Friday, 4 August 2017

Sambal Nasi Ayam Penyet

Bila terlebih rajin, mulala asyik sibuk nak menyelongkar dapur.  Pastu sibuk interview anak beranak nak makan apa sebab aku nak masak.  Kalau tak der suggestion mula la meroyan sampai kusut masai rambut yang tak sampai setengah inci ni. Bila time malas pulak, kena kecam sampai tujuh keturunan pun, tetap buat muka cute kucing puss in boots sambil kerdip kerdip mata mintak simpati.  Kadang-kadang tu buat buat pekak sedunia bila dorang request mintak masakkan apa apa.  Lesson of the day, belajar control the people around you and when you don’t need them, belajar being selfish! Haha.

Nasi Ayam Penyet ni pernah jadi menu lunch delivery masa kat JB.  The common problem bila buat menu ni ialah sambal tak pernah cukup. Semua orang mesti request sambal lebih.  Kalau zip lock bag yang 4’ x 3’ tu sampai tak boleh tutup.  Itu pun tak cukup lagi.  Most of the time buat this menu, mesti akan ada side-order tuk sambal sahaja.  Jadi, RM 30 – 40 tu untuk extra sambal.  Qedahnya, permintaan sambal lebih banyak dari nasi.  Orang JB ni kaki lada, jadi tak heran kalau ramai yang mulutnya lancang atau celupar.  Sebab tak takut kena cili. Hahaha.  Kadang kadang ada jugak yang sound. ‘janganla kedekut sangat sambal tu!’.  Cuba fikir, kalau sambal yang banyaknya sama dengan 3 ½ mangkuk sup nasi ayam tu tak cukup, banyak mana aku nak taruk?  Jangan sampai aku mandikan korang ngan sambal kang!  (eh eh! Relaks Ross … ni buat tuk cekik kedarah family, bukan tuk jual.  Jadi jangan stress stress ok?). Untuk geng geng yang pernah order dan pernah keluarkan kata kata yang mengguris hati tu jangan terasa yer?  Gurau gurau jer.  Aku pun tak amik hati, saja mengusik.  Seronok bila tengok orang enjoy apa yang aku masak.  Bangga pun ada jugak, kadang-kadang sampai rasa macam riak pulak.
Jadi, sempena bulan raya yang dah berlalu hampir seminggu ni dan aku pun tidaklah sibuk sangat.  Aku just nak share resepi Sambal Ayam Penyet ni.  Tapi nasinya tak derlah aku nak share resepinya.  Kalau setakat nak masak nasi putih pun nak tengok resepi, memang confirm Mak ngan Bapak Mertua hantuk kepala korang kat dinding!,

Apa yang perlu:

Sambal (resepi ni untuk lebih 20 orang makan – so korang boleh cut in half the resepi or buat makan for the rest of the week)

20 biji lada merah
10 biji cili padi

20 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 sudu besar belacan serbuk (boleh goreng belacan sendiri kemudian di tumbuk)
2 sudu besar ikan bilis halus (goreng hingga garing dan rangup kemudian tumbuk bersama serbuk belacan)
4 biji tomato saiz besar (potong baji)
Gula merah secukup rasa
Garam secukup rasa
6 biji limau purut (3 di ambil jusnya dan 3 lagi di belah 4 dan di hiris nipis)

Cara-cara menyediakan sambal :-

Potong kasar bawang, bawang putih, lada, cili padi dan goreng di atas kuali sehingga bahan bahan layu.
Masukkan tomato dan kacau sehingga semua bahan bahan empuk.

Di dalam mangkuk atau lesung batu, lenyekkan semua bahan sehingga agak hancur. (kalau malas tak hingatt, bolehlah blendkan, tapi jangan sampai jadi puri. Biar kasar kasar sikit, ataupun boleh gunakan food processor.
Kembalikan bahan yang telah di lenyek ke dalam kuali dan masukkan gula merah, garam dan ikan bilis tumbuk lalu digoreng semula sehingga naik aromanya.
Perahkan jus limau purut dan gaul rata.  
Tutup api, masukkan hirisan limau purut kemudian gaulkan dan sedia untuk di hidang

Nasi Putih (like I said, I can show you the way to hell kalau korang nak suruh share resepinya).  Anyway, kalau korang nak pergi the extra miles, korang boleh masak nasi dengan rempah tumis, gunakan butter dan air rebusan ayam.  But heck, aku kurang berminat dengan too many flavour profile in one serving.  Bagi aku one of the portion should be plain so that you can indulge the pure flavour of the other portion.  Maksud aku tak clash la kan?

