Showing posts with label My Cookies. Show all posts
Showing posts with label My Cookies. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

Triple Chocolate Cookies

Berminggu jugak tak update blog ni.  Bukan tak der masa, bukan tak der bahan, tapi masih belum ada semangat dan seru.  Kebelakangan ni rasa macam malas buat semua benda .. kadang2 nak makan pun malas. 
Pagi tadi, bila belek2 dan kemas rak bahan2 buat cookies dan kek, ternampak butterscotch chocolate chip and coffee chocolate chip yang beli bulan sudah, tapi tak jugak di gunakan.  Lama lama nanti expired, pastu jadi hal pulak bila kena catit dek Malaikat Atid, pasal pembaziran … kan ke tu amalan Syaitooonnn… Lepas pegang letak balik, pastu pegang semula, pastu letak balik… last last amik jugak sambil sambil pasakkan pada minda yang sesungguhnya … sifat malas aku ni bukanlah satu sifat terpuji!

Teringat pulak pada hari raya, masa kelam kabut dengan
order Chocolate Fingers yang banyak sampaikan aku yang tak der cukup rambut ni pun meresai dibuatnya!  Right after hari raya, sibuk pulak memikirkan yang aku harus substitute Chocolate Fingers ni dengan something yang lebih mudah untuk dibuat tanpa mengkompromi rasanya.  Last last aku came out with this idea of buat Triple Chocolate Cookies.  Aku namakan triple chocolate sebab aku guna butterscotch, coffee and dark chocolate dalam this recipe.  Recipe ni masih menggunakan recipe  asal dough Chocolate Fingers.  Yelah, masa aku inform ejen dan juga penempah kuih raya yang next year aku takkan jual Chocolate Fingers ni, macam2 reaksi yang aku terima.  Kebanyakkannya suruh buat untuk dia org jer, dia orang janji takkan marketkan.  Tergelak jugak aku … yelah, kalau buat untuk dia orang saja pun ada lebih sepuluh orang .. kalau sorang nak dua tiga balang, nampak gayanya meresai lagi rambut aku yang tak seberapa ni!

Without further ado, lets look at the recipe

Bahan-bahan:
  1. 125 gm butter
  2. 50 gm caster sugar
  3. 2 sudu makan susu pekat manis
  4. 1 sudu teh esen vanilla
  5. 185 gm tepung gandum
  6. 1 sudu the baking powder
  7. 40 gm butterscotch chocolate chip
  8. 40 gm coffee chocolate chip
 Bahan-bahan untuk topping:
150 gm chocolate masakan (saya biasanya gunakan Collatta dark compound)
15 gm shortening / butter

Cara-cara:
Putar 1, 2, 3 & 4 sehingga kembang atau pucat
Masukkan 5 yang telah di ayak dengan 6
Masukkan 7 dan 8 dan di kacau rata
Ambil doh sekitar 7 gm, bulat bulatkan dan letakkan di dalam cawan kertas
Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 15 minit
Biarkan sejuk seketika
Sambil itu, cairkan coklat masakan bersama shortening (boleh gunakan kaedah double boiler ataupun letak jer atas oven semasa bakar kuih.  Jangan masukkan dalam oven pulak, kang terbakar aku jugak yang kena marah!)
Bila biskut dah sejuk, sudu atau paipkan coklat diatasnya.  Biarkan sekejap .. kemudian bolehlah di cekik ataupun simpan di dalam bekas kedap udara.

This one yields about 65 – 75 pieces! 

** Yummy! **

Saturday, 16 August 2014

Cashew Nut Cookies

Memandangkan kita masih di bulan Syawal ni kan, I'm blogging yet another Cookies Recipe. Bertahun tahun bila raya jer, aku tak dapat menzahirkan bakat membuat kuih-kuih lain sementelah sibuk dengan kuih Nig Nog yang satu tu jer (Bukan complaint, cuma nak ceritakan aje).

Tapi, raya tahun ni aku bertekad nak buat biskut lain dan masukkan dalam blog sebagai back up plan. Manala tau buku resipi peribadi aku tu hilang ke, kena banjir ke (mintak sisihkan!), terbakar ker (lagila mintak jauhkan!) kan?

Walaupun dalam badan aku masih banyak mendapan juadah raya, tetap aku gagahkan diri untuk buat dan abadikan dalam blog ni.  Lagipun order cookies masih berlarutan (Alhamdulillah! Rezeki). Dengan toksin rendang, minyak sapi, kambing, daging, ayam, santan lemang dan ketupat segala yang masih bersisa dalam badan ku yang gebu bak bantal kekabu ni aku berusaha jugak menyelongkar segala peralatan dan bahan bahan untuk membuat biskut ni.

