Banyak ‘repeat order’ for this menu item, tapi
rasanya kena lah tunggu lepas raya baru boleh tunaikan permintaan pelanggan
pelanggan MyKuihStory. Sekarang ni
Abang Ross you all terpaksa bermastautin kat kamoung halaman Mersing untuk beberapa bulan
sebab nak menyudahkan beberapa projek baru kat sini. Insya Allah, bukan sebab
tamak, tapi dekat dengan Mak .. jadi boleh la manja manja lebih sikit beberapa
bulan ni. Duduk kat kampung ni
sangat seronok, bangun subuh-subuh macam bangun kat Cameron, sejuk ya Rabbi!
Bila siang pulak macam kat Gurun Sahara, panas yaaa ampunnn… hahaha. Apapun rasa sangat nostalgic bila
nampak a lot of familiar faces.
Ada beberapa orang juga yang sangka aku ni masih umur 30 tahun bila terserempak
kat kedai runcit dekat dengan rumah.
Yelah, tak salahkan dia orang, tapi aku ni umur 15 tahun dah keluar dari
Mersing, bersekolah kat tempat lain.
Kalau balik kampung pun lebih banyak terperap atas riba mak bapak. Lagi satu aku ni anak bongsu dan family
serta kawan kawan rapat family semua panggil aku adik. Agaknya sebab tu walaupun usia dah nak
menjangkau titian separuh abad ni, orang masih menganggap aku ni kecik atau
muda lagi.
Back to our recipe, hidangan ni adalah
salah satu menu yang pernah aku jadikan item untuk delivery services. Reviewnya sangatlah memberangsangkan.
Sampaikan beberapa orang yang sama order berkali kali. Ada yang sanggup buat majlis makan
makan guna menu ni. Bagi aku
pulak, buat menu ni bila malas nak memasak guna rempah ratus yang
complicated. Apapun, personally
aku suka juga makan nasi ni dan ayam teriyaki serta sawi celur tu. They compliment each other!
Sekarang jom masak nasi!
Bahan-bahan (Untuk Nasi):
6 sudu butter
20 ulas bawang putih (cincang kasar)
1 kg beras Siam wangi (kalau boleh guna cap Naga Mutiara)
1200 ml air
Daun Ketumbar dan daun bawang untuk hiasan
10 gm garam
6 sudu butter
20 ulas bawang putih (cincang kasar)
1 kg beras Siam wangi (kalau boleh guna cap Naga Mutiara)
1200 ml air
Daun Ketumbar dan daun bawang untuk hiasan
10 gm garam
Cara-cara:
Di dalam kuali atau periuk, cairkan butter dan goreng bawang putih sehingga keperang-perangan kemudian angkat dan toskan di atas tuala kertas. Biarkan minyak yang telah di 'infuse' kan dengan rasa bawang putih di dalam kuali.
Masukkan beras yang telah di basuh ke dalam kuali dan gaulkan sehingga minyak rata
Alihkan beras ke dalam rice cooker, tambahkan air dan garam
Setelah air mendidih kacau sekali, kemudian tutup semula dan biarkan sehingga masak.
Taburkan daun ketumbar dan daun bawang serta bawang putih yang telah di goreng tadi ke atas nasi.. Siap untuk di hidang.
Sawi celur
Panaskan air di dalam periuk
Campurkan sesudu garam dan sesudu minyak
Celur sehingga layu dan sedia untuk di hidang
Terriyaki Chicken (Shiny grilled Chicken)
Nota : Sukatan yang saya gunakan ini adalah untuk dua ketul chicken
thigh yang saya telah buang tulang (debone). Jadi kalau masak nasi se kg tu, kena la buat dua tiga
sukatan yer. Tapi untuk ayam
teriyaki ni sangat mudah jadi tak perlu risau, ianya tak lah berapa renyah. Saya guna bahagian peha sebab ianya
lebih lembut dan juicy. Tapi anda semua boleh guna mana mana bahagian ayam yang
di sukai
Bahan-bahan:
2 bahagian peha ayam yang telah di buang tulang
1 sudu minyak makan untuk menggoreng
Bahan-bahan:
2 bahagian peha ayam yang telah di buang tulang
1 sudu minyak makan untuk menggoreng
Bahan sos:
2 sudu makan kicap soya
1 sudu makan cuka
3 sudu makan jus anggur (kalau x ada boleh substitute dengan air biasa jer – tapi lebihkan gula sikit)
1 sudu makan gula
boleh tambah 1 sudu teh halia cincang atau 1 sudu teh bawang putih cincang. Jangan taruk terlalu banyak nanti rasa dia over powering
Cara-cara:
Panaskan kuali non-stick dengan sesudu
minyak
letakkan kepingan ayam (bahagian kulit di bawah) dan goreng dalam lingkungan 7 – 8 minit (kalau boleh tutup kuali), kemudian balikkan dan goreng lagi sekitar 3 – 4 minit (jangan goreng terlalu lama – ini akan membuatkan ayam tidak berapa bersari (tak juicy).