Ulam-ulam (terpulang korang nak makan ulam apa – no rules no restriction).  Kali ni aku guna kacang panjang, kobis ungu, timun, salad dan tomato ceri

Tauhu 
Tempe

(korang boleh opt untuk just goreng, atau gaulkan dengan garam kunyit.  Macam aku pulak, aku gaulkan dengan jintan pedas, serbuk kunyit and garam pastu goreng)

Bahan-bahan untuk rebusan Ayam

1 ekor ayam di potong 4 atau 8 (guna ayam muda lebih sedap)

3 batang serai
Halia sebesar ibu jari
Kunyit hidup sebesar ibu jari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan pedas/jintan puntih
1 sudu besar lada sulah
4 liter air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan ayam :-

Campur kesemua rempah di dalam air dan panaskan sehingga menggelegak.
Masukkan ayam yang telah di bersihkan dan rebus sekitar 18 – 20 minit

Angkat dan toskan
Setelah ayam agak kering, panaskan minyak di dalam kuali. (pastikan minyak extra panas barulah masukkan ayam.  Proses ini sekadar untuk menggaringkan kulit  danmemberikawan warna kepada ayam.  Angkat dan penyet atau lenyek atau ketuk ayam sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan untuk sup;


You can choose to use your own method.  Suka sup yang macam mana.  The simpler the better.  As for my soup –

1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji bawang besar (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
3 hiris halia
2 batang serai (titik)
2 liter air rebusan ayam
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 sudu minyak

Cara-caranya :-

Panaskan minyak
Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih serta bawang besar, bawang putih dan halia dan kacau sehingga layu.

Tambah air rebusan ayam, serai dan panaskan sehingga mendidih
Perasakan dengan lada sulah dan garam

Note :  kalau korang nak ayam yang ada kriuk kriuk garing tu, bolehlah rebus ayam dahulu, kemudian blend kan rempah rempah yang lain, gaulkan dengan telur dan sedikit tepung beras. 



-->

Monday, 31 July 2017

Dry Curry Wingette (Kari Kering Kepak (tengah) Ayam)

Hari ni, pagi-pagi buta dah bertekak ngan kakak ipar aku bila dia suruh aku masak.  My usual remark will be ‘aku nak keluar jap lagi!’.  Lately, it almost became our usual daily battle.  Though I’m always on the winning side, today I suffer a terrible lost when my brother step in and asked me to prepare this dish!  My fault, because I made this a few weeks ago and he kinda like it.  My brother never fancies any food that has coconut milk in it. Unless it is dessert!  But he likes my curry.  It’s a doomsday conspiracy and I’m in the middle of it.  After much slaying each other, stabbing with some piercing words and such, I lost! Haha. 

I was taught this recipe about 15 years ago, but never once in my life made it in my kitchen until recently. Why? I’m not sure myself. Well, back to the cooking. When I give in, I don’t give it a 100 percent. I agree with the condition that they have to do the mis en place. I act solely as the cook! Yes! they don’t totally win do they?



 Let’s look at the how to :-

2kg wingette
1 kg of potatoes, peel and cut into chunks
½ cup of cooking oil
20 shallots (Slice thinly)
10 cloves of garlic (slice thinly)
a few slice of ginger
4 stalks of lemongrass (crush)
2 sticks of cinnamon
3 star anise
5 tablespoon of curry powder

1 tablespoon of chilli flakes or chilli powder
2 tablespoon of dark soysauce (this is just to enhance the colour, so you can leave this out if you wish)
1 ½ tablespoon of sugar
Salt to taste
Ajinomoto (MSG/Flavour enhancer) to taste
1 pack of coconut milk (or 1 grated coconut, blend with some water and strained to extract the liquid)


