This time dah tak boleh nyanyi lagu
Impossible from Cinderella the musical sebab dah nyanyi masa buat talam labu
hari tu. Lagipun dah dua hari hujan turun tak berhenti, karang langit tambah
lagi tiga hari. Mau banjir kampung ni! I'm not complaining sebab aku sangat sangat sukakan
hujan. Masa remaja dulu, pernah
bercita-cita nak bermastautin di Seattle sebab kat sana hujannya adalah 9 bulan
dalam setahun. Tapi hajat tak
kesampaian sebab tak ada company mat salleh kat sana yang nak amik aku yang
gemuk pendek ni bekerja ngan dorang.
In the year 94, aku dapat offer untuk
sambung pengajian dalam bidang Finanace and Accounting di University of East
London dan University of Cariboo kat Canada, pun tak pergi jugak. First, tak pernah fancy London, 2ndly
kat Cariboo tu course-nya 4 tahun
and JPA only kasi study loan for 2 years. Yelah, jadi budak kampung yang tak
pernah terdedah dan tau hal-hal dunia luar ni, little did I know that boleh
bekerja part-time kat sana to finance the living. Lagipun, guru-guru aku zaman dulu, tak ada pun yang bagi
info atau suggestion about this thing.
Maaf, bukan nak salahkan mereka, sekadar bercerita sahaja. Dah namanya tak der rezeki ke sana kan?
Pernah arwah ayah bagi cadangan untuk jual
tanah yang dia ada untuk menampung pengajian aku kat Overseas, tapi aku tak nak
tertekan dengan situasi yang aku harus berusaha untuk cemerlang memandangkan
ibu bapa terpaksa bergolok bergadai demi mengisi pengetahuan yang tinggi untuk
aku. Tapi… the actual reason is …
aku tak pernah minat Accounting, cuma dah di takdirkan untuk terjebak dalam
kancah kira kira ni.
Masih teringat lagi saat aku nak masuk ke
tingkatan empat lepas keputusan SRP keluar, merayu rayu nak masuk ke kelas
sastera sebab aku minat dengan bahasa.
Dua tiga kali jugaklah turun naik berjumpa cikgu yang berbeza beza demi
memperjuangkan minat aku yang satu ni.
Malangnya nasib tetap tak menyebelahi aku, langsung terlantar di aliran
sains social yang mana perakaunan adalah teras utama. Terus minat untuk belajar aku luntur. Pernah tak masuk kelas sampai dua
bulan. Tapi Allah s.w.t tu maha kaya, masa amik keputusan SPM (tu pun arwah
ayah aku yang amik), aku masih dapat keputusan yang baik (Pangkat 1) jadi
semangat tu timbullah sikit. Masa isi borang UPU (tu pun kawan yang tolong
isikan), aku mohon untuk masuk ke Unit Bahasa di Universiti Malaya, pun tak
dapat.
Bulan March tahun 92, dapat panggilan untuk
menyertai kursus Pengajian Perniagaan di Politeknik Ungku Omar. Tapi tidak teruja, namun memandangkan
wajah arwah ayah yang berseri-seri, aku tak mampu untuk tolak, lalu bulan June
92, aku pun mulalah berkampung di Ipoh. Come July 92, terima lagi satu tawaran
dari Universiti Islam Antarabangsa untuk buat BEN (Bachelor of Art in
English). Sekali lagi arwah ayah
offer, kalau aku nak terima, dia ok aje.
Tapi memandangkan baru jer dia banyak berhabis duit untuk aku masuk
Polytech ni, aku cakap tak per, lepas habis kat Ipoh mungkin aku boleh
re-apply. Tapi bila dah tamat
pengajian, semua local U tak dapat, melainkan Overseas … dan memandangkan yang
Overseas pun kursus Accounting jugak, idoklah aku berhajat untuk sambung. Terus mintak kerja, pun Bank yang
panggil… Adoiiii…. Tak boleh lari jugak.
Hmmm yang last2 ni aku cut short jer, karang entry ni jadi biography aku
pulak. Apa, ingat aku ni Tun
Mahathir?
Back to this Pizza labu, sebelum
mengexperiment benda alah ni, terpikir jugak ok ker? Labu tu kan lemak manis?
Macam tak go jer untuk di buat pizza.
Tapi bila dah siap, semua kesangsian dan kerisauan terjawab. Sedapp!! Malangnya buat sebijik pizza
jer, takut tak ngam. Dough pizza
tu simpan dalam freezer yang semalam punya, masa buat pizza biasa untuk family
tea-time gathering. Nak simpan dua
tiga bijik takut tak sesuai buat pizza labu ni. Last2, dapat rasa sorang sikit jer.
Bahan-bahan:
Untuk pizza dough boleh rujuk resepi saya
sebelum ni (Click disini),
kalau tak suka herbs tu boleh di kecualikan. Yang lain lain sama jer. Crustnya boleh buat 4 medium size pizza, tapi untuk topping
kat bawah, cuma untuk satu pizza jer, jadi kalau nak buat 4, kena gandakan 4
kali lah yer bahan bahannya.
200 gm labu (rebus atau kukus dan lenyekkan
sampai hancur)
1 biji bawang Holland (dadukan)
2 ulas bawang putih, cincang
1 sudu gula
½ sudu teh thyme (kalau dapat yang fresh, mungkin rasanya lagi sedap)
lada hitam atau lada sulah secukup rasa
secubit garam (jangan banyak sangat sebab nanti parmesan cheesenya dah cukup
masin)
½ cawan parmesan cheese
½ cawan mozzarella cheese
2 sudu makan minyak zaitun
Cara-caranya:
Panaskan oven pada 200 darjah celcius
Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun dengan api sederhana dan goreng sehingga
bawang lutsinar dan naik baunya
Taburkan gula dan kacau lagi
Masukkan bawang putih dan lada hitam lalu di kacau sebentar
Didalam bekas lain satukan labu, parmesan
dan mozzarella cheese lalu di kacau sebati, tuangkan bahan bahan goreng, gaul
rata dan sapukan di atas pizza dough
Bakar sekitar 15 minit dan sedia di hidangkan
-->
Kalau korang baca entry ni sampai habis,
mesti korang terpikir … dari kecik amik jurusan Accounting, bila besar jadi
tukang masak. Kenapa? Kau rasa???....
Ohhh... kakak ingatlah dough dia guna labu hihi... punyalah kakak ni tak pakar bab masak (malunya.. tunduk malu). Terus teringin nak rasa.
ReplyDeleteItulah dikatakan fated kalau dah memang specialist memasak walau bijak account dan teringin ke bidang sastera tapi chef juga yg terbaik:)
Salam akak.. Lady suke baca kisah biografi akak.. Trgn nk th kehidupan bljr zaman dulu2.. Nnti tulis deh.. Kepingin nk lalui.. Tp ldy lalui zmn teknologi.. Dah x sama dgn zmn dulu. Tenang.. Damai.. Mesra..
ReplyDeleteItu namanya tukang masak yang ada ilmu.... tak gitewww
ReplyDelete