Wednesday, 6 August 2014

Melting Memories


Hmmm disebabkan Aidilfitri masih belum berakhir, aku rasa sesuai kalau aku uploadkan entry resepi biskut raya. Ini juga merupakan dedikasi khas untuk penyokong penyokong MyKuihStory yang memborong biskut raya Nig Nog and Chocolate Fingers tahun ni.  Ingatkan market KL besar, rupa rupanya kat JB pun aku dah tak terbuat.  Nasib baik tutup order awal, kalau tak, aku beraya depan oven agaknya. 

Well, aku namakan biskut ni Melting Memories sebab ada significantnya.  Go through my entry and I hope you will understand what I mean.

Masa aku kecik-kecik dulu, biskut raya akan dihasilkan hampir disetiap rumah.  Kalau dibelipun hanya sebalang dua, yang lain biasanya dibuat sendiri oleh tuan rumah.

Lagi beberapa hari nak raya, rumah-rumah kat kampung dah wangi dengan aroma vanilla dan mentega daripada oven-oven yang di gunakan untuk membakar kuih muih dan biskut raya ni.  The best part is bila biskut raya ni fresh keluar dari oven, akan confirm ada tangan-tangan gatal yang mencapai dan menghadiahkan mulut mereka dengan biskut raya yang baru masak.  Kadang kadang tu, satu adunan kuih akan habis pada malam yang sama!

Kalau diberi peluang, I would like to re-live the moment again.

Jadi, to honour those beautiful and sweet memories, aku hadiahkan this entry untuk pembaca MyKuihStory.  Resipi ni juga aku hasilkan menggunakan ‘basic dough’ yang mak mak atau kakak kakak kita gunakan untuk menghasilkan biskut raya lebih kurang dua dekad yang lalu. So rasanya juga agak ‘retro’, don't hope for something fancy ok?

So peeps… Indulge!


Bahan-bahan
100 gm butter

120 gm icing sugar
1 biji kuning telur
1 sudu makan susu cair
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu teh baking powder
200 gm tepung gandum (ayakkan bersama baking powder)
1/3 cawan susu cair

Cornflake (ramas)


Cara-cara

1.    Pukul butter sampai kembang
2.    Masukkan icing sugar dan gaul rata


3.    Masukkan kuning telur dan gaul


4.    Masukkan esen vanilla


5.    Masukkan susu cair


6.    Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata



7.    Bentukkan adunan menjadi bebola kecil


8.    Celupkan adunan yang telah dibentukkan menjadi bebola ke dalam susu cair


9.    Salutkan bebola dengan cornflakes yang telah di ramas dan aturkan di atas loyang pembakar
     
10. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 18 minit

5 comments:

  1. Biskut cornflakes buat dalam bentuk apa pun tetap sedap.

    ReplyDelete
  2. dulu2 kat kampung2 mmg semuanya dibuat sendiri....memenatkan tp seronok dan berbaloi...biskut pun yg simple2 ja..
    berbanding sekarang...tunjuk2 ja...nama biskut pun tergeliat lidah nak sebut...

    ReplyDelete
  3. Salam Rosdi,

    Rajin you buat kuih kan? I buat satu jenis je hari tu. Biskut mazola aka biskut kacang hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Assalam Rosdi,
    waduh ini kali ketiga kita type..comment tak lepas..
    harit tu satu kali ingat dah masuk rupanya aduiii..
    biskut cornflakes ni first time kita nampak..
    selalu kita buat honey cornflakes tu aje...

    ReplyDelete
  5. Biskut raya dulu lebih sedsp..semua di buat srndiri..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...