Showing posts with label My Breads. Show all posts
Showing posts with label My Breads. Show all posts

Thursday, 26 January 2017

Pizza Labu

This time dah tak boleh nyanyi lagu Impossible from Cinderella the musical sebab dah nyanyi masa buat talam labu hari tu. Lagipun dah dua hari hujan turun tak berhenti, karang langit tambah lagi tiga hari. Mau banjir kampung ni! I'm not complaining sebab aku sangat sangat sukakan hujan.  Masa remaja dulu, pernah bercita-cita nak bermastautin di Seattle sebab kat sana hujannya adalah 9 bulan dalam setahun.  Tapi hajat tak kesampaian sebab tak ada company mat salleh kat sana yang nak amik aku yang gemuk pendek ni bekerja ngan dorang. 

In the year 94, aku dapat offer untuk sambung pengajian dalam bidang Finanace and Accounting di University of East London dan University of Cariboo kat Canada, pun tak pergi jugak.  First, tak pernah fancy London, 2ndly kat Cariboo tu  course-nya 4 tahun and JPA only kasi study loan for 2 years. Yelah, jadi budak kampung yang tak pernah terdedah dan tau hal-hal dunia luar ni, little did I know that boleh bekerja part-time kat sana to finance the living.  Lagipun, guru-guru aku zaman dulu, tak ada pun yang bagi info atau suggestion about this thing.  Maaf, bukan nak salahkan mereka, sekadar bercerita sahaja.  Dah namanya tak der rezeki ke sana kan?

Pernah arwah ayah bagi cadangan untuk jual tanah yang dia ada untuk menampung pengajian aku kat Overseas, tapi aku tak nak tertekan dengan situasi yang aku harus berusaha untuk cemerlang memandangkan ibu bapa terpaksa bergolok bergadai demi mengisi pengetahuan yang tinggi untuk aku.  Tapi… the actual reason is … aku tak pernah minat Accounting, cuma dah di takdirkan untuk terjebak dalam kancah kira kira ni. 

Masih teringat lagi saat aku nak masuk ke tingkatan empat lepas keputusan SRP keluar, merayu rayu nak masuk ke kelas sastera sebab aku minat dengan bahasa.  Dua tiga kali jugaklah turun naik berjumpa cikgu yang berbeza beza demi memperjuangkan minat aku yang satu ni.  Malangnya nasib tetap tak menyebelahi aku, langsung terlantar di aliran sains social yang mana perakaunan adalah teras utama.  Terus minat untuk belajar aku luntur.  Pernah tak masuk kelas sampai dua bulan. Tapi Allah s.w.t tu maha kaya, masa amik keputusan SPM (tu pun arwah ayah aku yang amik), aku masih dapat keputusan yang baik (Pangkat 1) jadi semangat tu timbullah sikit. Masa isi borang UPU (tu pun kawan yang tolong isikan), aku mohon untuk masuk ke Unit Bahasa di Universiti Malaya, pun tak dapat.

Bulan March tahun 92, dapat panggilan untuk menyertai kursus Pengajian Perniagaan di Politeknik Ungku Omar.  Tapi tidak teruja, namun memandangkan wajah arwah ayah yang berseri-seri, aku tak mampu untuk tolak, lalu bulan June 92, aku pun mulalah berkampung di Ipoh. Come July 92, terima lagi satu tawaran dari Universiti Islam Antarabangsa untuk buat BEN (Bachelor of Art in English).  Sekali lagi arwah ayah offer, kalau aku nak terima, dia ok aje.  Tapi memandangkan baru jer dia banyak berhabis duit untuk aku masuk Polytech ni, aku cakap tak per, lepas habis kat Ipoh mungkin aku boleh re-apply.  Tapi bila dah tamat pengajian, semua local U tak dapat, melainkan Overseas … dan memandangkan yang Overseas pun kursus Accounting jugak, idoklah aku berhajat untuk sambung.  Terus mintak kerja, pun Bank yang panggil… Adoiiii…. Tak boleh lari jugak.  Hmmm yang last2 ni aku cut short jer, karang entry ni jadi biography aku pulak.  Apa, ingat aku ni Tun Mahathir?

Back to this Pizza labu, sebelum mengexperiment benda alah ni, terpikir jugak ok ker? Labu tu kan lemak manis? Macam tak go jer untuk di buat pizza.  Tapi bila dah siap, semua kesangsian dan kerisauan terjawab.  Sedapp!! Malangnya buat sebijik pizza jer, takut tak ngam.  Dough pizza tu simpan dalam freezer yang semalam punya, masa buat pizza biasa untuk family tea-time gathering.  Nak simpan dua tiga bijik takut tak sesuai buat pizza labu ni.  Last2, dapat rasa sorang sikit jer.

Bahan-bahan:
Untuk pizza dough boleh rujuk resepi saya sebelum ni (Click disini), kalau tak suka herbs tu boleh di kecualikan.  Yang lain lain sama jer.  Crustnya boleh buat 4 medium size pizza, tapi untuk topping kat bawah, cuma untuk satu pizza jer, jadi kalau nak buat 4, kena gandakan 4 kali lah yer bahan bahannya.


