Showing posts with label Basic Info. Show all posts
Showing posts with label Basic Info. Show all posts

Thursday, 26 January 2017

Pizza Labu

This time dah tak boleh nyanyi lagu Impossible from Cinderella the musical sebab dah nyanyi masa buat talam labu hari tu. Lagipun dah dua hari hujan turun tak berhenti, karang langit tambah lagi tiga hari. Mau banjir kampung ni! I'm not complaining sebab aku sangat sangat sukakan hujan.  Masa remaja dulu, pernah bercita-cita nak bermastautin di Seattle sebab kat sana hujannya adalah 9 bulan dalam setahun.  Tapi hajat tak kesampaian sebab tak ada company mat salleh kat sana yang nak amik aku yang gemuk pendek ni bekerja ngan dorang. 

In the year 94, aku dapat offer untuk sambung pengajian dalam bidang Finanace and Accounting di University of East London dan University of Cariboo kat Canada, pun tak pergi jugak.  First, tak pernah fancy London, 2ndly kat Cariboo tu  course-nya 4 tahun and JPA only kasi study loan for 2 years. Yelah, jadi budak kampung yang tak pernah terdedah dan tau hal-hal dunia luar ni, little did I know that boleh bekerja part-time kat sana to finance the living.  Lagipun, guru-guru aku zaman dulu, tak ada pun yang bagi info atau suggestion about this thing.  Maaf, bukan nak salahkan mereka, sekadar bercerita sahaja.  Dah namanya tak der rezeki ke sana kan?

Pernah arwah ayah bagi cadangan untuk jual tanah yang dia ada untuk menampung pengajian aku kat Overseas, tapi aku tak nak tertekan dengan situasi yang aku harus berusaha untuk cemerlang memandangkan ibu bapa terpaksa bergolok bergadai demi mengisi pengetahuan yang tinggi untuk aku.  Tapi… the actual reason is … aku tak pernah minat Accounting, cuma dah di takdirkan untuk terjebak dalam kancah kira kira ni. 

Masih teringat lagi saat aku nak masuk ke tingkatan empat lepas keputusan SRP keluar, merayu rayu nak masuk ke kelas sastera sebab aku minat dengan bahasa.  Dua tiga kali jugaklah turun naik berjumpa cikgu yang berbeza beza demi memperjuangkan minat aku yang satu ni.  Malangnya nasib tetap tak menyebelahi aku, langsung terlantar di aliran sains social yang mana perakaunan adalah teras utama.  Terus minat untuk belajar aku luntur.  Pernah tak masuk kelas sampai dua bulan. Tapi Allah s.w.t tu maha kaya, masa amik keputusan SPM (tu pun arwah ayah aku yang amik), aku masih dapat keputusan yang baik (Pangkat 1) jadi semangat tu timbullah sikit. Masa isi borang UPU (tu pun kawan yang tolong isikan), aku mohon untuk masuk ke Unit Bahasa di Universiti Malaya, pun tak dapat.

Bulan March tahun 92, dapat panggilan untuk menyertai kursus Pengajian Perniagaan di Politeknik Ungku Omar.  Tapi tidak teruja, namun memandangkan wajah arwah ayah yang berseri-seri, aku tak mampu untuk tolak, lalu bulan June 92, aku pun mulalah berkampung di Ipoh. Come July 92, terima lagi satu tawaran dari Universiti Islam Antarabangsa untuk buat BEN (Bachelor of Art in English).  Sekali lagi arwah ayah offer, kalau aku nak terima, dia ok aje.  Tapi memandangkan baru jer dia banyak berhabis duit untuk aku masuk Polytech ni, aku cakap tak per, lepas habis kat Ipoh mungkin aku boleh re-apply.  Tapi bila dah tamat pengajian, semua local U tak dapat, melainkan Overseas … dan memandangkan yang Overseas pun kursus Accounting jugak, idoklah aku berhajat untuk sambung.  Terus mintak kerja, pun Bank yang panggil… Adoiiii…. Tak boleh lari jugak.  Hmmm yang last2 ni aku cut short jer, karang entry ni jadi biography aku pulak.  Apa, ingat aku ni Tun Mahathir?