Baiklah, aku rasa korang kenal rupa bentuk gajus yang macam buah pinggang ni kan? Macam tak selera pulak bila fikir yang nak buat biskut dari buah pinggang. Hahaha. Tak macam buah buahan lain yang kebanyakkan nya biji di dalam, tapi gajus ni bijinya kat luar. Tergantung kat bawah buah jambunya.  And to this day, I believe ada generasi baru yang tak pernah pun melihat gajus ni.  From where I grew up, gajus ni dulu dulu banyak tumbuh melata di kawasan persisiran pantai.  Pucuknya sangat sedap di jadikan ulam, cicah budu ataupun sambal belacan.  Rangup dan ada rasa masam dan kelat. Serasanya, seluruh family aku semuanya suka ulam pucuk gajus ni.  Ianya boleh di kategorikan sebagai buah buahan tropika kot?  Yela, tumbuh dengan mudah kat Malaysia kan? Kiranya buah buahan tropika la .. tapi asalnya dari Brazil.  Jadi kalau ingat Brazil ingatlah Gajus … siapa siapa yang minat team bola Brazil tu, kita boleh anggap peminat Gajus! Hahaha .. nampaknya aku dah mula mengarut.  Lama aku tahan diri dari merepek.  Nak tulis blog yang kelihatan ‘skema’ tapi Nampak gayanya tak boleh la .. aku rasa lagi 5 atau 6 ‘entry’ akan datang, kemerapuan aku akan teserlah jugak!

Masa aku kecik kecik dulu, aku suka makan jambu gajus ni.  Duduk atas pokok macam  kawan baik tarzan lepas tu ngap buah dia.  Masam dan kelat, tapi sedap dan lemak.  Buah dia kalau dah di petik tu, kena makan jam tu jugak .. kalau simpan lebih sehari alamatnya korang rasa mcm tapai le. Jaga jaga dengan getahnya, ada orang kalau allery, boleh buatkan tepi bibir tu berkudis.  Tapi aku immune!  Maklumlah, lama benar berkawan ngan Tarzan kan? Ayat ni masa kecik kecik memang selalu akak aku guna.  Kawan baik Tarzan (monyet)!

Baiklah pembaca sekelian, sebelum aku jadi professor dan terangkan macamana pulak cara cara nak menanam pokok jambu gajus, lebih baiklah aku mulakan bercerita macamana nak buat biskut gajus ni kan? Kalau tidak sampai pagi besok pun korang takkan habis baca entry aku.

Biskut ni bagi aku sangat sedap.  Kenapa sedap? Pertama sebab umur aku dah pun melepasi 4 series! Yer, bila 4 series tu maksudnya tua.  Orang orang tua kan suka benda benda yang ada unsur kekacang?, kemudian biskut ni pulak rapuh dan rangup, tak berapa manis dan boleh jugak mengembalikan nostalgia zaman muda.  Dulu dulu mak kita akan buat biskut ni dan kita pulak akan sibuk tolong tolong sapukan telur dan susun biji gajus atas kuih kan? Satu susun satu masuk mulut!

Jomm kita tengok cara penyediaan biskut gajus ni

Bahan-bahan:
220gm mentega
140gm gula kastor
2 penutup esen vanilla (kalau ada pure extract lagi bagus)
1 biji telur
100 gm gajus kisar (panggang gajus ni lebih kurang 15 minit guna 180 degree celcius)
360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
30gm tepung jagung
1 biji telur (asingkan kuning dan putih untuk di sapu di atas biskut)
belahan biji gajus untuk hiasan



Cara-cara:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang (kalau dulu dulu mak mak kita pukul untuk hancurkan gula je, lepas tu terus masuk bahan lain.  Tapi aku dah modified sukatan dia, korang boleh pukul sampai butter kembang pun x der hal)
Masukkan esen vanilla
Masukkan telur dan pukul sampai sebati
Masukkan gajus kisar
Masukkan tepung gandum yang di ayak bersama baking powder dan tepung jagung
Uli sampai jadi doh
Canaikan dan teraplah  mengikut acuan yang korang suka. (Aku guna bentuk bulan sabit sebab memang dari kecik kecik dulu ini lah bentuknya)
Susun di atas dulang pembakar
Sapukan putih telur di atas biskut dan susun belahan gajus untuk hiasan
Sapukan kuning telur di atas gajus yang telah di atur
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit sampai kuning keemasan



Keluarkan dari oven, tunggu sejuk dan bolehlah ‘ngap’!


Tips dan nota:
Fungsi putih telur adalah untuk melekatkan gajus pada biskut bila di bakar

Fungsi kuning telur pula adalah untuk menjadikan bahagian atas biskut kuning keemasan


Fungsi aku? Laraskan tangan dan jari-jemari, capai biskut dalam loyang lalu bengkokan tangan dan sua ke dalam mulut ... hmmmmm enakkkk!!



