Showing posts with label My Cake. Show all posts
Showing posts with label My Cake. Show all posts

Monday, 23 January 2017

Kek Cermin Ibu Tiri Salju Putih

Maaf yer, tak der idea nak menulis. Jadi merapulah kito sekueknyo!! Agak frust sedikit kebelakangan ni  sebab tak dapat nak mengasah bakat membakar kek & pastri serta masak memasak sejak berkampung di Mersing ni.  Sebabnya, nak mendapatkan bahan bahan dan rempah ratusnya agak hazab.  Kadang kadang terpkasa tawaf wida’ beberapa kali seluruh Bandar Mersing demi mendapatkan sesuatu bahan.  Tu pun kadang kadang balik dengan tangan kosong jugak.

Teringat masa pergi Seminar Johor Berkemajuan yang di kendalikan oleh ahli panel yang rata-ratanya banyak indirectly ‘slam’ penduduk Mersing ni dengan label, ‘lemak’, makan nak ‘bersuap’, tak pandai ‘think out of the box’ and what not.  Bila belia Mersing ni ajukan soalan yang walaupun kita tau, agak tak berilmiah dan juga terlalu ke budak budakan, kita tak boleh straight away selar mereka dengan buat perbandingan dengan orang terdahulu  yang dah berjaya sekarang.  We can learn and inspire, melalui their success story.  But never compare! Berapa ramai hadirin yang hadir masa tu yang pernah keluar dari Malaysia, kalau tak bekerjapun, sekadar melancong.  Hanya segelintir, and yet, korang buat contoh tentang Negara-negara luar.  These people tak pernah pergi, and of course these people tak kan tau, not at least half the truth!

In one of the Q&A session, one of the panel siap cakap, If your District Officer boleh siapkan muzium in 7 weeks (tak berapa ingat the figure), I can finish Kilang Bateri in 5!  And the audience applauded kekaguman.  Tapi did they know what sort of Kilang bateri tu? And what is Museum?  Kalau compare the period, of course la ko menang .. tapi conceptualnya dan juga target audiencenya?  And I felt kesian, the makcik makcik and pakcik2 yang mengangguk2 dalam keterujaan mengagumi kehebatan kau – sedangkan, it is actually nothing!

You are talking about seizing the opportunity, of tourists that came flocking  here in Mersing, show our products, earn from them – jangan malas! And yet, pernah ke ko stroll along the beach and talk to them? I did! And what did I gather? Most of them pun backpackers, yang datang ke sini, kalau boleh nak tidur hotel budget yang harga RM20.  If they can’t get the price, they are willing to spend the night at the jetty or even bus station. Bukak mata!

Then you were talking about Information Technology, where according to your brilliant mind, every bits and pieces of information is at the tip of the finger.  Make full use of it.  Tapi ko tau ke, berapa KM radius sahaja yang ada Unifi kat sini? Almost none.  Yang ada banyak pun cuma 1mbps.  By the time ko tunggu the information keluar, orang lain dah bertebaran sampai tengah laut.  Pulaknya, penduduk yang rata2nya berniaga dan cuba hidup kat Mersing ni adalah people of the 70’s and 80’s.  Berapa banyak lah tahunya? Just because you have all the luxury kat tempat ko, ko fikir orang lain pun sama.

Pernah ke korang menetap di sini, amik masa dan faham dengan sosio-budaya dan cara hidup orang sini? Faham dengan sifat mukabumi dan topografinya?  Pernah cuba menyelami dasar perhubungan dan jalinan komunikasinya?  Jika tidak, jangan datang mendabik dada membawa idea canggih dan berharap orang orang di sini realisasikan. Ini tidak adil … paling tidak, berusaha cuba menyampaikan idea dan mesej yang baik tersebut dengan lebih halus, jangan sentuh sentimen penduduk di sini.  Jangan menganggap kemunduran atau ketidak berhasilan penduduk di sini kerana kemalasan dan tiada keberusahaan mereka.  Spend their lives for years doesn’t make most of them an expert, how can you think by spending a few hours make you one?

Adoiii… tersedar pulak yang ni blog masakan! Gara-gara kecewa sebab barang tak der kan?  Sebenarnya berjanji dengan rakan Empower ECER Puan Norfizah kita nak upload recipe Mirror glaze ni.  Hari tu sepatutnya buatkan untuk Cik Anum Rajk untuk sambutan ulang tahun ibunya, namun malang bila kedai kek bagi papan kek yang salah, dan saya tak boleh fitkan dalam kotak.  Maka ada tersopak sikit, jadi tak sampai hati nak jual, maka .. jadi habuan untuk rakan rakan.  Yang kebiru2an sikit tu untuk kakak air merah.  Apapun terima kasih pada penyokong MyKuihStory dan sorry sangat2 untuk Cik Anum yer.

        

Untuk mirror glaze ni, keknya korang boleh ikut suka nak kek apa, tapi yang aku gunakan ni adalah chocolate mudcake yang resepinya korang boleh rujuk di sini : Kek Lumpur Coklat di Tahun Baru

Sebelum menyalutkan mirror glaze ni, kek yang korang buat mestilah disapu dengan ganache atau cream kegemaran masing masing. Sila pastikan cake disejuk bekukan lebih kurang 12 jam sebelum di gunakan.

