Thursday, 28 August 2014

Bingka Telur dan Sambutan "The Blue Raya"


Sebelum Aidilfitri melabuhkan tirai untuk sesi 2014, aku dan rakan rakan sempat jugak mengadakan jamuan untuk meraikan kaum keluarga dan sahabat handai sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah kerana memberikan kami kesihatan dan kesempatan untuk menjalani Ibadah puasa dan mengecapi nikmat menyambut Syawal untuk yang kesekian kalinya.


Seronok tak terhingga bila dapat berkumpul, bercerita dan bergurau senda memandangkan kami jarang dapat kesempatan yang macam ni.  Segala penat lelah pun tak terasa.  Untuk yang sudi meluangkan masa dan memeriahkan majlis, aku ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih.  Juga pada yang membantu harap harap jangan serik ye?!


Alhamdulillah, tahun ni semuanya kami buat sendiri. Dari juadah utama, sehinggalah ke pencuci mulut dan kuih raya.  Dalam riuh rendah majlis, ada juga yang bertanyakan resipi kuih Bingka Telur, Seri Muka dan Puding Kenyal yang aku buat.  Memandangkan ada juga mengambil gambar sekeping dua, dapatlah jugak aku selitkan untuk buat entry dan resipi kat sini.  Selain untuk pembaca blog, boleh juga untuk rujukan sendiri di kemudian hari.

Bingka telur ni ala-ala kuih bakar.  Ada tekstur yang lembut dan rasa seakan akan ‘vanilla custard’ dan campuran rasa daun pandan yang lemak manis.  Pada majlis tu, kuih ni yang habis dulu.  Tapi buatpun tak lah banyak, dalam 100 biji.  

Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
6 biji telur
230 gm gula pasir
10 gm garam
900 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu minyak makan
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu makan pewarna kuning

Cara-cara:
kisar semua bahan di atas dan tapiskan adunan
lengser loyang 10’ x 10’ dengan minyak atau mentega
tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar di dalam oven 180 darjah celcius selama satu jam
biarkan sejuk barulah dipotong



Senangkan cara buat dia?

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera



3 comments:

  1. bai, congrats. you are the best tau.
    apa pun, i missed your kuih!!

    ReplyDelete
  2. Assalam Rosdi,
    wah bukan main berseri2 lagi jejaka2 dalam gambar tu..
    menu pun nampak sedap walau simple..
    kalau dekat nak juga rasa ...hehe...;)

    ReplyDelete
  3. sekali pandang,saya ingatkan kuih bingka...rupanya bingka telur..bahan dan caranya pun mcm buat kuih bingka biasa kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...