Method :-

Marinate chicken with some salt and ajinomoto for about an hour.
Heat up oil in a wok and fry the potatoes until fragrant and tender, lift and leave the oil in the pan
Sauté the shallot until fragrant
Add in the sliced garlic and ginger
Add in lemongrass, star anise and cinnamon until they both become aromatic
Add in the wingette and fry until the chicken halfway cook
Add in curry powder, chilli flakes and soy sauce.  Stir every once in a while.
Add in coconut milk, sugar, salt and ajinomoto to taste.
Let it simmer under slow heat till the chicken cooked through and the gravy thickens.
Add in the fried potatoes, stir for about 5 minutes or so.


Ready to serve!

Make sure lepas makan jangan gaduh gaduh!!

Thursday, 26 January 2017

Pizza Labu

This time dah tak boleh nyanyi lagu Impossible from Cinderella the musical sebab dah nyanyi masa buat talam labu hari tu. Lagipun dah dua hari hujan turun tak berhenti, karang langit tambah lagi tiga hari. Mau banjir kampung ni! I'm not complaining sebab aku sangat sangat sukakan hujan.  Masa remaja dulu, pernah bercita-cita nak bermastautin di Seattle sebab kat sana hujannya adalah 9 bulan dalam setahun.  Tapi hajat tak kesampaian sebab tak ada company mat salleh kat sana yang nak amik aku yang gemuk pendek ni bekerja ngan dorang. 

In the year 94, aku dapat offer untuk sambung pengajian dalam bidang Finanace and Accounting di University of East London dan University of Cariboo kat Canada, pun tak pergi jugak.  First, tak pernah fancy London, 2ndly kat Cariboo tu  course-nya 4 tahun and JPA only kasi study loan for 2 years. Yelah, jadi budak kampung yang tak pernah terdedah dan tau hal-hal dunia luar ni, little did I know that boleh bekerja part-time kat sana to finance the living.  Lagipun, guru-guru aku zaman dulu, tak ada pun yang bagi info atau suggestion about this thing.  Maaf, bukan nak salahkan mereka, sekadar bercerita sahaja.  Dah namanya tak der rezeki ke sana kan?

Pernah arwah ayah bagi cadangan untuk jual tanah yang dia ada untuk menampung pengajian aku kat Overseas, tapi aku tak nak tertekan dengan situasi yang aku harus berusaha untuk cemerlang memandangkan ibu bapa terpaksa bergolok bergadai demi mengisi pengetahuan yang tinggi untuk aku.  Tapi… the actual reason is … aku tak pernah minat Accounting, cuma dah di takdirkan untuk terjebak dalam kancah kira kira ni. 

Masih teringat lagi saat aku nak masuk ke tingkatan empat lepas keputusan SRP keluar, merayu rayu nak masuk ke kelas sastera sebab aku minat dengan bahasa.  Dua tiga kali jugaklah turun naik berjumpa cikgu yang berbeza beza demi memperjuangkan minat aku yang satu ni.  Malangnya nasib tetap tak menyebelahi aku, langsung terlantar di aliran sains social yang mana perakaunan adalah teras utama.  Terus minat untuk belajar aku luntur.  Pernah tak masuk kelas sampai dua bulan. Tapi Allah s.w.t tu maha kaya, masa amik keputusan SPM (tu pun arwah ayah aku yang amik), aku masih dapat keputusan yang baik (Pangkat 1) jadi semangat tu timbullah sikit. Masa isi borang UPU (tu pun kawan yang tolong isikan), aku mohon untuk masuk ke Unit Bahasa di Universiti Malaya, pun tak dapat.