Bahan-bahan untuk mirror glaze:
15 gm serbuk gelatin dan kembangkan di dalam 60ml air
200 gm gula
130 gm susu pekat manis
100 ml air
100 gm glucose syrup atau light corn syrup
200 gm White Chocolate/Chips
Pewarna

Cara-cara:

1.  Campurkan serbuk gelatin bersama air dan biarkan seketika sehingga ia mengembang
2. Campurkan gula, susu pekat manis, glucose syrup dan air kedalam periuk dan panaskan menggunakan api sederhana kecil sehingga merenih dan semua bahan larut
3. Setelah campuran gula dan susu mendidih tutup api dan campurkan gelatin yang telah kembang lalu dikacau sehingga sebati.
4. Tuangkan campuran gelatin terssebut kedalam mangkuk berisi white chocolate, biarkan seketika dan gaul sehingga semuanya coklat mencair dan sekata.  Kalau  ada immersion blender, boleh kisarkan, supaya tidak ada cebisan coklat yang tidak larut, atau boleh ditapis untuk memastikan semua coklat telah cair dan juga untuk mengeluarkan gelembung gelembung udara.
5. Setelah sebatian sejuk (lebih kurang 34 darjah celcius, tuangkan ke atas kek, dan tunggu sehingga glaze mengeras.  Sisipkan lebihan glaze di tepi kek dan boleh lah di alihkan ke atas papan kek dan hias mengikut kreativiti.


Yer, kreativiti kat Mersing ni pun terhad.. hahaha, sebab nak cari fresh fruit pun tak dapat.  Buah geduakkk banyakler!!


Nota dan tips
  • Untuk hasil yang lebih baik, buat glaze dan kek sehari sebelum digunakan.  Glaze yang di sejuk bekukan, di cairkan semula menggunakan kaedah double boiler atau kalau ada microwave oven, boleh di cairkan menggunakan microwave dalam beberapa saat, kemudian tunggu sehingga sebatian berada pada suhu bilik, barulah di tuangkan ke atas kek.
  • Letakkan kek di atas mangkuk yang lebih kecil, dibawahnya di alas dengan cling wrap atau plastik yang di alas di atas dulang untuk menampung lebihan glaze (untuk mengelakkan meja daripada comot dan banyak kerja pembersihan yang perlu dilakukan kelak)
  • Lebihan glaze boleh disimpan semula dalam peti sejuk beku, kemudian boleh digunakan semula.
  • Dari pengalaman saya (tak pasti tepat atau tidak), kalau gunakan white chocolate couveture, hasilnya lebih baik (tapi yaa ampuuuun, kat Mersing ni tak dok) 
  • Kalau ada pure glucose lebih baik sebab kandungan airnya adalah sedikit
  • Saya lebih suka menggunakan gelatin sheet (3 keping & 12gm)
  • Boleh menggunakan heavy cream untuk mendapatkan rasa yang lebih enak dan glaze yang lebih cantik (kalau ada yang berminat, resepinya saya share kemudian, resepi di atas dikhaskan untuk peminta resepi yang di Mersing ni tak der jual heavy cream… huhu)
  • Mirror glaze ni works wonderfully dengan mousse cake dan juga cheesecake
Tu je beberapa gambar aku amik masa process pembuatan kerana kemalasan tengah melanda. Lagi pun musim musim hujan ni lebih sedap bawah blanket daydreaming dekat Denari, Alaska.  Yer, target nak pergi ujung taun depan!

Wednesday, 13 April 2016

Pandan Chiffon Cake - for Cik Hanna Hantuna

I’m glad that I’m able to sit back and start blogging again.  
Yes, the year has passed and that Kuih Story page is idled – so is the Tuan Empunya.  Lots going on and yet, not! Since last year’s Raya, I was busy with Cookies making and then exploring the homemade food delivery services project.  Now Im beginning a new project back in my own Hometown.  Hopefully just for 6 months.  The order for cookies this year has already started coming in and yes it’s going to be another restless fasting month, especially when the orders is more than double compared to last year.  Though dah ada yang sound, jangan sibuk kejar sangat duit then amal ibadat buat seciput.  Ok, there’s only half the truth in that sentence but still I find it very cynical.  The thing that I disagree is the true fact.  I’m doing it not solely for the money.  But for the joy I find in it, the therapeutic effect when I lay my hands to do the work.  Bukan ke, bekerja dan making people happy through what I do is part of amal ibadat?  Yes Ross! Don’t judge! Perhaps,  they never reach a level of understanding that the score that Allah is keeping not merely when you duduk berteleku atas tikar sembahyang .  It’s sad when you try to make some people happy, others don’t.

Baiklah, this entry is a special dedication to all readers out there, especially Cik Hanna.  Yes, she’s been asking me to teach her to do this Chiffon for more than a year but due to my busy schedule that always crash with her free time, I didn’t manage to grant her request.  Cik Hanna is one out of 4 of my best friends.  We have been experiencing a lot of weather together.  This year we are celebrating 30 years of good friendship.  We call her Hanna, but that Hantuna, both of us agreed to add the name at the back, referring to perangai dia (I mean in a jokingly manner) yang macam hantu.  I really hope that this friendship will last till we no longer enjoy the sun on earth!