Back to this Pizza labu, sebelum mengexperiment benda alah ni, terpikir jugak ok ker? Labu tu kan lemak manis? Macam tak go jer untuk di buat pizza.  Tapi bila dah siap, semua kesangsian dan kerisauan terjawab.  Sedapp!! Malangnya buat sebijik pizza jer, takut tak ngam.  Dough pizza tu simpan dalam freezer yang semalam punya, masa buat pizza biasa untuk family tea-time gathering.  Nak simpan dua tiga bijik takut tak sesuai buat pizza labu ni.  Last2, dapat rasa sorang sikit jer.

Bahan-bahan:
Untuk pizza dough boleh rujuk resepi saya sebelum ni (Click disini), kalau tak suka herbs tu boleh di kecualikan.  Yang lain lain sama jer.  Crustnya boleh buat 4 medium size pizza, tapi untuk topping kat bawah, cuma untuk satu pizza jer, jadi kalau nak buat 4, kena gandakan 4 kali lah yer bahan bahannya.


200 gm labu (rebus atau kukus dan lenyekkan sampai hancur)
1 biji bawang Holland (dadukan)
2 ulas bawang putih, cincang
1 sudu gula
½ sudu teh thyme (kalau dapat yang fresh, mungkin rasanya lagi sedap)
lada hitam atau lada sulah secukup rasa
secubit garam (jangan banyak sangat sebab nanti parmesan cheesenya dah cukup masin)
½ cawan parmesan cheese
½ cawan mozzarella cheese
2 sudu makan minyak zaitun

Cara-caranya:
Panaskan oven pada 200 darjah celcius
Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun dengan api sederhana dan goreng sehingga bawang lutsinar dan naik baunya
Taburkan gula dan kacau lagi
Masukkan bawang putih dan lada hitam lalu di kacau sebentar
Didalam bekas lain satukan labu, parmesan dan mozzarella cheese lalu di kacau sebati, tuangkan bahan bahan goreng, gaul rata dan sapukan di atas pizza dough
Bakar sekitar 15 minit dan sedia di hidangkan


-->
Kalau korang baca entry ni sampai habis, mesti korang terpikir … dari kecik amik jurusan Accounting, bila besar jadi tukang masak.  Kenapa?  Kau rasa???....

Friday, 28 November 2014

Perihal Tepung!

Hari ni nak bercerita hal serius sikit (tiba – tiba rasa macam important person pulak!).  Sebenarnya aku terbaca satu entry lama aku masa duduk kat KL.  Rasa tak puas hati bila ada Hamba Allah ni komen pasal tepung yang aku guna.  (Mamat tu nak tunjuk pandai tak bertempat!) Katanya aku sepatutnya guna tepung gandum cap blue key atau cap sauh, baru kuih aku akan taste right.  Then dia kata aku guna tepung lama.  Aku rasa family dia ni ada kilang gandum kot, tu sebab dia rasa dia bijak sangat hal tepung menepung ni.  Kalau ikut hati nak aje aku tepung tawarkan muka dia tu.  Biar dia tau tepung yang aku guna tu tepung penamparr!  Walhal aku ni memang guna tepung cap sauh.  Dah memang family aku satu keturunan guna, jadi aku pun guna jugakla.  Lagipun tepung ni senang sikit dapat kat mana-mana kedai.  Kalau jenama macam-macam tak semua kedai ada. 

Then hari tu, bila ke kedai menjual peralatan kek dan roti, pekerja kedai tu tak paham bila aku cakap aku nak tepung hi-protein.  Katanya tak der di jual.  Bila aku tanya tepung roti ada? Dia cakap ada! Nak ajer aku uli mamat tu macam aku uli roti kat rumah.  Dugaaaan dugaaaan!

Jadi hari ni, aku nak share info pasal jenis-jenis tepung gandum.  Entry ni untuk mereka yang baru nak bertatih dan menjinakkan diri dalam bidang pembuatan roti, kek, pastry dan biskut (sama macam aku jugak).  Untuk mereka yang dah power macam Ayu dari CurlybabeSatisfaction .. abaikan la yer.  Korang boleh tengok blog dia. Aku sebenarnya jeles jugak dengan dia ni.  Sebabnya, bila masuk blog dia .. air liur asyik bertakung jerk di bibir. Kecur…