Bulan March tahun 92, dapat panggilan untuk menyertai kursus Pengajian Perniagaan di Politeknik Ungku Omar.  Tapi tidak teruja, namun memandangkan wajah arwah ayah yang berseri-seri, aku tak mampu untuk tolak, lalu bulan June 92, aku pun mulalah berkampung di Ipoh. Come July 92, terima lagi satu tawaran dari Universiti Islam Antarabangsa untuk buat BEN (Bachelor of Art in English).  Sekali lagi arwah ayah offer, kalau aku nak terima, dia ok aje.  Tapi memandangkan baru jer dia banyak berhabis duit untuk aku masuk Polytech ni, aku cakap tak per, lepas habis kat Ipoh mungkin aku boleh re-apply.  Tapi bila dah tamat pengajian, semua local U tak dapat, melainkan Overseas … dan memandangkan yang Overseas pun kursus Accounting jugak, idoklah aku berhajat untuk sambung.  Terus mintak kerja, pun Bank yang panggil… Adoiiii…. Tak boleh lari jugak.  Hmmm yang last2 ni aku cut short jer, karang entry ni jadi biography aku pulak.  Apa, ingat aku ni Tun Mahathir?

Back to this Pizza labu, sebelum mengexperiment benda alah ni, terpikir jugak ok ker? Labu tu kan lemak manis? Macam tak go jer untuk di buat pizza.  Tapi bila dah siap, semua kesangsian dan kerisauan terjawab.  Sedapp!! Malangnya buat sebijik pizza jer, takut tak ngam.  Dough pizza tu simpan dalam freezer yang semalam punya, masa buat pizza biasa untuk family tea-time gathering.  Nak simpan dua tiga bijik takut tak sesuai buat pizza labu ni.  Last2, dapat rasa sorang sikit jer.

Bahan-bahan:
Untuk pizza dough boleh rujuk resepi saya sebelum ni (Click disini), kalau tak suka herbs tu boleh di kecualikan.  Yang lain lain sama jer.  Crustnya boleh buat 4 medium size pizza, tapi untuk topping kat bawah, cuma untuk satu pizza jer, jadi kalau nak buat 4, kena gandakan 4 kali lah yer bahan bahannya.


200 gm labu (rebus atau kukus dan lenyekkan sampai hancur)
1 biji bawang Holland (dadukan)
2 ulas bawang putih, cincang
1 sudu gula
½ sudu teh thyme (kalau dapat yang fresh, mungkin rasanya lagi sedap)
lada hitam atau lada sulah secukup rasa
secubit garam (jangan banyak sangat sebab nanti parmesan cheesenya dah cukup masin)
½ cawan parmesan cheese
½ cawan mozzarella cheese
2 sudu makan minyak zaitun

Cara-caranya:
Panaskan oven pada 200 darjah celcius
Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun dengan api sederhana dan goreng sehingga bawang lutsinar dan naik baunya
Taburkan gula dan kacau lagi
Masukkan bawang putih dan lada hitam lalu di kacau sebentar
Didalam bekas lain satukan labu, parmesan dan mozzarella cheese lalu di kacau sebati, tuangkan bahan bahan goreng, gaul rata dan sapukan di atas pizza dough
Bakar sekitar 15 minit dan sedia di hidangkan


-->
Kalau korang baca entry ni sampai habis, mesti korang terpikir … dari kecik amik jurusan Accounting, bila besar jadi tukang masak.  Kenapa?  Kau rasa???....

Monday, 23 January 2017

Kek Cermin Ibu Tiri Salju Putih

Maaf yer, tak der idea nak menulis. Jadi merapulah kito sekueknyo!! Agak frust sedikit kebelakangan ni  sebab tak dapat nak mengasah bakat membakar kek & pastri serta masak memasak sejak berkampung di Mersing ni.  Sebabnya, nak mendapatkan bahan bahan dan rempah ratusnya agak hazab.  Kadang kadang terpkasa tawaf wida’ beberapa kali seluruh Bandar Mersing demi mendapatkan sesuatu bahan.  Tu pun kadang kadang balik dengan tangan kosong jugak.

Teringat masa pergi Seminar Johor Berkemajuan yang di kendalikan oleh ahli panel yang rata-ratanya banyak indirectly ‘slam’ penduduk Mersing ni dengan label, ‘lemak’, makan nak ‘bersuap’, tak pandai ‘think out of the box’ and what not.  Bila belia Mersing ni ajukan soalan yang walaupun kita tau, agak tak berilmiah dan juga terlalu ke budak budakan, kita tak boleh straight away selar mereka dengan buat perbandingan dengan orang terdahulu  yang dah berjaya sekarang.  We can learn and inspire, melalui their success story.  But never compare! Berapa ramai hadirin yang hadir masa tu yang pernah keluar dari Malaysia, kalau tak bekerjapun, sekadar melancong.  Hanya segelintir, and yet, korang buat contoh tentang Negara-negara luar.  These people tak pernah pergi, and of course these people tak kan tau, not at least half the truth!