When I’m back at my parents a few weeks back, my sister-in-law was bugging me to do some cakes or desserts for afternoon tea, knowing that I brought back some of my kitchen utensils.  Lepas bersilat dan berkungfu dengan dia and other sister, I mengalah and gave-in.  Bila teringat keinginan Cik Hanna Hantuna kita, I was thinking that it’s best to do this Chiffon so that I can put it in this blog so that she can refer.  Though, as usual, dek kerana sifat sabar yang kurang ada in my family members, right out of the oven, tak payah tunggu sejuk dia orang dah korek keluarkan from the baking tin, and without letting it cool jugak, they potong and makan… so, no plating guys, just enjoy this somewhat crappy looking chiffon but very delicious one!  Two baking tins gone in 60 seconds!

Bahan-bahan:
5 egg yolk (kuning telur)
20 gm caster sugar
100 gm self raising flour (ayak dengan baking powder, kalau boleh 3 atau 4 kali)
1 tsp baking powder
100 ml coconunt milk (santan)
2 tbs pandan juice (5 helai daun pandan blend dengan 2 sudu makan air)
3 tbs olive oil (boleh tukar guna minyak sayuran atau minyak biasa)

For meringue:
5 egg white
70 gm castor sugar (kalau suka manis boleh tambah gula either here or dalam adunan tepung)
½ tsp cream of tar tar

How to:
Beat egg white till frothy
Then add cream of tar tar and beat till incorporated
Add caster sugar and beat till stiff (at this stage nak tau dia dah ok ke belum cuba terbalikkan mangkuk, kalau adunan tu tak tumpah or menitik maknanya it’s done
In a separate bowl, beat egg yolk and caster sugar till dissoleve
Add coconut milk and pandan juice
Add 1/3 of self raising flour and mix till incorporated then another 1/3 and repeat the process till the last 1/3
Add olive oil and stir till incorporated

Lastly fold in  1/3 of meringue till incorporated.
Repeat the process with another 1/3 and lastly the remaining 1/3
Transfer to the cake tin
Bake for 40 – 45 minutes at 160 degree celcius (jangan lupa to preheat the oven)
When it’s done, invert the cake tin and let it cool on a wire rack.


p/s : to know that it’s a success, when it’s cool, try to press the cake slowly sampai bawah, if it bounces back to the normal shape, then you’ve done a very good job.  Jangan lupa tepuk tangan when you reach that victory!!!


Sunday, 16 November 2014

Kek Lapis Kukus Biawak Comodore (Nestum & Seri Kaya)

Bila dengar nama lapis ni jer,  mesti ramai yang seram sejuk dan geli geleman nak membuatnya.  Hahaha. Saja kawan-kawan menamakan kek lapis ni macam tu sebab colour dan juga teksturnya. Tapi biawak biawak pun, dua hari dah habis licin!  Termasuk aku sekali yang melahap.  Bila dah makan sekeping, kena kepingan yang kedua, tiga dan lagi dan lagi…  Bila bawak ke Mini 69 CafĂ© di Pandan, terus dapat order untuk hari raya.  Perghhhh … dia ingat hari raya macam bulan depan jerk!  Tapi Alhamdulillah, rezeki jangan di tolak kan?

Sebenarnya membuat kek lapis ni adalah dalam "keharusan".. masa hari Raya Puasa dulu, rakan sekolah introduce dengan sorang kakak yang merupakan jiran dia.  Kebetulan masa sambutan ‘The Blue Raya’, Kakak Chomel ni bertandang ke rumah kami.  Bawak pulak buah tangan Kaya (Dia kerja di kilang Zara Foodstuff).  Jadi, dah berbulan kaya tu dalam simpanan.  Sementelah rakan serumah aku ni tak berapa berminat dengan roti and just ‘kaya’, terpaksalah aku mevariasikan kaya yang ada ni sebelum tamat tempoh.  Tak baik kan buang buang rezeki ni.  To honest, bila dah siap korang biar semalaman dulu baru makan.  Rasa biawak komodore ni Lazat!



Bahan-bahan:
500 gm margerin (aku guna jenama Amor yang Chef Wan jadi dutanya)
200 gm gula kastor
12 biji telur (aku guna gred B)
200 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
200 gm kaya pandan
160 gm nestum
1 sudu makan coklat emulco
Pewarna biru dan hijau

Cara-cara
Panaskan air di dalam kukus
Sementara air mendidih, putar margerine dan gula sehingga kembang
Masukkan telur dan pukul satu persatu
Campurkan kaya  dan pukul sebati
Masukkan tepung yang telah di ayakkan bersama baking powder kemudia masukkan nestum dan gaul lagi.
Bahagikan kepada 3 bahagian; 1 dicampurkan dengan pewarna hijau, satu pewarna biru dan 1 chocolate emulco (kalau korang nak gantikan dengan warna lain pun tak per, tak kena bunuhnya dengan aku)
Alaskan loyang kek yang telah disapu dengan sedikit margerine dengan kertas minyak
Setelah air menggelegak, masukkan loyang kek dan taruk sedikit adunan pertama (tak kiralah nak warna apa dulu yang korang suka) dan ratakan.  Kukus selama lebih kurang 7 minit atau sehingga masak
Kemudian tuangkan adunan  yang kedua (pun ikut suka nak masukkan yang mana dulu) dan ratakan….
Ulang melapis sehinggalah adunan habis.  Aku cuma buat 9 lapis saja… kalau korang nak buat lagi banyak lapis atau lagi kurang lapis terpulanglah yer.  Citarasa masing masing .. polis tak tangkapnya kalau korang tak ikut step dalam entry ni ..
Last sekali tu kukus lah lama sikit..
Bila dah masak, kalau boleh biarlah tunggu betul2 sejuk baru di potong…