Tepung ada bermacam macam jenis.  Bila cakap pasal tepung, terus terpapar dalam skrin visual otak kita tepung gandum.  This is the most commonly used tepung in history.  Kalau dari segi faktanya tepung ni sangat luas pengertiannya, dan banyak macam jenisnya.  Asalkan dia macam serbuk atau dedebu cinta Misha Omar tu, kita bolehlah namakan dia tepung.  Debu atau serbuk yang halus ni boleh di hasilkan dari berbagai bagai sumber; bijirin seperti gandum (tepung gandum), jagung (tepung jagung) dan beras (Tepung beras).  Ianya boleh jugak di hasilkan dari sumber kekacang macam kacang hijau, kacang merah, kacang kuda dan sebagainya.  Dan lastly dari sumber sumber akar (maksud aku yang tumbuh di dalam tanah), macam kentang (tepung kentang), ubi (tepung ubi) dan keledek (tepung keledek).  Ini sebahagian aje ye, kalau nak listkan semua kematu jari aku nak menaip walaupun kelajuan aku menaip sama dengan kelajuan kereta Tengku Djan kat litar F1.

Hari ni aku nak bercerita pasal tepung gandum jer dulu.  Takut korang muntah-muntah pulak dengar aku bagi syarahan kat sini. Bagi mereka yang minat dalam seni pembuatan kek dan biskut, ada tiga jenis kategori tepung dari gandum yang paling penting dan patut korang tau sebagai asas iaitu Tepung Serbaguna, Tepung Roti dan Tepung Naik Sendiri

Sebenarnya perkara yang membezakan tepung ni cuma kandungan protein dan gluten serta cara pemprosesan gandum tu jer.

Tepung roti adalah tepung yang paling tinggi kandungan protein dan glutennya.  Sebab tu selain dari tepung roti orang panggil tepung ni Tepung Hi-Protein.  Ianya di proses dari pada bijirin gandum yang keras.  Signifikan kandungan protein dan gluten di dalam tepung ni adalah penghasilan doh yang elastik dan anjal.  Gluten ni kiranya macam gula getah la … tapi gula getah bukan gluten tau!  Tayar basikal pun bukan.  Jadi jangan pandai pandai cakap dalam tayar basikal atau chewing gum tu ada gluten Hahaha.  Biasanya tepung yang ada kandungan gluten yang tinggi boleh bertindakbalas terhadap yis dengan baik sebab ianya mampu membina dan mengikat struktur doh bila karbon dioksida dibebaskan ketika proses penapaian berlaku.  Ya Allah, macamana ek nak kasi penerangan dalam  layman terms? Kang kalau teknikal sangat mampus adik-adik kita yang baca ni akan rasa diorang kena jadi saintis baru boleh faham. 

Tepung Serbaguna adalah tepung yang paling banyak dan kerap di gunakan.  Ianya diproses dari campuran bijirin gandum yang keras dan lembut., sebab tu dia panggil serbaguna.  Ianya sangat serbaguna sampaikan boleh digunakan untuk buat semua jenis doh .. roti, biskut, kek dan juga pastry.  Nak buat main main baling tepung masa harijadi pun boleh.  Sebenarnya tepung serbaguna ni sesuai untuk orang yang malas nak renyah ataupun nak simpan macam macam jenis tepung kat rumah.  One type can fit all.  Gittewlahhh

Tepung naik sendiri  (tepung ni best .. kalau korang beli tepung ni banyak banyak dan tak larat nak angkut dan rumah korang pulak bertangga, suruh jer tepung tepung ni naik sendiri) Bluekkk!  Tepung naik sendiri ni sebenarnya lebih kurang tepung serbaguna jer, cuma ianya dah di tambahkan dengan ejen penaik dan juga garam.  Jadi tak  payah nak sukat sukat baking powder banyak mana nak taruk sebab masa dalam peringkat pemprosesan tepung ni, semuanya dah di tambah agar bercampur rata.

Ok, setakat ni itu jer untuk tiga tepung asas ni. Kalau ada yang nak tau jenis tepung yang lain .. kalau aku tau nak cerita aku cerita kat sini, otherwise aku buat buat tak nampak jer.  Hehe.

Apapun ada berpuluh puluh lagi jenis tepung sebenarnya.  Termasuklah dari gandum atau bahan lain.  Tapi untuk pengetahuan asas ni saya ceritakanlah yang ni dulu yer.   Otak macam dah tepu sikit, almaklumlah lama dah tak pegi sekolah.

Saya sudahi dengan sebuah lagu untuk pembaca blog sekelian:

Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar (tak pasti dia orang guna tepung gandum atau apa)
Hai beras kunyit di tabur di siram si air mawarr! ..
(Sambil feeling feeling nyanyi karaoke kat Majlis Pengantin)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...