Mengada ek aku ni? Orang biasa pakai
Thai-style aku nak tukar Siam, padahal rasa sama jer. Bila berbicara pasal Siam ni, aku selalu tersenyum
sendiri. Family aku adalah
generasi yang langsung tidak stick pada tradition when it
comes to cooking. Originally my
grandfather from my father's side and grandmother of my mom's side were from
the Land of Siam. Tapi masakan kami langsung tiada influence
dari sana. My mom is terror with
masakan Kelantanese instead and my late father pun doesn't fancy Siamese food
that much especially kaffir lime. Kalau aku masak Tomyam, sehari dia akan bising
sebab ada daun limau purut tu. Tapi what is Tomyam without daun limau purut kan?
Bila mengenangkan daun limau purut ni, hati aku akan menjadi sayu reminiscing back the memories of my beloved late father. When I was in my teens – I despised a
lot of sayurs; Luffa (petola), brinjal, lady's finger, long bean and winged
bean are some of the sayurs that will always make me lose my appetite during meal times. My late father is a vege lover so it is
a must-have dish in every meal dan aku tak akan terkecuali daripada harus memakan sayur yang mak aku
masak. When I made a great deal
about having to eat the sayur that I don’t like, my dad will always say ‘Penak Mek mu,
mmasok pah mu tok make. Amik so jah!’ (Translation – Penat Mak kamu masak lepas
tu kamu tak makan. Amik satu
jer). My father certainly has his ways
to make me makan the sayur that I don't like and over the years, it became my
favourite dan most of the time when aku makan sayur-sayuran ni semua, images of my father's cheeky smile and grin will come flashing back.
Tapi every Yings has their Yangs.
When I learnt that my father didn't like daun limau purut, idea-idea jahat terus menyelinap masuk dalam otak! It’s payback time! Aku masih ingat lagi, masa tu aku masak fusili
pasta salad with the touch of Asian herbs! Aku cincang lada hidup dengan
daun limau purut tu halus-halus and tumis dalam olive oil dengan udang segala
and then tosskan with the fusili.
He refused to makan but I make the same remark ‘Penat jer orang buat
salad ni tapi Pa tak makan. SEMANGKUK jer!' I then filled his mangkuk penuh with the pasta salad and he
had to eat. It makes me smile
mengenangkan berapa banyak kerut kat muka dia makan benda alah tu and that one
bowl is gone. Unlike him, I
never succeeded in making him love kaffir lime leaves. Sekarang ni walaupun dia dah tak ada,
tapi daun limau purut akan sentiasa menghadirkan diri dia dalam bentuk kenangan
untuk tetap bersama-sama dengan aku.
Oklah, sebelum ikan berenang balik ke
tempat asal dia, lebih baik aku sertakan resipi simple ni.
Bahan-bahan:
Seekor ikan siakap lebih kurang ½ kg (siang
dan belah di bahagian perut, jangan sampai putus)
Sedikit garam
seinci halia (hiris nipis)
Daun bawang
Batang dan akar ketumbar
Dressing:
2 biji cili merah
Dua pokok daun ketumbar yang di cincang (simpan sedikit untuk ditaburkan ke
atas ikan semasa menghidang)
2 biji bawang putih yang di cincang
2 sudu gula
3 sudu jus lemon (dan hirisan lemon sekali kalau suka)
2 sudu nampla sauce (sos ikan)
beberapa biji tomato belah baji
secawan air
Cara-cara:
Basuh ikan dan toskan. Kalau nak cepat lapkan dengan kitchen towel atau kitchen
tissue
Ambil garam, lumurkan ke tapak tangan dan lumurkan pada ikan
Didihkan air dalam kukusan dan kukus ikan bersama batang dan daun ketumbar
serta halia dan daun bawang selama lebih kurang 10 minit
Keluarkan dan buang air dalam bekas kukusan ikan
Gaulkan bahan bahan dressing dan taburkan ke atas ikan
Kukus semula selama lebih kurang 5 minit
Keluarkan dan taburkan daun ketumbar yang dicincang dan sedia untuk di
hidangkan.
Membesar di Bandar Mersing, Johor yang aktiviti
utamanya adalah menangkap ikan dengan deretan bot-bot nelayan di sekitar
sungai, tidak adil kalau aku tak share tips dan cara-cara untuk memilih ikan
ikan segar. (Cewahhh! Macam pandai
sangat!)
Tips dan cara-cara untuk memilih ikan segar
Pergi menjala atau memancing sendiri! Mati aku kena maki hamun ngan pembaca
blog ni. Anyways, lets look on the
bright side, boleh pakai jugak tips ni kan? Kalau kita tangkap sendiri dah
tentu kita tau fresh ke tidak kan? Hahaha
Biasanya mak mak kita mesti pesan, kalau
nak pilih ikan, jangan pilih yang mata merah (tandanya ikan tersebut adalah ikan lama). Bila korang tengok mata ikan tu, pastikan ia bercahaya dan jernih. Kalau dah kelabu asap, kiranya dah
lepas waktu perdana. Masih sihat
untuk di makan tapi banyak kebaikan dan vitamin ikan ni dah pun mati.
Pastikan sisik ikan tu berkilat, kalau dah nampak kusam atau dah terkopek-kopek
tu, ianya setakat ok ok jer.
Kalau berani, korang cium ikan tu … kalau
hanyir sangat, mungkin dah lama jugak naik ke darat. Biasanya ikan yang baru tak teruk bau hanyir dia, paling
teruk pun bau sarat air masin jer.
Yang lainnya, korang kena check gills dia
(insang), pastikan kaler merah darah. Kalau merah dah pudar macam batu bata buruk tu, maknanya
ikan tu dah tak fresh lagi.
Kalau penjual ikan tak nampak, korang picit
sikit ikan tu. Kalau kenyal, ikan
tu masih fresh. Kalau benyek, ikan
tu dah lama. Kalau korang takut penjual ikan nampak korang picit ikan tu, buat
buat angkat dan tanya berapa harga sekilo, sambil tu picit lah ikan tu! Tapi jangan pulak kalau keras korang kata fresh.. kalau keras tu pun
ikan dah lama naik ke darat
Fuiyoo! Panjang nyer entry ni... Siapa yang
dapat baca habis tahniah la aku ucapkan. Aku pun macam tak larat nak baca untuk the 2nd time. Hehe
p/s : lupa nak bagi tau .. aku suruh buang
jus ikan dari kukusan yang pertama tu sebab kadang-kadang dia akan spoilkan
rasa sos yang kita buat tu.