In one of the Q&A session, one of the panel siap cakap, If your District Officer boleh siapkan muzium in 7 weeks (tak berapa ingat the figure), I can finish Kilang Bateri in 5!  And the audience applauded kekaguman.  Tapi did they know what sort of Kilang bateri tu? And what is Museum?  Kalau compare the period, of course la ko menang .. tapi conceptualnya dan juga target audiencenya?  And I felt kesian, the makcik makcik and pakcik2 yang mengangguk2 dalam keterujaan mengagumi kehebatan kau – sedangkan, it is actually nothing!

You are talking about seizing the opportunity, of tourists that came flocking  here in Mersing, show our products, earn from them – jangan malas! And yet, pernah ke ko stroll along the beach and talk to them? I did! And what did I gather? Most of them pun backpackers, yang datang ke sini, kalau boleh nak tidur hotel budget yang harga RM20.  If they can’t get the price, they are willing to spend the night at the jetty or even bus station. Bukak mata!

Then you were talking about Information Technology, where according to your brilliant mind, every bits and pieces of information is at the tip of the finger.  Make full use of it.  Tapi ko tau ke, berapa KM radius sahaja yang ada Unifi kat sini? Almost none.  Yang ada banyak pun cuma 1mbps.  By the time ko tunggu the information keluar, orang lain dah bertebaran sampai tengah laut.  Pulaknya, penduduk yang rata2nya berniaga dan cuba hidup kat Mersing ni adalah people of the 70’s and 80’s.  Berapa banyak lah tahunya? Just because you have all the luxury kat tempat ko, ko fikir orang lain pun sama.

Pernah ke korang menetap di sini, amik masa dan faham dengan sosio-budaya dan cara hidup orang sini? Faham dengan sifat mukabumi dan topografinya?  Pernah cuba menyelami dasar perhubungan dan jalinan komunikasinya?  Jika tidak, jangan datang mendabik dada membawa idea canggih dan berharap orang orang di sini realisasikan. Ini tidak adil … paling tidak, berusaha cuba menyampaikan idea dan mesej yang baik tersebut dengan lebih halus, jangan sentuh sentimen penduduk di sini.  Jangan menganggap kemunduran atau ketidak berhasilan penduduk di sini kerana kemalasan dan tiada keberusahaan mereka.  Spend their lives for years doesn’t make most of them an expert, how can you think by spending a few hours make you one?

Adoiii… tersedar pulak yang ni blog masakan! Gara-gara kecewa sebab barang tak der kan?  Sebenarnya berjanji dengan rakan Empower ECER Puan Norfizah kita nak upload recipe Mirror glaze ni.  Hari tu sepatutnya buatkan untuk Cik Anum Rajk untuk sambutan ulang tahun ibunya, namun malang bila kedai kek bagi papan kek yang salah, dan saya tak boleh fitkan dalam kotak.  Maka ada tersopak sikit, jadi tak sampai hati nak jual, maka .. jadi habuan untuk rakan rakan.  Yang kebiru2an sikit tu untuk kakak air merah.  Apapun terima kasih pada penyokong MyKuihStory dan sorry sangat2 untuk Cik Anum yer.

        

Untuk mirror glaze ni, keknya korang boleh ikut suka nak kek apa, tapi yang aku gunakan ni adalah chocolate mudcake yang resepinya korang boleh rujuk di sini : Kek Lumpur Coklat di Tahun Baru

Sebelum menyalutkan mirror glaze ni, kek yang korang buat mestilah disapu dengan ganache atau cream kegemaran masing masing. Sila pastikan cake disejuk bekukan lebih kurang 12 jam sebelum di gunakan.