Untuk rasa yang lebih sedap… biarkan semalaman dulu baru di potong dan di makan



Tapi ingat ye.. makan sikit sikit sudah, jangan macam aku and the gang .. selagi tak tutup mata, lepas satu satu … 


Tuesday, 2 September 2014

Pumpkin Butter Cake - Kek Mentega Labu






Hantu Labu! Haaa itulah aku... Selain digelar Hantu Daun Selasih dan Hantu Laut... eh eh silap... Hantu Makanan Laut!

Kalau Labu ni, korang buat apa pun tetap aku akan suka.  Masak lemak ke, masak kuih ker, masak manisan ke .. apa apa jelah!. Even biji labu and pucuk labu pun aku hentam sekali.  Anyway, I’m not going to talk much about this ‘Labu’ or pumpkin. I have had enough talking over the week... ramblings and nagging Kak Lynn for her lazy-slug-self to change her attitude.  So, I’m kinda jadedKak Lynn and ToH don’t really fancy pumpkin, so... I am making it for myself to indulge. Just a small one, feeling good that I can have it all for myself! Yeahhhh! 



Tapi… sadly enough, when its fresh out from the oven, it smelled and tasted so good that  I called everyone in the house to have a bite but I ended up with only crumbles left on the plate! (sigh).  I still have more than half of the pumpkin left but don’t think that I’ll make another.  Probably will be doing other types of cake.

Over the weekend, went out to Jusco to buy Portobello Mushrooms and Fresh Oregano for the "Jacket Potato" inspired from Ayu in her Curlybabe’s Satisfaction blog.  But heck! Too much activity going ons and they eventually ended up in the fridge.  ToH went back to Singapore last night so perhaps, I’m going to bake it on Wednesday when ToH is here.

Let’s look at this extremely simple recipe

Ingredients:
150 gm Butter
120 gm Caster Sugar
3 eggs (B size)
50 gm milk
200 gm self-raising flour
150 gm pumpkin (steam or cook then mash it up)
Pumpking seeds for topping … the more you sprinkle the better

Method:
Beat the butter and caster sugar till fluffy
Add eggs – one at a time and beat well
Add self raising flour and milk alternately
Add pumpkin ada mix with spatula
Pour the mixture into loaf pan (not sure the size – mine is about 8’x3’ and about 2.5 inches in height. Bought it at Daiso and don’t really measure)
Sprinkle the pumpkin seed on top
Bake at 170 degree celcius about 40 – 50 minutes depending on your oven





Let it cool completely before consuming.  Mine was still hot when I sliced it.. but this is the time when the taste and smell will wake up your tastebuds!  I baked some leftover batter in ramekins and they turned out beautiful too!



Tuesday, 11 March 2014

Kek Pisang Se Gebu Ross Eunos


First thing first nak mintak maaf…amik gambar tu unintentionally… Housemate aku cakap macam terposing lucah.. no pun intended, seriously!  Nak gantikan dengan yang lain.. all pisang’s gone.  Jadi terpaksala contented with that one.

Asalnya, beli pisang ni nak buat ‘banana and peanut butter with chocolate coating’ untuk Wan Chu Ping, tapi our meeting was cancelled sbb husbandnya ajak balik kampung, ada urusan sikit.

ToH’s been bugging me to buat kek pisang ni since last few weeks and Cik Zarafhyze pulak sibuk nak makan jemput pisang.  Seriously, I am torn between keinginan  of these 3 people that I love in my life.  Nasib baik Abg Man pulak jenis tak kisah…. "Apa apa pun kita boleh telan.." katanya!! Bila masuk dapur, mata terus ternampak butter, nampak gayanya ToH’s winning this time.  Kek Pisang la jawabnya! Resipi kek pisang yang aku selalu buat dah tak tau kemana, aku rasa aku dah terjual dengan dengan netbook aku sekali.  So, I am creating this one dengan harapan menjadi and yes! berkat keikhlasan hati aku, menjadi jugak akhirnya. (berangan terrer la sangat!)

Follow these very simple steps and I can guarantee 99% that ianya akan menjadi kalau korang ikut this recipe!

