Sunday, 23 November 2014

Green Tea Butter Cake with Green Tea Creme Chantilly


Entry ni merupakan dedikasi khas untuk salah satu 
favourite food blogger yang aku selalu follow.  

Sebabnya, bila aku go through blog dia, banyak resepi yang gunakan green tea ni.  Be it makanan or minuman.  Well, ToH pun sama. Dia memang crazy over green tea.  Dialah pencetus green tea crave in my family.  Kalau dulu-dulu kakak and abang aku bila dengar green tea je, terus buat muka disgust.  Tapi sekarang.. amekkau! Asyik kirim jer.  Bagi ToH pulak, dalam sebulan dia akan beli 4 carton green tea.  If 1 carton ada 24, that means 4 carton ada 96 – in a month! Never mind, bila dia ‘padam’ nanti aku mandikan dia dengan green tea tu aje.  Senang!  Bila ‘cekik’ green tea ni banyak -banyak, kalau dia tak awet muda jugak, tak taulah aku nak kata apa!

Sebenarnya green tea ni banyak kebaikannya.  I guess, itu adalah antara sebab Hazila and ToH sukakan benda alah ni.  Aku pulak? Boleh tahan suka .. cuma tak tahan jer.  Tak tahan harga! Mahal ya ampun!  ½ kg jer dah RM 100 lebih!  Green tea ni asalnya dari China dan kebelakangan ni, ‘kegilaannya’ dah menular ke seluruh pelusuk Asia dan juga Eropah yang mana minuman asal mereka adalah lebih kepada Black Tea.

Green Tea ni if you look beyond it’s name, lebih dari sekadar minuman sahaja.  Ia merupakan satu ejen yang sangat sihat.  Membekalkan anti-oksida dan juga zat-zat yang diperlukan oleh badan kita.  Dia ada flavanoids yg boleh mengelakkan tubuh badan daripada terhidrasi, membaikpulih system saraf otak dan menjadikan otak lebih bijak, boleh membantu menurunkan berat badan (part yang ni aku keliru .. ToH asyik minum Green Tea, tapi kenapa berat dia tak turun? Hahaha)  Selain tu ia  jugak boleh mengurangkan risiko untuk mendapat cancer, boleh mengurangkan risiko nyanyuk bila tua, mengurangkan risiko kencing manis .. even boleh merawat kencing manis tahap 2.  Ya Allah, aku dah bunyi macam doctor pakar la pulak!?!


Kek yang aku buat guna Green Tea ni is actually a simple buttercake jer, tapi frosting dia quite nice.  In-fact the frosting tu sebenarnya ToH buat untuk 'experiment' French Choux Chantilly dia.  Tapi since I like the taste, aku suruh ToH cover my cake with that cream.  Consistentcy-nya bukanlah untuk kek.  So, ToH had trouble with the piping.  Furthermore ini first assignment dia, jadi I would consider this a job well done!  Normally cream frosting or piping is my job, but this time, I’d be happy to be the observer.  Lagipun I have this habit of tak herankan plating ataupun hiasan, yang penting rasa. I just can’t wait to cut the cake and take a bite.



Rasanya sangat significant as long as you buy a good quality green tea.  Jom kita go through the recipe

150 gm butter or margerine – your choice
150 gm caster sugar
3 nos egg
100 gm milk (fresh or evaporated – hentam saja)
200 gm self raising
1 tbs green tea powder (ayak sekali ngan tepung)




Cara-cara:
Pukul margerine dengan gula sampai kembang
Masukkan butter satu persatu
Masukkan separuh dari tepung dan kacau
Masukkan susu dan baki tepung tadi dan kacau hingga sebati
Masukkan dalam loyang pembakar yang di alas dengan kertas minyak
(Adunan ni aku buat untuk loyang 8’x3’)
Bakar pada suhuh 170 darjah selama 40 minit atau sampai masak.  (Ikut oven masing masing)

Untuk Green Tea Crème Chantilly:
250 ml krim putar
50 gm gula aising
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk teh hijau

Cara-cara:
Putar krim pada kelajuan sederhana sehingga kembang.  
Masukkan gula aising, esen vanilla dan serbuk teh hijau dan putar lagi sehingga kaku (stiff peak – aku tak tau bahasa melayu apa)


** Voila! **

4 comments:

  1. waaa sedapnya tapi badan dah takleh nak makan kek dah... semalam makan chis kek yg sangat sedap... rasa yg setengah yg kek sekilo tu saya habiskan... mcm gajah aku makan....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sukaa tgk mcm2 menu ada kat sni...rajin en. masak utk klrga...mksih sdi singgah dpur kcik saya yg xsbarap tu..

    ReplyDelete
  3. terimakasih atas nasihat dan pandangan..akak ada sertakan link kat entri akka tu-PERISTIWA ITU..

    ni linknya http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/2014/02/kerana-bomoh-badan-binasa.html

    ReplyDelete
  4. salam bro,tq sudi singgah di blog zila..:)..seronok kesini..banyak rupanya hidangan yg menarik hati..salam kenal..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...