Wednesday, 6 August 2014

Melting Memories


Hmmm disebabkan Aidilfitri masih belum berakhir, aku rasa sesuai kalau aku uploadkan entry resepi biskut raya. Ini juga merupakan dedikasi khas untuk penyokong penyokong MyKuihStory yang memborong biskut raya Nig Nog and Chocolate Fingers tahun ni.  Ingatkan market KL besar, rupa rupanya kat JB pun aku dah tak terbuat.  Nasib baik tutup order awal, kalau tak, aku beraya depan oven agaknya. 

Well, aku namakan biskut ni Melting Memories sebab ada significantnya.  Go through my entry and I hope you will understand what I mean.

Masa aku kecik-kecik dulu, biskut raya akan dihasilkan hampir disetiap rumah.  Kalau dibelipun hanya sebalang dua, yang lain biasanya dibuat sendiri oleh tuan rumah.

Lagi beberapa hari nak raya, rumah-rumah kat kampung dah wangi dengan aroma vanilla dan mentega daripada oven-oven yang di gunakan untuk membakar kuih muih dan biskut raya ni.  The best part is bila biskut raya ni fresh keluar dari oven, akan confirm ada tangan-tangan gatal yang mencapai dan menghadiahkan mulut mereka dengan biskut raya yang baru masak.  Kadang kadang tu, satu adunan kuih akan habis pada malam yang sama!

Kalau diberi peluang, I would like to re-live the moment again.

Jadi, to honour those beautiful and sweet memories, aku hadiahkan this entry untuk pembaca MyKuihStory.  Resipi ni juga aku hasilkan menggunakan ‘basic dough’ yang mak mak atau kakak kakak kita gunakan untuk menghasilkan biskut raya lebih kurang dua dekad yang lalu. So rasanya juga agak ‘retro’, don't hope for something fancy ok?

So peeps… Indulge!


Bahan-bahan
100 gm butter

120 gm icing sugar
1 biji kuning telur
1 sudu makan susu cair
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu teh baking powder
200 gm tepung gandum (ayakkan bersama baking powder)
1/3 cawan susu cair

Cornflake (ramas)


Cara-cara

1.    Pukul butter sampai kembang
2.    Masukkan icing sugar dan gaul rata


3.    Masukkan kuning telur dan gaul


4.    Masukkan esen vanilla


5.    Masukkan susu cair


6.    Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata



7.    Bentukkan adunan menjadi bebola kecil


8.    Celupkan adunan yang telah dibentukkan menjadi bebola ke dalam susu cair


9.    Salutkan bebola dengan cornflakes yang telah di ramas dan aturkan di atas loyang pembakar
     
10. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 18 minit

Sunday, 6 March 2011

For the love of MG!!


Writing this not to tell the whole world that I’m in love with her, yes, I’m in love with her but not that kind of love ok? 

Dia tu isteri orang.. karang tak pasal pasal laki dia langgar aku ngan kete wira dia.. haha. She ordered this long ago… right before CNY, but something came up so she didn’t get to collect it, neither do I have the opportunity to deliver it… so terbengkalai kat rumah. 

I know that its’ shelf-life is very long. 4 bulan pun boleh simpan lagi as long as tak bukak dia punya tape tu. Tapi, for this dear friend, I want her to have the one that is fresh from the oven. So, selepas almost one month.. I had to open the package when my nephew came to visit me from Johor. Actually bukak bukan for him, tapi for his girlfriend that he just introduced to me.. biasala aku kan? Berbudi tak bertempat… haha. 

The remaining package di beli oleh si Arif on his way home to visit his parents. Tup tup his sister liked it and ordered 3 packages more. That was good… As for MG, I ought to make another batch for her… I know she’ll be mad because lambat but I’m sure that the sweetness of this cookies will make it up to her..

Tuesday, 25 January 2011

Biskut Hazel Nut Rangup

Yet another browsing through my photo collections, I found another pictures of ‘cookies’ that I’d like to share the recipe with my blogreaders. I made this long ago, bulan puasa 2010. I used to sell this cookies but last year, only made it for our families because I couldn’t cope due to lots of orders for that ‘nig nog Swedish cookies’. Agak suka dengan cookies ni, sebab, just like that ‘nig nog swedish cookies’, dia ada rasa yang lengkap, manis and lemak masin (errr masam jer yang tak der yer!.. kalau masam tu dah jadi cookies expired.. hehe). Furthermore, this recipe is really easy for you to try and I could almost guarantee that even though you are a beginner, this one’ll be a successful try. Enjoy peeps!