Bahan-Bahan
1.   300 gm tepung naik sendiri
2.   250 gm butter
3.   210 gm gula kaster
4.   2 sudu makan vanilla essence
5.   4 sudu makan susu cair (fresh ke sejat ke 

      hentam saja – depends on apa yg korang 
      ada dalam fridge)
6.   4 biji telur saiz B
7.   4 biji pisang (kalau korang tak sure besar 

      mana, korang boleh measure, kasi sama       
      berat dengan tepung lebih kurang 300 – 
      350gm) – lenyekkan bersama vanilla essence

Cara-cara
1.   Pukul telur ngan gula sampai kembang , pucat 

      dan ringan
2.   Lepas tu taruk butter dan pukul hingga sebati
3.   Lepas tu ikut korang nak taruk apa dulu … 

      peringkat ni dah tak der pantang larang… 
      asalkan masuk semua bahan
4.   Sapu butter pada Loyang, masukkan adunan 

      dan bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama       40 – 50 minit


** You are Done! Simple kan? **

Tapi for us the experimentation did not end there. Once dah masak, tanpa sabar dan tanpa menunggu sejuk… kita orang dah bedah kek tu, sebab tu korang tengok dia masih crumbly.  

ToH with his quest nak layeredkan the banana cake dengan Nutella spread! (mentang-mentangla aku ada dua jar nutella besar – tetap dia nak khianat jugak).  

As for Zarrafhyze pulak, nak makan ngan aiskrim… tak paham aku diorang ni. Weird tastebuds .. aku just makan yang plain aje.

When I dig my teeth into the texture.. aku rasa macam touching myself jerk! Alamak.. betul ke ayat ni? Hehe I mean, gebu, milky .. and enak! You can always try if you are wondering whether you have the same citarasa macam aku!

p/s : ToH punya chocolate dollop on the plate nampak mcm tadpole ... hehe






Nota dan Tips
  • Kalau pisang yang korang nak gunakan tak berapa masak, korang boleh cuba this method.  Ambil sebijik epal, masukkan dalam zip-lock plastik dengan pisang yang tak berapa masak, seal dan biarkan dalam 3 atau 4 jam … the acidic content that the apple releases akan mempercepatkan proses meranumkan pisang tersebut
  • To be more adventurous, korang boleh tambahkan other ingredients mcm walnut cincang (don’t be more than 100 gms), boleh juga taruk cranberry, raisin, prune or even parutan kulit oren.  It will add on to the taste the gist of a subtle nutty and citrusy flavour.
  • Boleh tukarkan butter kepada minyak jagung dengan timbang berat yang sama


Tuesday, 4 March 2014

Mixed Berry Layered Steam Cake

            Apa?? Kek Lapis Kukus lagi?  Aku pun tak tau kenapa semenjak dua menjak ni tangan asyik gatal nak melapis kek, walhal bukan rajin pun.  Bukannya aku lapis nipis nipis, tapi tebalnya boleh buat tilam hah! Hehe. Puncanya, masa beli makanan proses kat ‘Giant Supermarket’ aku ternampak beri campur ni.  Packetnya mengujakan.  Tapi bila bukak jer, mengecewakan, dah la mahal.  Segala beri pulak masam mcm minum cuka.  Aku taula itu semua barang import, tapi ‘Jabatan Pembelian’ Giant pun kenala jugak cari barang yang sekurang kurangnya tidak mengundang rungutan pelanggan kan?  Bila main asal-boleh jer, jawabnya simpan sendiri la stok tu, buat perhiasan sampai tamat tempoh.

            Bila aku thaw jer beri tu … dia punya lembik, mengalahkan dadih yang jual kat Bazaar Ramadhan, bila angkat jer, relai satu satu bijik Mulberi tu. Bila dah tahap macam ni, jangan ceritala .. pedih hati aku ni tak payah nak kira.. nak jer aku ramas ramas beri tu lepaskan geram sambil aku bayangkan aku sumbat mulut staff yang ordertu .. nak tengok dan kira berapa kedut kerut kat dahi dia menelan betapa masamnya beri tu.  Tapi yela.. tu semua imaginasi orang tengah marah campur stress kan? Last last aku buat jugak walaupun dalam hati nyanyi nyanyi lagu 3 suara ‘Beribu Sesalan’ tu.  Kalau aku tau beli prune lagi bagus…

            Dalam ketidak puasan hati yang tengah panas membara tu, aku capai la jugak segala peralatan untuk buat kek lapis tu …

Bahan-bahan
1.    8 biji telur (Size B)
2.    250 gm gula kastor
3.    2 sudu teh ovalette
4.    250 gm tepung kek
5.    2 sudu teh esen vanilla
6.    100 ml susu (sejat boleh, segar pun  

       bolehlah)
7.    150 gm butter – cair dan sejukkan
8.    200 gm buah beri campur
9.    Pewarna ikut suka hati nak yang mana


Cara-cara
1.   Pukul bahan 1 – 5 dengan kelajuan tinggi
      sehingga adunan kembang dan ringan
2.   Masukkan bahan 6 & 7 dan pukul sekejap 
      lalu bahagikan adunan kepada 3 bahagian
3.    Biarkan satu bahagian warna asal dan dua lagi 
      campurkan pewarna yang korang suka
4.   Griskan Loyang kek 7” atau 8”, alaskan dengan 
      kertas kaca atau plastik
5.    Tuangkan separuh daripada salah satu adunan 
      kek dan taburkan beri campur di atasnya lalu 
      kukus sehingga masak (10 – 15 minit)
6.   Selepas itu tuangkan separuh lagi adunan 
      berlainan warna dan taburkan beri campur 
      di atasnya dan kukus hingga masak (ulangi 
      proses ini sehingga semua adunan selesai)
7.   Untuk lapisan yang ke 5, habis kan ke semua 
      beri campur – dan akhir sekali tuangkan lapisan 
      ke 6 untuk  menutupi keseluruhan beri tersebut.
8.   Kukus hingga masak… biarkan sejuk barulah keluarkan dari Loyang kek, potong dan hidangkan.