Angkat ayam dan toskan di atas tuala kertas.
Lapkan kesan minyak di dalam kuali dan tuang semua bahan sos
Biarkan ia merenih dan pekat .. kemudian masukkan ayam dan balik balikkan supaya meliputi ke serata bahagian ayam
Biarkan sekitar 1 atau 2 minit kemudian angkat
Biarkan seketika, kemudian potong dan sedia untuk di hidang
letakkan kepingan ayam (bahagian kulit di bawah) dan goreng dalam lingkungan 7 – 8 minit (kalau boleh tutup kuali), kemudian balikkan dan goreng lagi sekitar 3 – 4 minit (jangan goreng terlalu lama – ini akan membuatkan ayam tidak berapa bersari (tak juicy).
Angkat ayam dan toskan di atas tuala kertas.
Lapkan kesan minyak di dalam kuali dan tuang semua bahan sos
Biarkan ia merenih dan pekat .. kemudian masukkan ayam dan balik balikkan supaya meliputi ke serata bahagian ayam
Biarkan sekitar 1 atau 2 minit kemudian angkat
Biarkan seketika, kemudian potong dan sedia untuk di hidang
Nota : saya tak ada amik gambar individu
untuk hidangan ni, saya amik gambar masa buat delivery hari tu aje sebab tak
sempat.
Kena ada buah-buah juga macam dlm gambar baru ngam:)
ReplyDeleteKakak nak cubalah nampak menyelerakan betul.
Asrama anak kakak di Mersing tak ada air sampai dia rasa nak balik sekolah di JB. Kesian bebudak semua susah hati. Anak kakak baru 13 tahun aje tau.
Air akan di catu mula pada 21hb Kakzakie..
DeleteKesian budak budak yang duk asrama, mesti tak selesa.
Anak akak belajar di mana? MRSM ke Integrasi? Ke Politeknik? Haaa banyak pulak tanya.. haha
Kalau MRSM ngan integrasi dekat sgt dengan rumah saya.. budak budak tu kalau pergi solat Jumaat, memang akan lalu depan rumah saya. Masjid dengan rumah saya selang tiga buah rumah aje
Assalamualaikum
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga makin bertambah maju bisnes en.rosdi..wpun bermula skit2..Inysaa Allah lama2 jdi bukit org tua kata..serononya duk kat kpung..
Aaamiin Maz, doa doakan juga yer? Aidilfitri tahun ni Maz balik ke Malaysia ke?
Deletewahhh..kalau akak mmg fail bab2 masak mcmm ni...kena serahkan pada anak dara chef tu..
ReplyDeleteHaha .. bestnya kak Kamsiah.. mesti best ada Chef dalam rumah kan? ehehe.. berapa lama lagi anak akak belajar?
DeleteAssalam Rosdi,
ReplyDeletewow nasi bawang putih.something different for me..
bolehlah dicuba nanti..besides ayam teriyaki ayam masak apa yang kena dgn nasi ya?...
seronoknya duduk kat kampung...betul tu..pagi2 kat kampung memang sejuk..dah tengah hari panasnya bahang berapikan..
Dulu kecil2 selalu juga balik kampung time arwah atok nenek ada lagi..sekarang dah jarang dah balik... rumah pusaka pun sepupu yang duduk lain lah rasanya bila arwah2nya dah tak ada..
Assalam Ayu,
DeleteBagi saya, nasi ni kalau dengan masakan berkuah tak ngam sangat, jadi mungkin boleh masak blackpepper atau roasted type of dish .. mostly sesuai dengan ayam atau kambing..