Monday, 21 April 2014

Banana Creme Caramel (Krim Karamel Pisang)

Phew! Bila dah beberapa minggu tak update blog dan blog hopping pada beberapa favourite blog, rasa macam dungu pulak.  Otak dah tak boleh send signal pada jari jemari untuk menaip naskhah bagi tatapan pembaca blog aku nih (pergh!! Masalahnya ada ke orang baca?  Haha)


This time nak upload resipi simple, untuk rujukan kemudian hari.  Juga dedikasi khas untuk anak buah aku Rina Farhana yang selalu di gesa untuk buat benda alah ni, especially time bulan puasa.  Walaupun banyak boleh dapat kat Bazaar Ramadhan, tapi tetap dia kena buat jugak, simply sebab kita orang boleh melantak banyak banyak! But this time, aku dah alter sikit, tak buat macam the original.  Ada a gist of local fruit flavor. 

Kalau masa kat KL, aku lebih senang bake this pudding, well, aku panggil flan.  Now, kalau ikut sejarah, flan ni dah wujud sejak zaman Empayar Rome purba lagi.  Orang orang Roman dulukala menternak ayam untuk dapatkan telur dan dengan bantuan orang orang Greek yang sememangnya terkenal dengan seni masak memasak telah merekacipta flan ni.

Bila Christopher Columbus menemui dan membuka Amerika, dia membawa bersama resipi flan ini yang digemari rata rata rakyat di sana, tak kiralah Amerika Tengah atau Amerika Selatan.  Di Mexico flan ini di hasilkan oleh hampir semua rumah, tak kiralah kaya raya atau miskin maupun papa kedana.  Haaaa… macam tu la betapa hebatnya penangan flan ni.

Ajaibnya, Flan ini mampu merentasi masa dan juga beberapa benua dan di gemari hinggalah ke Malaysia sampai sekarang.  Dari resipi yang asas (basic) sehinggalah bermacam macam jenis di hasilkan untuk memuaskan halwa tekak si pembuatnya.

Apapun, lebih baiklah aku segera paparkan resipi flan Banana Crème Caramel sekarang.. dah jauh aku melalut dari Zaman Empayar Rome, ke Zaman Christopher Columbus.. kang tak pasal pasal cerita Hang Tuah pulak keluar ... yelah, mana tau dia pun pernah makan kan?

Bahan-Bahan
Untuk Gula Hangus
1.    120gm gula 

Untuk Karamel
1.    200gm susu cair
2.    200 gm air
3.    60 gm gula pasir
4.    150 gm pisang
5.    15 gm tepung kastad
6.    3 biji telur
7.    1 sudu teh esen vanilla
8.    secubit garam

Cara-cara
1. Cairkan gula di dalam periuk sehingga sedikit
    keperangan
2. Tuangkan ke dalam loyang atau caserole dish
    (rujuk gambar)
3. Panaskan kukus
4. Campur kesemua bahan untuk karamel dan 
    kisar (blend) sehingga halus
5. Tuang ke dalam loyang dan kukus 30 - 40
    minit.
6. Tunggu sehingga sejuk (boleh juga di
    masukkan ke dalam peti sejuk) barulah di
    keluarkan dari loyang dengan cara 
    menterbalikkan loyang tersebut

7. Potong dan sedia untuk di 
    terkam

Tips:
1. Apabila mencairkan gula, jangan sampai 
   terlalu perang / coklat kerana karamel ini akan 
   berasa pahit
2. Boleh menggunakan loyang yang lebih besar 
   dengan menggandakan jumlah bahan-bahan
3. Jika tidak mahu menggunakan pisang, boleh 
    menggunakan bahan yang lain sahaja, tetapi 
    jumlah kandungan tepung kastad hendaklah 
    ditambah menjadi dua kali ganda.  Untuk 
    effect yang lebih smooth, boleh di kisar 
    sekali dengan 4 keping biskut marie
4. Anda boleh juga membakar adunan ini di 
    dalam oven dengan suhu 150 darjah selsius 
    dengan kaedah stim bath selama 1 1/2 jam
5. Kalau rajin dan ada bahan ... korang boleh 
    aturkan buah buahan macam peach, apricot 
    dan apa apa la yang di sukai sebelum 
    menuangkan bahan karamel ke dalam loyang



Nota : kalau ikut resepi .... sukatan bahan bahan hanya untuk satu loyang sahaja.  Dalam gambar aku gandakan adunan untuk dapatkan dua loyang.







3 comments:

  1. Saya pernah cuba labu dan cream cheese dalam cream caramel tapi belum pernah cuba guna pisang. Should try someday...

    ReplyDelete
  2. Assalam Rosdi,
    kita so far belum pernah cuba apa2 cake cream caramel..
    maklum ler rakjat jelata makan kek ..mesti nak coklat juga...:)

    ReplyDelete
  3. okehhhh.... ni da boleh balik kampung da bucu... da terliur nk rase... hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...