Wednesday, 11 July 2012

Mari Meraba untuk Memuaskan nafsu……….. makan! (Kepah Raba)



            
     Maaf, kalau tajuk entry aku agak provoking,  sekadar bersenda dengan pembaca blog sekelian.  Mungkin ada di kalangan pembaca yang tidak pernah makan kepah ini, hatta melihat atau mendengar namanya sekalipun.  Bagi mereka yang berasal dari persisiran pantai tak kiralah timur atau selatan, barat serta utara (eh macam tengah nyanyi lagu Wali Band pulak), kepah ni adalah antara makanan laut yang di gemari.  
            
     Sebagai sebahagian dari ‘orang laut’.. eh eh… ada ke perkataan orang laut? Maksud aku, yang di lahirkan berhampiran dengan laut. Aku mengkategorikan kepah ini sebagai makanan mewah.. mewah bukan kerana mahal, tapi kerana ianya bukan mudah untuk di dapati.  Ianya seperti durian; bermusim.  Jadi, walaupun kita meraba sepanjang masa, belum tentu kepah ni ada.  Jadi… kalau nafsu tengah memuncak muncak sekalipun, rabalah sepuas hatipun, kepah ni tetap takkan ada. hehe
            
     Yang biasa… kepah ni ada dua jenis.  Satu Kepah Sagat, dan satu lagi Kepah Raba.  Kepah Sagat ni biasanya di dapati di kawasan berpasir dan di sagat dengan sejenis alat yang diperbuat dari kayu dan besi.. buat masa ni aku tak der gambar, nanti kalau aku rajin aku lukis gambarajah sagat ni ekk??  Biasanya orang menyagat bila air laut dah surut.  Saiznya dua atau tiga kali ganda lebih besar dari kepah raba. 
          
     Kepah raba tak payah alatan, korang masuk dalam air, raba jer dalam lumpur, mesti ada… tak pun, korang bawak penutup kipas tu, korang sodok dalam lumpur then ayak2… biasanya kepah2 ni akan tersangkut bila pasir dah bolos… duhhh… kenapa tiba tiba aku mcm stuck nak menerangkan ekkk?  


     Kebiasaannya, kepah ni orang cuma rebus dengan serai dan bawang putih aje(macam dalam gambar kat sebelah).  Aku memang suka, and so far, pernah la jugak bawak kawan kawan yang tak pernah merasa benda alah ni pegi mencari and makan and turn out that dia orang pun suka.  Other than that korang boleh masak sambal, for me, rasa dia lebih masyukkkk dari kerang.
            
     Kat sini aku ada sertakan beberapa keping gambar semasa ekspedisi kami mencari kepah tu… kat area aku ni, bila season kepah raba ni, mcm pestala jawabnya kat kuala sungai ni… lebih dari seratus orang yang datang mencari.  Hari tu kami siap masak2, berkelah sambil mencari kepah… dapat la dalam dua guni beras… sampai kasi orang sana sini, still banyak yang lebih… last last dua tiga hari makan kepah yang di masak dalam kukus besar, bangun tidur jer, tengok muka akak and akak ipar aku, aku Tanya…. Naper ekkkk muka korang mcm muka KEPAH?!!!   

Thursday, 9 February 2012

Mee Sup Pemalas




It was raining the other day and everybody's reluctant to get out of the house. We're contented with just bread and scramble eggs for the day. Couch and tv seemed to be more delicious than anything else.. but since perut dah main lagu lagu Bandi Amuk and Metal Asia, we decided to make a simple dinner. A Kampung Style Mee Sup, well, not so kampung lah, if to compare how my mum use to prepare it kan? But today, I will feature my sister punya not so kampung style...
  1. Daging (rebus dan ketepikan air rebusan) - kalau korang malas, rebus sekali dengan kuah nanti.
    1. Lada Hitam (tumbuk)
    2. Beberapa Ulas Bawang Putih
    3. Beberapa Labu Bawang Merah
    4. Halia (sikit jer)
    5. Rempah Tumis
    6. Fishball
    7. MeeHoon / Mee Kuning
    8. Sawi (Kawan aku kata sawi ni rasa plastik, as if dia penah makan plastik kan?)
    9. Cili Padi Potong
    10. Tomato
    11. Daun Bawang Sup / Aku lebih suka daun ketumbar, malangnya tak de


    Tumis Rempah, bawang putih, bawang dan halia sampai layu, masukkan air rebusan ayam atau daging tadi, then tambah black pepper, tambah fishball and sawi. Kemudian pecahkan telur dan taruk tomato sebelum angkat. Taburkan hirisan daun bawang.. kalau korang tengah malas, taruk dengan pokok pokok dia sekali.. hehe

    Celur meehoon atau mee kuning, taruk dalam mangkuk, jirus kuah atas mee.. kalau nak lagi sedap buat sambal kicap atau potong cili dan taruk kicap cair n perah limau kasturi sikit. Selamat makan. Isk lapar la pulak pagi ni...


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...