Bahan-bahan untuk mirror glaze:
15 gm serbuk gelatin dan kembangkan di dalam 60ml air
200 gm gula
130 gm susu pekat manis
100 ml air
100 gm glucose syrup atau light corn syrup
200 gm White Chocolate/Chips
Pewarna

Cara-cara:

1.  Campurkan serbuk gelatin bersama air dan biarkan seketika sehingga ia mengembang
2. Campurkan gula, susu pekat manis, glucose syrup dan air kedalam periuk dan panaskan menggunakan api sederhana kecil sehingga merenih dan semua bahan larut
3. Setelah campuran gula dan susu mendidih tutup api dan campurkan gelatin yang telah kembang lalu dikacau sehingga sebati.
4. Tuangkan campuran gelatin terssebut kedalam mangkuk berisi white chocolate, biarkan seketika dan gaul sehingga semuanya coklat mencair dan sekata.  Kalau  ada immersion blender, boleh kisarkan, supaya tidak ada cebisan coklat yang tidak larut, atau boleh ditapis untuk memastikan semua coklat telah cair dan juga untuk mengeluarkan gelembung gelembung udara.
5. Setelah sebatian sejuk (lebih kurang 34 darjah celcius, tuangkan ke atas kek, dan tunggu sehingga glaze mengeras.  Sisipkan lebihan glaze di tepi kek dan boleh lah di alihkan ke atas papan kek dan hias mengikut kreativiti.


Yer, kreativiti kat Mersing ni pun terhad.. hahaha, sebab nak cari fresh fruit pun tak dapat.  Buah geduakkk banyakler!!


Nota dan tips
  • Untuk hasil yang lebih baik, buat glaze dan kek sehari sebelum digunakan.  Glaze yang di sejuk bekukan, di cairkan semula menggunakan kaedah double boiler atau kalau ada microwave oven, boleh di cairkan menggunakan microwave dalam beberapa saat, kemudian tunggu sehingga sebatian berada pada suhu bilik, barulah di tuangkan ke atas kek.
  • Letakkan kek di atas mangkuk yang lebih kecil, dibawahnya di alas dengan cling wrap atau plastik yang di alas di atas dulang untuk menampung lebihan glaze (untuk mengelakkan meja daripada comot dan banyak kerja pembersihan yang perlu dilakukan kelak)
  • Lebihan glaze boleh disimpan semula dalam peti sejuk beku, kemudian boleh digunakan semula.
  • Dari pengalaman saya (tak pasti tepat atau tidak), kalau gunakan white chocolate couveture, hasilnya lebih baik (tapi yaa ampuuuun, kat Mersing ni tak dok) 
  • Kalau ada pure glucose lebih baik sebab kandungan airnya adalah sedikit
  • Saya lebih suka menggunakan gelatin sheet (3 keping & 12gm)
  • Boleh menggunakan heavy cream untuk mendapatkan rasa yang lebih enak dan glaze yang lebih cantik (kalau ada yang berminat, resepinya saya share kemudian, resepi di atas dikhaskan untuk peminta resepi yang di Mersing ni tak der jual heavy cream… huhu)
  • Mirror glaze ni works wonderfully dengan mousse cake dan juga cheesecake
Tu je beberapa gambar aku amik masa process pembuatan kerana kemalasan tengah melanda. Lagi pun musim musim hujan ni lebih sedap bawah blanket daydreaming dekat Denari, Alaska.  Yer, target nak pergi ujung taun depan!

Wednesday, 18 January 2017

Ayam Percik (Kelantanese Style)




Ok, the other day kena gelak ngan Orang Kelantan bila aku berbual in their language.  It is understood and yes, that’s the best I can do! They are referring myself as ‘Siam Masuk Melayu’ (Converted Siamese) as they claim that the way I speak is too elusive.  Pedulik apa? Nenek belah bapak aku Siam, Tok belah mak aku pun Siam.. jadi tak salah la kan?  Though aku ni lahir dan membesar kat Johor, aku nak jugak jadik orang Kelantan, Sementelah adik beradik aku semuanya lahir kat sana and speaks Fluent Kelantanese dialect. (Kes tak mau tersisih la ni gak nya.  Hahahaha)  When they knew that I spent my leisure time cooking, they started interrogating my skills and even source out from my siblings if I am as good as my mom! Gila kau! Mana la boleh lawan … kat kampung ni org tak kenal pun aku, tapi kalau sebut jer Mek, kat kepala dorang tak der lain… ‘Cooking Legend’.  Sentap mak sekejap, nangis nangis sambil hempas pintu! Qaedahnya kan? Hahahaha