** TaaDaaaa **


p/s : dalam kesakitan hati dan berimaginasi nak meramas beri nak kasi staff Giant cekik tu... 
last last aku memang ramas jugak .. kalau korang perasan  dalam gambar pertama 
tu ada satu mug air, tu ler air ramasan lebihan beriyang aku masak bersama teh lipton .. 
Sedap gak!  Sambil makan kek tu habis la jugak se'jug' air teh beri!



Thursday, 6 February 2014

Kek Kukus Lapis Vitagen (Vitagen Steamed Layered Cake)



Gawd! A year passed since the last time I made any cake. Even felt that my hand was too stiff to even sieve the flour. But yes! The end result was not disappointing.  And it’s all gone in two days.  Thank you Kak Lynn for giving me the expression that it was delicious (not to mention that half of the cake is consumed by you!  And stop pointing that finger telling that I’m responsible for the reason that you have to change your wardrobe to one size bigger!)

            I remembered that Layered Cake is one of the popular desserts during Hari Raya.  Yes, sold that a lot during raya.  But with too many demands I could not possibly doing it and cater for all, thus I’m sharing this recipe so that you guys can make one, or lots of them and save a lot of your cash (but not the time though).

Ingredients
1.   500gm butter
2.   250gm castor sugar
3.   10 eggs
4.   150 ml plain yoghurt
5.   300 gm flour sift together with
6.   2 teasp baking powder
7.   30gm milk powder
8.   150ml vitagen (apple flavour)
9.   150ml vitagen (grape flavour
10. few drops of green colouring
11. few drops of purple colouring

Here is how
1.   Cream butter and sugar until creamy
2.   Add eggs one by one, beat well after each
      addition
3.    Fold in sifted flour and baking powder
4.   Add in milk powder
5.     Add in yoghurt
6.     Divide mixture into two portions
7.     Add Apple Vitagen and green colouring and 
      Grape Vitagen and purple colouring on the 
      other
8.     Grease the base of cake tin.  I used 7 inches 
      cake tin ( you can also use 8 but the cake will 
      be slightly shorter)
9.     Spread a thing layer of purple mixture and 
      steam for about 7 minutes
10.  Add another thin layer of green mixture and 
      steam for about another 7 minutes.
11.  Repeat the process until all the mixtures are used up

Note : If you’re not sure on how much to steam for each layer, you can use a measuring cup.  Pour about 125 – 150 ml for each layer.  I made mine double of that measuring cup guide, that is why when you look at the picture at the bottom, each layer is quite thick.  Remember, the thicker the layer goes, the cooking time to steam needs to be increased. Also make sure you check that the layer is already cooked before pouring the next layer. The flavours can be changed to your liking too!




Friday, 11 February 2011

CupCake Untuk Ebad!


Last week, En. ebad from Telekom Malaysia, order cupcake tuk family makan-makan. Seperti biasa, cupcake nih aku memang urang expert. Dari segi rasa memang ok, tapi dari segi presentation and decoration memang aku kena struggle. Memandangkan aku nih dah tua kerepot, my creativity seems to jump out the window long ago. Tanganpun dah keras kejung, macam kayu cengal, so susahlah nak melentik tuk membuat deco2 yang (masa buat decoration aku selalu terfikir, kalaulah aku dapat formal training, dah pasti all these jadik makanan aku)

Anyway aku jual this type of cupcake at RM 1.80, and guys, kalau korang nak recipe, just let me know ok? Sekarang ni tak sempat nak sertakan kat sini... a little tied-up with some projects at the moment. Insya'Allah, kalau ada kelapangan aku akan sertakan k?

Tuesday, 8 February 2011

Hayyan is 5 yeay!!!


Honestly, I never liked birthdays. It often reminded me of my lost years. I don't mind aging provided it come with lots of wisdoms. When I was a small kid, my siblings used to host my birthday party that dalam 'keterpaksaan' I had to smile. But when I grow old, I normally elope on my birthday to some place that nobody knew. Tapi today, we're not going to talk about my birthday but Hayyans'

Ms Nadia; Hayyan's mom who worked at IIC order dengan aku Banana Chocolate Cake and knowing that her son is a fan of superheroes, she requested supaya aku boleh accomodate to Hayyan's interest. Tapi, memandangkan aku nih tak berapa bertauliah, not to mention the turntable yang aku masih belum beli (mesti kena seranah dengan Moon nih kalau dia baca), kami pun decidela tuk buat Ben 10. to order that edible image, kenala amik masa sikit, so I ordered the simple one. I thot based on that black and white picture, the image looks fine. Tapi, bila dapa aje, it's much too plain to excite even a small kid like Hayyan.

Being me yang masih belajar tips & tricks of cake baking, akupun tidak lah pulak di turunkan idea oleh yang maha kuasa tentang bagaimana nak membuat image tu nampak more appealing and interesting, melainkan menambah 'decor gel' jer. So, the photo was taken from Ms Nadia's blog.

to Hayyan - have the most wonderful Birthday! tapi kena skiplah uncle punya cake yang tak semenggah tu yer?? and to Ms. Nadia, thank you for supporting MyKuihStory..

