Saturday, 6 September 2014

Siam-style Steamed Lemon Fish!


Mengada ek aku ni? Orang biasa pakai Thai-style aku nak tukar Siam, padahal rasa sama jer.  Bila berbicara pasal Siam ni, aku selalu tersenyum sendiri.  Family aku adalah generasi yang langsung tidak stick pada tradition when it comes to cooking.  Originally my grandfather from my father's side and grandmother of my mom's side were from the Land of Siam.  Tapi  masakan kami langsung tiada influence dari sana.  My mom is terror with masakan Kelantanese instead and my late father pun doesn't fancy Siamese food that much especially kaffir lime. Kalau aku masak Tomyam, sehari dia akan bising sebab ada daun limau purut tu. Tapi what is Tomyam without daun limau purut kan?


Bila mengenangkan daun limau purut ni, hati aku akan menjadi sayu reminiscing back the memories of my beloved late father.  When I was in my teens – I despised a lot of sayurs; Luffa (petola), brinjal, lady's finger, long bean and winged bean are some of the sayurs that will always make me lose my appetite during meal times.  My late father is a vege lover so it is a must-have dish in every meal dan aku tak akan terkecuali daripada harus memakan sayur yang mak aku masak.  When I made a great deal about having to eat the sayur that I don’t like, my dad will always say ‘Penak Mek mu, mmasok pah mu tok make. Amik so jah!’ (Translation – Penat Mak kamu masak lepas tu kamu tak makan.  Amik satu jer).  My father certainly has his ways to make me makan the sayur that I don't like and over the years, it became my favourite dan most of the time when aku makan sayur-sayuran ni semua, images of my father's cheeky smile and grin will come flashing back.

Tapi every Yings has their Yangs.  When I learnt that my father didn't like daun limau purut, idea-idea jahat terus menyelinap masuk dalam otak!  It’s payback time! Aku masih ingat lagi, masa tu aku masak fusili pasta salad with the touch of Asian herbs! Aku cincang lada hidup dengan daun limau purut tu halus-halus and tumis dalam olive oil dengan udang segala and then tosskan with the fusili.  He refused to makan but I make the same remark ‘Penat jer orang buat salad ni tapi Pa tak makan. SEMANGKUK jer!' I then filled his mangkuk penuh with the pasta salad and he had to eat. It makes me smile mengenangkan berapa banyak kerut kat muka dia makan benda alah tu and that one bowl is gone. Unlike him, I never succeeded in making him love kaffir lime leaves.  Sekarang ni walaupun dia dah tak ada, tapi daun limau purut akan sentiasa menghadirkan diri dia dalam bentuk kenangan untuk tetap bersama-sama dengan aku.

Oklah, sebelum ikan berenang balik ke tempat asal dia, lebih baik aku sertakan resipi simple ni. 

Bahan-bahan:

Seekor ikan siakap lebih kurang ½ kg (siang dan belah di bahagian perut, jangan sampai putus)

Sedikit garam
seinci halia (hiris nipis)
Daun bawang
Batang dan akar ketumbar

Dressing:
2 biji cili merah
Dua pokok daun ketumbar yang di cincang (simpan sedikit untuk ditaburkan ke atas ikan semasa menghidang)
2 biji bawang putih yang di cincang
2 sudu gula
3 sudu jus lemon (dan hirisan lemon sekali kalau suka)
2 sudu nampla sauce (sos ikan)
beberapa biji tomato belah baji
secawan air

Cara-cara:
Basuh ikan dan toskan. Kalau nak cepat lapkan dengan kitchen towel atau kitchen tissue
Ambil garam, lumurkan ke tapak tangan dan lumurkan pada ikan
Didihkan air dalam kukusan dan kukus ikan bersama batang dan daun ketumbar serta halia dan daun bawang selama lebih kurang 10 minit
Keluarkan dan buang air dalam bekas kukusan ikan 
Gaulkan bahan bahan dressing dan taburkan ke atas ikan
Kukus semula selama lebih kurang 5 minit
Keluarkan dan taburkan daun ketumbar yang dicincang dan sedia untuk di hidangkan.

Membesar di Bandar Mersing, Johor yang aktiviti utamanya adalah menangkap ikan dengan deretan bot-bot nelayan di sekitar sungai, tidak adil kalau aku tak share tips dan cara-cara untuk memilih ikan ikan segar.  (Cewahhh! Macam pandai sangat!)

Tips dan cara-cara untuk memilih ikan segar

Pergi menjala atau memancing sendiri! Mati aku kena maki hamun ngan pembaca blog ni.  Anyways, lets look on the bright side, boleh pakai jugak tips ni kan? Kalau kita tangkap sendiri dah tentu kita tau fresh ke tidak kan? Hahaha

Biasanya mak mak kita mesti pesan, kalau nak pilih ikan, jangan pilih yang mata merah (tandanya ikan tersebut adalah ikan lama). Bila korang tengok mata ikan tu, pastikan ia bercahaya dan jernih.  Kalau dah kelabu asap, kiranya dah lepas waktu perdana.  Masih sihat untuk di makan tapi banyak kebaikan dan vitamin ikan ni dah pun mati.

Pastikan sisik ikan tu berkilat, kalau dah nampak kusam atau dah terkopek-kopek tu, ianya setakat ok ok jer.

Kalau berani, korang cium ikan tu … kalau hanyir sangat, mungkin dah lama jugak naik ke darat.  Biasanya ikan yang baru tak teruk bau hanyir dia, paling teruk pun bau sarat air masin jer.

Yang lainnya, korang kena check gills dia (insang), pastikan kaler merah darah.  Kalau merah dah pudar macam batu bata buruk tu, maknanya ikan tu dah tak fresh lagi.

Kalau penjual ikan tak nampak, korang picit sikit ikan tu.  Kalau kenyal, ikan tu masih fresh.  Kalau benyek, ikan tu dah lama. Kalau korang takut penjual ikan nampak korang picit ikan tu, buat buat angkat dan tanya berapa harga sekilo, sambil tu picit lah ikan tu!  Tapi jangan pulak kalau keras korang kata fresh.. kalau keras tu pun ikan dah lama naik ke darat

Fuiyoo! Panjang nyer entry ni... Siapa yang dapat baca habis tahniah la aku ucapkan. Aku pun macam tak larat nak baca untuk the 2nd time. Hehe


p/s : lupa nak bagi tau .. aku suruh buang jus ikan dari kukusan yang pertama tu sebab kadang-kadang dia akan spoilkan rasa sos yang kita buat tu.

2 comments:

  1. Dah Terliuq cek no

    ReplyDelete
  2. waduhhh sedapnya..memang nampak segar ikan yang digunakan..
    lagilah manis isinyakan..boleh makan hingga ketulang ni..licin..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...