When my mom amik angin kat rumah kakak aku yang dah almost 2 weeks, aku rasa bosan yang amat.  Tekak pulak dok asyik terliur nak makan percik Kelantan ni.  We don’t have any restaurant that serves this in Mersing.  (At least not that I know of).  Last last gagahkan diri jugak.  Weii.. never underestimate my capabilities hoccay? I might be born in Johor and never lived in Kelantan but let me remind you… I made this with the taste of 99%-like my moms’!

I have simplified the preparation of this recipe … sebabnya tak larat nak membakar ayam guna kaedah konvensional… nanti berjelaga dalam hidung.  Jangan bimbang, aku tak kompromi rasa masakan ni.  

Try it to believe it!




Bahan-bahan:
Seekor ayam (ikut suka nak kerat berapa)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
1 sudu teh garam
(tumbuk bawang, halia dan garam kemudian gaul dan lumurkan pada ayam dan perap beberapa ketika)


Cara-cara nak masak kuah percik:
Kisar semua bahan di bawah
1 kotak santan (atau santan pekat dari satu biji kelapa)
2 – 3 batang serai
Halia sebesar ibu jari
sehiris lengkuas ( nipis jer ye, jangan banyak banyak)
3 biji cili padi
1 cawan air


Tuankan semua bahan kisar ke dalam kuali atau periuk dan tambahkan 2 asam keping, beberapa sudu gula dan garam secukup rasa. 

Didihkan kuah menggunakan api sederhana sehingga  mendidih dan sedikit likat

masukkan ayam yang telah di perap tadi dan gaul atau golek golekkan lebih kurang 10 minit (ini supaya ayam dapat serap rasa kuah percik dan kuah percik pulak dapat sikit jus ayam). Angkat dan atur atas dulang pembakar (iols tak bakar guna api atau arang … malas nak renyah.  Lagi satu percik Kelantan ni sepatutnya kaler dia tak merah, putih jer … tapi dek kerana tak der cili padi, aku gantikan ngan lada kering, tu yang jadi kaler cenggitu).  Lebihan kuah percik dalam kuali tu biarkan dia pekat lagi lebih kurang 5 minit baru angkat

Bakar sehingga ayam masak.  Lebih kurang 25 minit dengan api 250 darjah selsius.  Bila dah masak, siramkan kuah percik dan sedia untuk dinikmati

Monday, 16 January 2017

2016 (Looking Back in Anger)


Tajuk entry tak ada kena mengena dengan ini cerita.  
Haha, just thought about the Chinese drama that was very popular when I was still in secondary school. Time to reminisce some memories, especially when we are embarking to another new year.

Lots going on throughout last year, both good and bad.  Am not here to rumble and mumble about the bad one,  as I don’t wish to dwell in any of it.  Let it be my life lesson, the ones that will stay in my mind just to ensure that I remember not to step in the same mine twice. Good ones? Lots of it, that makes it impossible to share with you all.  My culinary journey has some new adventures that I embarked on.  That is what I wish to share here, merely as a token of appreciation to those whom I met along this interesting path.

April last year, I enrolled into cake and pastry class that was organised and sponsored by Empower ECER at Mersing (part of the reason why, I stopped my home food delivery business in JB though I have an ample loyal customer and follower)  Some of you might be wondering why the sudden change and why leave my sizeable food delivery business to take part in something that I’ve already done and knew.  As you might be aware, I cook merely base on trial and error and through experience of my family members. There’s no formal training.  Did you know that every time I secure a catering or cooking project my heart kept on racing till the event is over?  It is because I still lack confidence whether I did it right, or whether the customer will love and appreciate my cooking, even at some point when they praise my products, I still have doubts whether it is based on  true fact or just as a token of courtesy. (Yeah! That bad!) At times, if the project was for more than 500 people, I couldn’t sleep for days, just planning and kept on feeling nervous whether I can nail the project.

