketul aje dah $9..
    kalau buat sendiri muai...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Ayu.. Sebenarnya SriRacha ni melalui proses fermentation. Kalau ikutkan dia just guna Cili Padi, Bawang Putih, Garam dan Cuka (Then dia orang perapkan atau tapaikan about 2 to 4 days baru guna). Maybe Ayu boleh just add to the sauce the fresh ingredients. Kalau tak silap saya Maggi ada satu sos yang guna bawang putih ni, cuma I doubt that dia pedas. So kalau maggi ada sos pedas, maybe boleh guna, tapi tambahla bawang putih cincang sikit.
      Ataupun kalau tak ada SriRacha, boleh substitue the sos with a few bird's eye chilli, then beberapa bijik bawang putih kisar atau cincang, then garam. If we do this, I mean start from scratch let is sit for perhaps 1/2 to 1 hour then baru bakar.

      Delete
    2. Terimakasih Rosdi,
      will adjust accordingly...memang harus buat ni...:)

      Delete
  4. salam singgah. mcm nak try jer esok..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...