Tuesday, 30 November 2010

One Mans' Disaster, another mans' pleasure!

Dah lama aku amik gambar kek yang aku buat ni sampai terlupa langsung yang aku sepatutnya post kat blog. Semalam, aku jumpa gambar ni masa sibuk sibuk buat spring cleaning untuk ‘notebook’ aku yang sangat sangat kecil nih (bukan dari segi saiz jer, tapi memorinya jugak sama kalau nak di bandingkan dengan pemilik dia yang sekarang ni, nak masuk pintu bilik pun hampir hampir tak muat!).

Taken on the 4th November 2010 bila Pensyarah IIC nak buat Belated Birthday untuk anak dia. Rasminya, ramai tau yang aku ni bukan le expert sangat hal hal yang berkaitan dengan pembakaran kek dan dekorasi yang grand grand. Jadi inilah hasilnya yang tak berapa semenggah(Bak kata one of the blogger yang rapat dengan aku). Memanglah aku tak puas hati bila first aku hantar tu... especially bila aku buat chocolate topping dia yang tak cukup nak cover sampai bawah kek. Memandangkan aku ni amat kesuntukan masa (sebab on the same day ada order untuk catering for 30 paxs), aku terpaksa touch up dengan chocolate whipped cream. Jadi kalau korang tengok bahagian bawah yang agak messy tu... haaaa itu ler kerja aku (yang hingga saat sekarang, masih belum beli turntable walaupun lately, order untuk kek dah agak kerap, sampai Moon pun ada tanya samada aku dah beli ke belum turntable tu). Masa nak hantar tu, agak tak berapa happy la jugak, takut customer tak puas hati. (Tapi anak buah aku cakap, dia lebih prefer that way, sebab kalau benda tu perfect, tak la nampak home-made kan?). Walaupun ada kebenarannya, aku tetap tak puas hati!! (at that point of time la)

Tapi akhirnya, aku terima berita yang agak membuatkan hati aku kembang bila dapat sms dari kawan aku yang introduce client tu kat aku... gambar kat bawah ni is self-explanatory. Enjoy!!

Banana Chocolate Cake



Thursday, 25 November 2010

Minggu Rendang Kebangsaan MyKuihStory!

Dalam memanjatkan rasa syukur bila dapat order untuk catering, adala jugak sesekali aku ‘termengeluh’, especially bila order datang bertindan tindah. Almaklumlah dengan keadaan dapur yang kecik dan peralatan yang masih agak kekurangan, kerja-kerja yang sepatutnya mengambil masa sejam dua, menjadi dua kali ganda. Bila badan tu penat lebih sikit, mula la terasa kurang motivasi.

Sejak MyKuihStory ditubuhkan kira kira tak sampai 6 bulan lalu (mula beroperasi secara giat pada pertengahan bulan October 2010), Cik Murni Nasri adalah antara penyokong paling tegar entity kecik aku nih. Apapun jenis makanan yang dia dan kroni nak order, pasti MyKuihStory adalah antara yang paling awal yang ditanya samada boleh menyediakan makanan/kuih tersebut atau tidak. Di kesempatan ni aku nak rakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih (macam bagi ucapan pembukaan Anugerah Bintang Popular la pulak!) pada dia sebab apapun jua keadaanya dan walaupun di setiap order tu ada jer yang sangkak, tapi sokongan dia memang tak pernah berubah! Thank you! Thank you! MyKuihStory loves you!

Berbalik pada tajuk entry... minggu lepas merupakan antara minggu tersibuk bila ada 4 tempahan ‘Catering’ untuk majlis Khatan, doa selamat, keraian dan juga sambutan hari jadi. Terima Kasih untuk Puan Murni Nasri, Cik Irni Rosnidar, En Mizan dan juga En Jufri Matasin yang memberi kepercayaan dan semangat untuk MyKuihStory meneruskan pendakian dalam mencari tempat yang lebih tinggi dan baik serta peluang untuk bersaing dalam Industri penyediaan makanan dan kuih muih tradisional yang rata ratanya di monopoli oleh Entity yang besar besar di Kuala Lumpur ni. Puan Murni merupakan salah seorang pelanggan tetap MyKuihStory manakala En Jufri sudah beberapa kali menggunakah khidmat kami, manakala Puan Irni serta En Mizan merupakan pelanggan yang pertama kali mencuba hasil kerja MyKuihStory

Yang ironinya, dalam 4 kali tempahan minggu lepas, 3 daripadanya mahukan Pulut Kuning dan Rendang sebagai salah satu daripada menu yang perlu di sediakan disamping menu menu yang lain. Satu tempahan untuk Rendang Ayam Pencen dan dua untuk Rendang daging... memandangkan aku ada sedikit masa terluang semasa masak rendang dan pulut tu, aku pun amik gambar salah satu daripadanya untuk halwa mata pembaca pembaca blog MyKuihStory...

Ada dikalangan pembaca blog mintak MyKuihStory sertakan sekali resipi kuih bersama dengan entry, tapi malangnya perminatan tu tak dapat dipenuhi sebab aku pasti, awal awal ni, masih tak ramai yang follow blog MyKuihStory. Insyaallah bila dah ramai nanti permintaan tersebut akan ditunaikan. Untuk mereka yang nak resipi kuih kuih atau apa apa masakan yang ada kat blog ni, email terus ke Mykuihstory@yahoo.com, aku akan berikan resipi dan juga cara cara untuk menyediakannya.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...