So, when I joined the class, it helps me gain my confidence, tremendously!  Honestly, most of the recipes that was taught here was the one that I have already tested and made in my kitchen, nothing new.  But the benefit that I got from attending the classes is very useful and invaluable.  I was taught about the tricks and tips of baking, why this is made like this or why it is done like that – the one that only occupies a few percent of my knowledge in baking.  So you see, I am more than happy that my attendance was 100% for the last 25 sessions.  Unbelievable right? Haha, most of my classmate will definitely give me a standing ovation because the average of my school and college attendance was normally, never exceeding 60% a year!  I’m so amazed and pleased with myself.  (Now dancing to Channa Mereya by Arijit Singh)

When attending the class, the officials from Empower-ECER came to know about my cooking and baking experience and approached me if I’m interested to do cooking or baking demos for working adults and school students.  Still lacking in confidence, I hesitated, but they said….’It’s time’. From there, I am making History for myself! After the first demo with the parents of student from Sekolah Menengah Tunku Abdul Rashid in Tenggaroh 5, I got a lot of invitations to teach them a few recipes, using their community centres and their own pocket money.  I made a lot of new friends exploring new districts and their cultures.

Today, I would like to share, photos of my sessions with some teachers, and parents as well as students during the demos.

I would also like to thank the following people and company who have been regulars, using MyKuihStory food and catering service for 2016.  If I missed out… be sure that it is not intentionally.  

Here they are:
Orient Overseas Container Line (Johor) (En. Zulkmal, Wendy, Baiti & Friends)
Agility Warehouse Sdn Bhd (Kak Wan, Abang Man & Chronies)
Hyundai Shipping Malaysia (Johor) (Cik Norlela, Cik Wati & gang)
Mini Cafe69 Pandan Uptown (Puan Rohaya, En Halim, Puan Magelene, Puan Faziyana Fauzi and families)
Sekolah Menengah Tunku Abdul Rashid (Cikgu Adiah and fellow teachers)
Sekolah Agama Al-Khiriah
Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing (Cikgu Aziyah Ali, Pengetua Zaleha Ismail & fellow teachers)
Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan (Cikgu Leda Santan & fellow teachers)
Puan Rina Farhana of Jabatan Perpaduan Mersing, Puteri UMNO Mersing
Cik Sarimah Saliman of Puteri Pacific Hotel
Puan Fyda Yatno of Holiday Villa Hotel
Puan Zulaikha Khalid & Sharifah of New York Hotel
Puan Kalthom Abdullah of Thistle Hotel
Puan Ainon Siman of Johor Jaya
Puan Arie Abdul of Johor Jaya
En Rizal Sheikh Abdullah of Sekolah Kebangsaan Tamil JB
En Rizal of Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi
En Mohd Hafiz of BenHafiz Enterprise
Pn Azizah of (B.A.G)
Cik Nadia of Malee Mineral Water Sdn Bhd
Pn Azie of Salju Biru
Pn Lini of Lini Hair Saloon
Pn Angah of Angah Tailor
Cik Miera Ruslieza of Cemara Supply and Services
En Hairiezam of Akasia Supply and Services
En Youzaimi Yusof of Naib Ketua UMNO Bahagian
Pn. Norazila Ngah of Public Bank Berhad
Pn. Norhidayah Mohamad of San Seng Lee Sdn Bhd
En Zaidi of Sekolah Sains Sultan Iskandar
En. Awang of Pejabat Hutan Mersing
Pn Rafilda Rahman
Pn Hasnieza Hashim
En. Johari of Air Merah
Pn. Rapeah and family of Kampung Sri Lumpur
Pn Rozayana Nasir


And some whom I can’t remember their names, Thank you for your love and support. 


 Demo Kek Pelajar SPM Sekolah Menengah Agama Al-Khiriah

 Kelas Kek untuk Staf dan Guru Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan

 Demo Kek & Pizza Pelajar SPM Sekolah Menengah Agama Al-Khiriah

 Seminar Kerjaya Pelajar PT 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing

 Demo Kek untuk Pelajar PT3 dan SPM Sekolah Tunku Abdul Rashid

Program Hari Sukan Ibu Bapa Murid Sekolah Tunku Abdul Rashid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...