  • 125g butter
  • 170g self-raising flour
  • 60g ground hazel nut
  • 60g icing sugar
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2tsp bicarbonate of soda
  • 1 egg yolk
  • Sesame to deco (optional)
In a mixing bowl, ayak tepung, soda bicarbonate and icing sugar, kemudian masukkan hazelnut yang telah di kisar, gaul lagi, kemudian masukkan butter dan esen vanilla. Uli dengan menggunakan hujung jari. Kemudian, canaikan di atas baking paper atau plastic dan terapkan guna acuan yang korang suka. Pukul kuning telur yang dicampurkan susu cair and pewarna kunig (supaya Nampak berkilat), sapukan atas kuih dan taburlah bijan (kalau korang nak deco style lain pun boleh – taruk gajus panggang mesti masyukkk)Tangan yang besar ni bukan tangan aku yer, tetapi assistant aku yang bernama Ariff... hahaha

Tuesday, 18 January 2011

Chef Ross’s Domok (Gemuk) Fingers (Berangan jadi chefla pulak kan?)

I’m not a chocolate lover, but the rest of my siblings are. So as my cousin; the one whom I live in with now. Plus, my nieces and nephew – the one that’ll never lose the chance to come over to my place whenever they don’t have anything-else-better to do. Duhhh!! 

I made the first batch of this, weeks ago on my trial kitchen, only to find out that most of my ‘food tester’ likes it. Last weekend, I promise my mom to go back to my kampung for a ‘get-togther’ since I have not been visiting her for quite some time. Tapi disebabkan ada last minute order, I had to cancel it. Left with nothing much to do on weekends, apart from lazing around watching movies and novels, I decided to bake this, so that I could share the recipe with my blog readers.


I don’t know how to describe it – perhaps a little bit like chipsmore cookies + the chocolate coating. Something like your ‘first crush’…. ‘SWEET!’


  • 125g butter
  • 50g caster sugar
  • 1tbsp condensed milk
  • 1tsp vanilla essence
  • 185g plain flour
  • 1tsp baking powder
  • 60g dark chocolate, finely chopped



For Coating
  • 150g dark chocolate, crushed
  • 30g vegetable shortening


Beat the butter, caster sugar, condensed milk and vanilla essence until creamy. Mix in the combined sifted flour and baking powder until smooth. Fold in the chocolate.
Take approximately one tablespoons of the mixture and form into fat fingers. Place well apart on the tray that you already greased it with butter. Bake for about 15 – 20 minutes or until lightly golden.
Leave for 5 minutes then cool on a ‘redai’. Sorry guys, aku tak ingat apa org panggil this ‘redai’ in English. Wire rack perhaps. Haha. (The results for not being in the job market for quite some times kan?)
For Coating, melt the chocolate and vegetable shortening in a small bowl place over a pan of simmering water. Stirring occasionally, until the chocolate dissolve and become smooth. Then sppon the chocolate over so that it covers the biscuits completely

Sunday, 8 August 2010

Nig Nog Swedish Cookies

Ramadhan is here again.. dalam sibuk sibuk merancang nak bertarawih dengan member member, sibuk jugak past year punya customer suruh buat cookies tuk raya. Almost 2 weeks before ramadhan aku dah kelam kabut buat sample. My existing customer dah tak perlukan sample sample tu semua, tapi dia org suh aku buat tuk a new market. Funny thing is, dia org pulak yang nak marketkan cookies tu, sepatutnya aku la yang kena buat sendiri kan? Since aku dah buat, so aku pun buat la jugak lebih sample sample tu untuk di bagi bagikan pada kawan kawan and juga my blogger friends from ekawan dulu.

From where it got it's name aku tak tau la, tapi it's always jadi bahan persenda kawan kawan aku. they re-name the cookies to some dirty names mcm.... errr.. tak elok la nak cakap kan? Then my customer in JB called this as kuih tetek! I guess because of the deco kat atas kuih tu kan? Biasala, orang orang Malaysia ni, kalau otak ak kotor tak sah!

This kuih aku jual satu balang (more or less 50 -55 pieces) for RM 35.00. The usual question for my new customer ialah.. kenapa mahal? Susah aku nak jawab. It's not mahal because harga barang naik (sebab this price is maintained since 2008, tak pernah berubah). Just so you all tau, this cookies are made from Walnut, Japanese Sunflower Seeds, Nestum, White Chocolate Chips, Crisco (Non-saturated fat shortening) dan bahan bahan asas yang lain. So I guess, that explains the price kan?
Cookies ni sangat rangup dan rasanya lemak masin and manis... nak tau rasala dulu, and kalau nak sample bagi tau yer?

Kalau siapa siapa nak order, my phone no ada kat my profile tu... sms lagi senang.. kalau call kadang kadang kalau tengah bz I tak dengar. Anyway, for those yang tak pernah tengok rupa cookies ni, here are the photos; taken fresh from the oven!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...