Maaf,
kalau tajuk entry aku agak provoking,
sekadar bersenda dengan pembaca blog sekelian. Mungkin ada di kalangan pembaca yang tidak pernah makan
kepah ini, hatta melihat atau mendengar namanya sekalipun. Bagi mereka yang berasal dari
persisiran pantai tak kiralah timur atau selatan, barat serta utara (eh macam
tengah nyanyi lagu Wali Band pulak), kepah ni adalah antara makanan laut yang
di gemari.
Sebagai
sebahagian dari ‘orang laut’.. eh eh… ada ke perkataan orang laut? Maksud aku,
yang di lahirkan berhampiran dengan laut. Aku mengkategorikan kepah ini
sebagai makanan mewah.. mewah bukan kerana mahal, tapi kerana ianya bukan mudah
untuk di dapati. Ianya seperti
durian; bermusim. Jadi, walaupun
kita meraba sepanjang masa, belum tentu kepah ni ada. Jadi… kalau nafsu tengah memuncak muncak sekalipun, rabalah
sepuas hatipun, kepah ni tetap takkan ada. hehe
Yang
biasa… kepah ni ada dua jenis.
Satu Kepah Sagat, dan satu lagi Kepah Raba. Kepah Sagat ni biasanya di dapati di kawasan berpasir dan di
sagat dengan sejenis alat yang diperbuat dari kayu dan besi.. buat masa ni aku
tak der gambar, nanti kalau aku rajin aku lukis gambarajah sagat ni ekk?? Biasanya orang menyagat bila air laut
dah surut. Saiznya dua atau tiga kali
ganda lebih besar dari kepah raba.
Kepah
raba tak payah alatan, korang masuk dalam air, raba jer dalam lumpur, mesti
ada… tak pun, korang bawak penutup kipas tu, korang sodok dalam lumpur then
ayak2… biasanya kepah2 ni akan tersangkut bila pasir dah bolos… duhhh… kenapa
tiba tiba aku mcm stuck nak menerangkan ekkk?
Kebiasaannya,
kepah ni orang cuma rebus dengan serai dan bawang putih aje(macam dalam gambar kat sebelah). Aku memang suka, and so far, pernah la
jugak bawak kawan kawan yang tak pernah merasa benda alah ni pegi mencari and
makan and turn out that dia orang pun suka. Other than that korang boleh masak sambal, for me, rasa dia
lebih masyukkkk dari kerang.
Kat
sini aku ada sertakan beberapa keping gambar semasa ekspedisi kami mencari
kepah tu… kat area aku ni, bila season kepah raba ni, mcm pestala jawabnya kat
kuala sungai ni… lebih dari seratus orang yang datang mencari. Hari tu kami siap masak2, berkelah
sambil mencari kepah… dapat la dalam dua guni beras… sampai kasi orang sana
sini, still banyak yang lebih… last last dua tiga hari makan kepah yang di
masak dalam kukus besar, bangun tidur jer, tengok muka akak and akak ipar aku,
aku Tanya…. Naper ekkkk muka korang mcm muka KEPAH?!!!
Selamat Hari raya dan Maaf Zahir Bation. Apa cite lama menyepi nape....like to see more from you
ReplyDelete