200 gm labu (rebus atau kukus dan lenyekkan sampai hancur)
1 biji bawang Holland (dadukan)
2 ulas bawang putih, cincang
1 sudu gula
½ sudu teh thyme (kalau dapat yang fresh, mungkin rasanya lagi sedap)
lada hitam atau lada sulah secukup rasa
secubit garam (jangan banyak sangat sebab nanti parmesan cheesenya dah cukup masin)
½ cawan parmesan cheese
½ cawan mozzarella cheese
2 sudu makan minyak zaitun

Cara-caranya:
Panaskan oven pada 200 darjah celcius
Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun dengan api sederhana dan goreng sehingga bawang lutsinar dan naik baunya
Taburkan gula dan kacau lagi
Masukkan bawang putih dan lada hitam lalu di kacau sebentar
Didalam bekas lain satukan labu, parmesan dan mozzarella cheese lalu di kacau sebati, tuangkan bahan bahan goreng, gaul rata dan sapukan di atas pizza dough
Bakar sekitar 15 minit dan sedia di hidangkan


-->
Kalau korang baca entry ni sampai habis, mesti korang terpikir … dari kecik amik jurusan Accounting, bila besar jadi tukang masak.  Kenapa?  Kau rasa???....

Friday, 14 November 2014

Sweet Bun for Bun Bun (Boon Boon)

I’ve been holding on for this recipe for years, but never once make any in my kitchen in JB.  Tapi memandangkan aku dah beli beberapa kilogram tepung hi-protein hari tu (Tamak punya angkara la ni), dan banyak lebihan lepas buat pizza, nampak gayanya kena la make use sebelum budak budak rumah ni main baling baling tepung and telur since Kak Lynn punya Birthday is just around the corner.
Resepi ni di ajar oleh salah seorang tenaga pengajar; Cik Hanim masa aku bekerja dan mengajar di salah sebuah kolej kat JB.  Kami trade recipe, aku kasi dia resepi one of my cookies and I get this one in return.

It’s a basic sweet bun dough, but for beginners, once you’ve mastered the skill of this bun, then korang boleh proceed for shaping and doing other buns macam, roti pizza, roti sosej, roti yang ada filling and what not.  It’s easy, you only need practice.

I made half a kilo of the recipe, niat hati nak buat kunyah kunyah masa tengok tv or masa bersembang sembang ngan ToH, tapi that night, dia ajak lepak kat kedai anak buah di Pasar Borong.  Since aku pun dah lama tak jumpa Danish (Cucu Sedara), I called my sister to come and meet me up kat sana so that I can bring some buns for Danish.  Tapi, I catch them a bit late, Danish dah keluar dengan grandpa nyer pegi merambu .. but the Father was on the way with the little brother.  BunBun! Hmmmm … BunBun pun ok jugak la … dia ni masih takut2 dengan aku unlike his brother.  Yelah, budak mana yang tak takut bila ‘toyol’ dekat ngan dia orang kan? Yang bestnya .. BunBun makan Bun ni 3 biji … bangga Tok Cu toyol dia tengok!


Bahan-bahan:
500 gm Tepung Roti
100 gm gula pasir
15 gm susu tepung
6 gm garam
5 gm bread improver
10 gm dry yeast
50 gm telur
230 ml air
100 gm mentega


Cara-cara :
Kalau guna mixer (dough hook), campur semua bahan dan uli sampai doh elastik
Kemudian baru campur butter dan uli lagi sampai doh jadi licin
Tutup dengan plastik dan rehatkan doh sehingga menjadi kembang sampai dua kali ganda
Kemudian tumbuk doh dan bagi bagi kan .. at this stage korang boleh timbang 30 gm for smaller bun and 40 for a bigger one
Kalau dalam gambar aku tu aku buat 30 gm and this yields more than 30 pieces
bila dah timbang ketatkan dough tu (for those yang tak pasti maksud ketatkan doh .. this is how … letak doh atas your working table di bawah tapak tangan yang di mungkumkan lalu gelekkan tangan dengan circular motion sampai dough jadi bulat dan licin.  Lupa pulak nak amik gambar as to how to do it, kalau ada illustration lagi senang kan?)
Kalau nak makan yang kosong, just atur atas loyang pembakar dan jarak jarakkan yer, sebab roti ni bila di bakar kembang nanti. Biarkan naik lagi satu kali ganda, then sapu telur atas roti dan bakarlah pada suhu 170 selama 15 minit
Tapi ingat, jangan biarkan doh tu naik tu full maximum baru di bakar, nanti dia jatuh lepas keluar dari oven and tak cantik
Kalau korang nak bentukkan atau tambah inti atau sosej, lepas dia dah naik untuk kali kedua tu, boleh la di bentukkan.
Untuk bentukkan roti tu, entry yang akan datang aku ajarkan yer? Nak masukkan dalam satu entry nanti terbeliak pulak biji mata tengok entry panjang berjela.
Masa rehatkan bun yang dibentukkan kali kedua tu, korang check2 la jugak, kalau too dry boleh renjiskan air sikit.  Tapi jangan sampai basah lencun pulak. Hehe!

Seriously, this sweet bun is nice to makan just like that, atau ikut sifat kekampungan aku yang suka cicah ngan air teh ‘o’!



**Selamat mencuba and selamat mencipta nostalgia**

Wednesday, 20 February 2013

Chiabbata



My  job has made me stray far too away from what I love doing.  Haven’t been in the kitchen for almost 6 months now and I’m missing the times that when I woke up in the morning I almost said to myself fuck it! Leave my current job and start cooking again.  But still, I keep on dragging these feet to my workplace for I don’t know how many more months… urghhhh


This afternoon, when I go through my collections of photograph, I found this.  A Chiabatta bread that I knead, half a year ago.  Not my moment of glory, but it pleases me though.  Reminds me of what I love doing..


I often envy those, who manage a cafĂ©, even a small one and have some  of their signatures on the menu.  Those whom I often dream would be me, running and happy and loving every moment of it.  I hope someday soon, I will have enough courage and drive to risk it… (sigh)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...