Saturday, 8 January 2011

Vanilla Cup Cake

Semalam masa sembang sembang ngan kenalan baru, Shikin, Naff and Elle, aku ada bagitau that I have a food blog here in blogspot. They were asking if I’m doing cup cakes and told them that I did. Balik rumah, browsing through my thousands of photo collections and found this. Aku rasa, this is the simplest recipe that I have and would like to share it with my blog readers.


Vanilla Cupcakes

290gm self raising flour
250gm butter
210gm castor sugar
2tsp vanilla essence (or any other desired flavour)
4tbsp fresh milk
4 eggs (B size)

Method :-
Beat eggs and sugar till light and fluffy
Add in butter and beat until incorporated
Add vanilla
Add flour underlow speed
Add milk
Transfer to paper or soufflé cup
Bake at 180 degree celcius for 15 - 20 mins)

p/s : the best thing about this cupcake recipe, pukul gula dan telur dulu sampai ringan dan kembang.. lepas tu, tak kisahlah nak taruk apa dulu. Tetap akan menjadi.

Aku tak buat topping pun for this one, tapi sprinkled some chocolate chips and chopped walnut supaya benda alah ni tak nampak terlalu plain. Surprisingly, when I made this on Raya Eve, first batch tu habis malam tu jugak. All of my nephews and nieces cakap sedap. Even my mom yang tak makan kek pun bedal beberapa biji, sampaikan kakak ipar siap tapau bawak balik. Dapat jugak bagi mak Adan a few pieces, the next morning.. habis licin. Hehehe.

Gambar this one aku buat guna muffin punya cup sebab nak banyak sikit isi kandungnya..hehe (tamakkan?)








Sunday, 2 January 2011

Kek Lumpur Coklat Di Tahun Baru

Happy New Year to all my blog readers and everybody that happens to drop by at this page whether intentionally or unintentionally (Cewahhh mcm president of the United Statesla pulak kan?) Sah sah sat lagi aku kena bom ngan Osama. Hehehe.

I’ve written one entry earlier on tapi belum post lagi... tapi since this one is more appropriate to begin with (2011), aku rasa aku post yang ni jerla dulu.

Since 2005, every new year means another year older for En. Ahmad Bakhtiar Bin Abdul Majid, who happens to be my ex-housemate, merangkap one of my bestest of friends. Though he always complaint that every birthday susah dia nak celebrate, because everyone else is busy celebrating New Year, I’ve never forgotten to wish him, though from afar. Memandangkan tahun ni dia dah balik semula ke Malaysia, aku decided to bake him cake yang dia missed when I was baking it sebab he was in Hong Kong; CHOCOLATE MUDCAKE. It was a simple basic cake, tapi Adan loves it so aku rasa, cake ni boleh tahanlah... sementelah lagi si Adan ni is always fussy about food. Not fussy fussy... tapi extreme extremely fussy!! Duhhhh! Kadang-kadang character dia ada gak sama macam Chef Four Seansons Hotel si Lynn tu. So bila dia suka, maksudnya cake ni memang sedaplah!! I would like to share this recipe with the blog reader... mana mana yang rajin nak buatlah, and if happens that you guys buat kek ni, boleh la bagi feedback ya? Kalau nak tempah ngan aku boleh juga... RM 55 sebijik.

Bahan-bahan:

250gm mentega (Untuk kek ni, aku lebih suka guna planta)
200gm dark chocolate (yang ni terpulang pada korang, aku guna collata compound dari Indonesia, korang boleh guna jenama lain, namely van houten ker atau apa apa jela)
1 sudu makan Nescafe
250ml Susu Segar (Kalau tak der, korang nak gantikan dengan air pun boleh)
220gm Tepung naik sendiri (Kalau korang guna tepung gandum biasa, jgn lupa campurkan soda bicarbonate and baking powder
180gm Gula Halus
50gm Serbuk koko
2biji telur (saiz A)
1sudu kecil Essen Vanilla



Untuk Topping :
1 sudu makan mentega
200gm dark chocolate
200gm heavy cream

Cara-cara:-

Sapu mentega pada Loyang pembakar dan Alaskan dengan kertas minyak.

Satukan mentega, coklat yang dicincang, nesacafe, susu/air ke dalam periuk atau kuali. Kacau gunakan api perlahan sampai semuanya cair. Sejukan dalam 15 minit dan masukkan dalam mixer

Tambahkan gula halus dan pukul sehingga sebati. Tambahkan tepung naik sendiri dan serbuk koko yang telah di ayak, kemudian telur yang dipukul sedikit dan vanilla. (Jangan buat benda ni masa sebatian chocolate masih panas yer takut nanti telur masak dulu. Hehehe.)

Transfer adunan kedalam Loyang dan bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 1 jam, atau bila korang cucuk dengan kek tester tu, the tester come out clean. Kalau tak der ko lightly press atas kek tu, bila dia bounce back, maksudnya kek tu dah masak la.

Keluar kan kek dan biarkan sejuk.
Tuk buat topping :-

Cairkan mentega dalam kuali dengan api sederhana, masukkan gula, chocolate/serbuk koko, garam. Adunan akan menjadi pekat dan berbintil bintil.

