Wednesday 24 December 2014

Puff Pocket Don't Copet


OK, Ignore the ‘Don’t Copet’! Part.  Saja nak try my skill in the Rhyming Division.  Sounds nice and of course appropriate.  Reason being .. bila this thing is out of the oven, banyak pulak tangan tangan yang bersimpang siur mencopet dari baking tray!  Yes, bila tengok resepi yang ada ala ala omputih ni, memang tengah mengikut halwa tekak si ToH la.  Berangan Mat Saleh sangat, padahal kulit tu macam gula perang yang aku buat ayam BBQ tu jer aku tengok.  Hahaha.  Gurau je!  

Actually benda alah ni namanya Vol au Vent! Haa… kau! BerPerancis lah pulak kita!  Atau nama omputihnya is Puff Pastry Shell.

Boleh tahan sedapnya; especially bagi aku yang mempunyai halwa tekak Melayu totok (Walaupun salasilah keturunan aku berintipatikan siam sebahagiannya) kan?  This could be something that korang boleh buat as appertizer with the filling of your choice! Tapi today aku buat creamy prawn filling. 




Bahan-bahan:
20 keping puff pastry (saiz kecil)
2 Cookie Cutter Bulat (satu saiz besar, satu saiz kecil) Kalau ada yang petak 2 saiz pun boleh (tapi tak leh panggil pastry shell lagi, panggil pastry box! Hahaha)

Method:
Dengan menggunakan Cookie Cutter bulat, potong pastry sheet untuk bahagian bawah. Sapukan dengan  eggwash.  
Potong bulatan yang kedua – tapi kali ni, setelah di potong pastry sheet tu, gunakan Cookie Cutter bulat yang lebih kecil dan terapkan di tengah tengah pastry sheet kedua yang sudah di potong bulat.  Angkat Cookie Cutter tersebut tapi biarkan sahaja pastrynya ‘intact’ disitu, jangan keluarkan.  Lapiskan di atas Pastry yang telah dipotong dan disapukan dengan eggwash tadi.  Ulangi proses ini sehinggalah semua Pastry Sheet habis digunakan.  

Frozenkan lebihan Pastry Sheet yang ada – dalam entry yang akan datang, saya akan ajarkan resepi lain pulak dengan menggunakan lebihan pastry sheet ni.  

Sapukan eggwash di atas semua Puff Pastry dan Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 – 25 minit.

Setelah masak, biarkan dia suam suam sikit, kemudian potonglah bahagian atas mengikut bulatan Cookie Cutter yang kecil.  Masukkan semula dalam oven biar dia suam suam.  
Sementara itu, sediakan fillingnyer

Bahan-bahan Filling:
½ kg udang (buang kulit dan potong kecil kecil)
2 sudu minyak sapi
½ cawan cooking cream (heavy creampun bolehlah)
2 biji kuning telur
1 sudu the Cayenne Pepper (boleh juga guna lada sulah atau lada hitam)
Fresh Parsley

Cara-cara:
Panaskan minyak sapi dan goreng udang sebentar (jangan overcook sebab nanti bila udang kenyal sangat tak sedap) 
Kemudian angkat dan toskan.  Biarkan air udang di dalam kuali
Didalam bekas yang lain satukan cream, kuning telur dan Cayenne Pepper dan pukul sebentar.  Panaskan semula minyak dan air udang tadi lalu masukkan cream dan telur yang dah di pukul sehingga pekat.  Jangan terlalu lama nanti dia akan bergentel2 (tengok gambar … bahana sepupu aku call, tak leh buat apa dah .. so the consistency is not that right)

Sebelum angkat perasakan dengan garam.  
Akhir sekali, tabur daun parsely dan masukkan kedalam pastry pocket tu.  



Hidang! Makan! Lepas tu jangan lupa basuh pinggan!




4 comments:

  1. Waah....!! marvelous, delicious and cute
    Kakak teruja sama teringin nak mencuba - entah bilalah agaknya:)

    ReplyDelete
  2. Lol... That 's funny... Puas dok fikir apa benda "dont copet" tu... learn something new today :)
    Btw, the vol au vent look great! Looking forward to more yummy stuff here!
    xoxo

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...