Sebelum Aidilfitri melabuhkan tirai untuk
sesi 2014, aku dan rakan rakan sempat jugak mengadakan jamuan untuk meraikan
kaum keluarga dan sahabat handai sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah kerana
memberikan kami kesihatan dan kesempatan untuk menjalani Ibadah puasa dan
mengecapi nikmat menyambut Syawal untuk yang kesekian kalinya.
Seronok tak terhingga bila dapat berkumpul,
bercerita dan bergurau senda memandangkan kami jarang dapat kesempatan yang
macam ni. Segala penat lelah pun
tak terasa. Untuk yang sudi
meluangkan masa dan memeriahkan majlis, aku ingin mengucapkan berbanyak banyak
terima kasih. Juga pada yang
membantu harap harap jangan serik ye?!
Alhamdulillah, tahun ni semuanya kami buat
sendiri. Dari juadah utama, sehinggalah ke pencuci mulut dan kuih raya. Dalam riuh rendah majlis, ada juga yang
bertanyakan resipi kuih Bingka Telur, Seri Muka dan Puding Kenyal yang aku
buat. Memandangkan ada juga mengambil
gambar sekeping dua, dapatlah jugak aku selitkan untuk buat entry dan resipi
kat sini. Selain untuk pembaca
blog, boleh juga untuk rujukan sendiri di kemudian hari.
Bingka telur ni ala-ala kuih bakar. Ada tekstur yang lembut dan rasa seakan
akan ‘vanilla custard’ dan campuran rasa daun pandan yang lemak manis. Pada majlis tu, kuih ni yang habis
dulu. Tapi buatpun tak lah banyak, dalam 100 biji.
250 gm tepung gandum
6 biji telur
230 gm gula pasir
10 gm garam
900 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu minyak makan
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu makan pewarna kuning
Cara-cara:
6 biji telur
230 gm gula pasir
10 gm garam
900 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu minyak makan
1 sudu makan esen vanilla
1 sudu makan pewarna kuning
Cara-cara:
kisar semua bahan di atas dan tapiskan
adunan
lengser loyang 10’ x 10’ dengan minyak atau mentega
tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar di dalam oven 180 darjah celcius selama satu jam
biarkan sejuk barulah dipotong
lengser loyang 10’ x 10’ dengan minyak atau mentega
tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar di dalam oven 180 darjah celcius selama satu jam
biarkan sejuk barulah dipotong
Senangkan cara buat dia?
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera
bai, congrats. you are the best tau.
ReplyDeleteapa pun, i missed your kuih!!
Assalam Rosdi,
ReplyDeletewah bukan main berseri2 lagi jejaka2 dalam gambar tu..
menu pun nampak sedap walau simple..
kalau dekat nak juga rasa ...hehe...;)
sekali pandang,saya ingatkan kuih bingka...rupanya bingka telur..bahan dan caranya pun mcm buat kuih bingka biasa kan..
ReplyDelete