Satukan thick cream dan Nescafe, bancuh sehingga licin dan campurkan dalam adunan coklat. Kacau hingga sebati dan gula hancur. Jangan sampai menggelegak.

Sejukkan pada suhu bilik dan bolehlah di curahkan ke atas kek tadi.. kalau cair sgt, masuk fridge sekejap, and kalau termasuk lama sgt kat dlm fridge masuk plak dlm microvave oven dalam 20saat… begitulha seterusnya sehinggalah Abg Jamil MAMPUSSS!!! Eh, mcmana dialogue cerita Madu 3 boleh termasuk kat sini pulak!!

Selamat Mencuba!


Happy New Year and Happy Birthday to En. Ahmad Bakhtiar...

Tuesday, 30 November 2010

One Mans' Disaster, another mans' pleasure!

Dah lama aku amik gambar kek yang aku buat ni sampai terlupa langsung yang aku sepatutnya post kat blog. Semalam, aku jumpa gambar ni masa sibuk sibuk buat spring cleaning untuk ‘notebook’ aku yang sangat sangat kecil nih (bukan dari segi saiz jer, tapi memorinya jugak sama kalau nak di bandingkan dengan pemilik dia yang sekarang ni, nak masuk pintu bilik pun hampir hampir tak muat!).

Taken on the 4th November 2010 bila Pensyarah IIC nak buat Belated Birthday untuk anak dia. Rasminya, ramai tau yang aku ni bukan le expert sangat hal hal yang berkaitan dengan pembakaran kek dan dekorasi yang grand grand. Jadi inilah hasilnya yang tak berapa semenggah(Bak kata one of the blogger yang rapat dengan aku). Memanglah aku tak puas hati bila first aku hantar tu... especially bila aku buat chocolate topping dia yang tak cukup nak cover sampai bawah kek. Memandangkan aku ni amat kesuntukan masa (sebab on the same day ada order untuk catering for 30 paxs), aku terpaksa touch up dengan chocolate whipped cream. Jadi kalau korang tengok bahagian bawah yang agak messy tu... haaaa itu ler kerja aku (yang hingga saat sekarang, masih belum beli turntable walaupun lately, order untuk kek dah agak kerap, sampai Moon pun ada tanya samada aku dah beli ke belum turntable tu). Masa nak hantar tu, agak tak berapa happy la jugak, takut customer tak puas hati. (Tapi anak buah aku cakap, dia lebih prefer that way, sebab kalau benda tu perfect, tak la nampak home-made kan?). Walaupun ada kebenarannya, aku tetap tak puas hati!! (at that point of time la)

Tapi akhirnya, aku terima berita yang agak membuatkan hati aku kembang bila dapat sms dari kawan aku yang introduce client tu kat aku... gambar kat bawah ni is self-explanatory. Enjoy!!

Banana Chocolate Cake



Friday, 25 June 2010

CupCake

Serasanya, dah dekat 2 tahun aku tak membuat cupcake. Dah hilang my touch! Tapi the other day, bila aku browse blog Kak June and tengok cupcake dia.. aku rasa teruja la pulak. Jadi untuk memuaskan (bukan nafsu yer), tetapi ke’gatalan’ tangan aku, aku pun buatla pagi tadi. Tapi tak derla pulak aku buat yang tersangatla cantiknya macam Kak June punya sebab aku tak der gum paste. Jadi aku cuma decoratekan dengan menggunakan buttercream. Consistency buttercream aku pun tak la berapa tepat sangat.. tapi since aku dah buat, let me present to you.. my Cupcake.. The Flower Bouquet (Dalam Hati Ada Taman)..

Kalau aku jual yang menggunakan Buttercream ni per piece is RM 1.80, kalau yang menggunakan Chocolate Ganache is RM 2.00. Kalau pakai fondant atau Sugar Craft RM 2.20 per piece. Tapi limitation dia is only up to 2 designs sahaja. Korang kena bagila idea pada aku mcmana yang korang nak.. Kalau korang nak design yang bermacam macam, charge dia will differs..




Using a very simple recipe really..

Fresh from the oven
Tengah syok menyapu buttercream


A Flower Bouquet
Rose Banyak kelopak and kekwa daun lebar.. haha

Thursday, 10 June 2010

Chocolate Cake

Chocolate Cake? This is the most common cake and I guess almost everybody who learns to bake will start with this first. I don’t fancy chocolate cake, not even chocolate. The only chocolate that I’m madly in lust with is Cherry Ripe from Australia that come with a coconut filling. (So kampung kan?)

Last night, we had a guest who came for a visit and it’s his birthday. So, somebody suggested that I bake this chocolate cake for a small celebration. I’m lucky that almost every ingredients are already in the refrigerator.. so, there’s no need to rush over to the store to do some last minute shopping.
Adan used to make a lot of this during Hari Raya. Well, if you guys feel like you want to indulge in this beautiful sin, you can place order (at least give 3 days in advance), and the price is RM 40.00.



Chocolate cake in the process:-





That carnation pun has to be in chocolate colour sebab aku malas nak buat buttercream.



Ni setelah dipotong and ready to consume..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...